Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Sunday 30 January 2011

Filem Best: 3 Idiots

Sampai satu tahap dah boring sesangat tengok cite mat saleh, mulalah tangan gatal cari kat internet pape cite Melayu yang best. Cari punye cari dapatlah layan filem Ngangkung, yang diwar-warkan best dan dapat kutipan RM8 juta. Pasal cite Ngangkung ni kita hold dulu yek. Bagi jalan pada 3 Idiots jap...=)

Lepas tengok filem Ngangkung, hati masih tak puas, nak layan lagi mana-mana cite yang best. Tetibe teringat pulak adik ipar pernah recommend tengok cite hindustan 3 Idiots. Kalau ikut track record, kalau adik ipar ni kata filem tu best, so memang bestla cite tu...tak dinafikan. Kitorang tengok kat YouTube je, nasib baik ada, siap dengan subtitle English. 

Cakap tentang sinopsis, ceritanya tentang 3 orang sahabat sebilik yang belajar di kolej Engineering terkenal di India. Rancho (Amir Khan) seorang pelajar genius yang amat minat dalam bidang Engineering. Prinsipnya yang sukakan ilmu dan sentiasa mempelajarinya tanpa risau tentang gred/keputusan peperiksaan atau paksaan keluarga membuatkan dia berjaya menjadi pelajar cemerlang setiap tahun. Farhan (R. Madhavan) pula masuk ke kolej disebabkan kehendak keluarga yang berfikiran bahawa Enginering boleh mengangkat martabat keluarga dan jaminan masa depan yang cerah, meskipun terpaksa mengorbankan minatnya dalam Wildlife Photography. Berbeza dengan Raju (Sharman Joshi), Engineering merupakan bidang yang digemarinya, namun keadaan keluarga yang melarat dan penuh masalah menyebabkan beban dan kebergantungan keluarga terhadapnya amat tinggi dan menjejaskan gred yang diperolehi. 

Prinsip kehidupan Rancho banyak mengubah kehidupan 2 orang rakannya yang lain, malah Principal kolej serta anaknya (Kareena Kapoor). Pendek kata, kalau ada masa layan jap cerita ni dan boleh nilai best ke tak (sure bestnya hehe). Cerita ni boleh jadi pembakar semangat untuk kita terus menuntut dan mencari ilmu. Belajar kerana kita sukakan ilmu, bukan sebab terpaksa atau takut. Banyak lagi prinsip yang dipaparkan boleh kita apply dalam hidup.
Filem ni tak banyak sangat fokus kat cintan cintun (tu yang syok). Pelakonnya memang best dan jalan ceritanya smooth. Karakter dan isu yang ditimbulkan diceritakan dengan baik, tak ditinggalkan sekerat jalan. Kalaulah filem Melayu dapat buat macam ni, mesti dapat cecah lebih 8 juta. So, bila-bila enjoy tengok filem ni kay...recommended =).

Ngangkung
Berbalik pada filem Ngangkung, bila dah habis tengok, pada saya dan hubby ceritanya tak sampai standard yang kitorang jangkakan. Kisahnya tentang 3 orang pemuda yang suka main loteri dan beberapa kali berjumpa bomoh untuk mintak nombor ekor (ngangkung). Sejak itu, 3 sekawan ni startla diganggu oleh hantu yang 'menolong' mereka bagi nombor ekor tu, hingga melarat ke anak bini dan keluarga. Isu yang diketengahkan agak sensitif, sebab berkait dengan agama Islam. Sesetengah dialognya kurang kena diketengahkan hingga boleh menyebabkan orang keliru atau salah faham. 
Filem ni bertemakan seram komedi. Part kelakar tu memang ada, tapi rasanya Adnan Sempit lebih better. Kalau ikut Raja Lawak, kiranya 'punch line' lawaknya tak sampaila senang cite. Mungkin orang suka tengok sebab sukakan pelakonnya...who knows. Hmm...ada banyak lagi ruang untuk filem ni lebih improve. Harapnya filem Melayu lepas ni lebih worth untuk ditonton. 

:: Komen yang diberi hanya luahan pendapat peribadi  penulis blog :: 

3 comments:

  1. Ni yg malas nak baca ni, kan dah terpengaruh!! Hehe..ujung minggu ni nmpknye lyn Hindustani le jwbnyee.. Good2!

    ReplyDelete
  2. Haha...jgnla sampai tak baca kak. Eh, tgk tau cite ni, harapnye akak suke. Boleh boost up semangat pale nak study hehehe....

    ReplyDelete
  3. hahahaha...sgt layaaaaaaannnn kn citer ni... =]

    ReplyDelete