Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Sunday, 9 January 2011

Tetamu dari Notts

Hampir seminggu dah tetamu kami dari Notts singgah di Soton, baru ni nak post cerita. Punyala lambat progresnya..hehe. Hari Jumaat 31.12.2010 lepas kami terima kunjungan dari family Abg Waqar dan Kak Rukai dari Nottingham. Turut sama parents Abg Waqar yang datang ke UK untuk attend konvo masternya sambil bercuti. Alham happy aja dapat jumpe Eriem lagi sekali. Tambah pula Eriem bawa 'buah tangan', lagila dia excited..
Gambar Eriem tak nampak pulak dalam ni, kena block ngan ibunya =)...
Actually pasangan berdua ni teman kitorang time belajar sesama kat UTM Skudai dulu. Satu kolej lagi, Kolej Rahman Putra (KRP). Tapi yang pasti diorang ni senior saya la. Masing-masing jumpe jodoh kat UTM hihihi. Rindu pulak la time belajar degree dulu...

Kenalan Kak Rukai ramai rupanya kat Soton ni, kebanyakannya yang amik course Math, sama macam Kak Rukai. Borak punya borak rupanya orang A kenal orang B, pusing-pusing kat situ jugak. Antaranya Kak Farhana, Kak Zuryna, Zuhaila & Rahifa. Diorang plan bermalam di rumah Kak Farhana/Abg Faizal sebelum berjalan ke Bath esoknya. Sebelum ke rumah Kak Farhana mereka singgah dulu makan malam di rumah kami. Malam tu seronok sangat berborak sampai lupa nak ambil gambar bersama, siap mintak guest masuk rumah balik semata-mata nak ambil gambar hehe. 

Thanks singgah di Soton, ada rezeki kita jumpe lagi =)...

2 comments:

  1. nnt summer dtg la liverpool intan, winter ni nmpknya tak boleh, byk kuman kat rumah ni

    ReplyDelete
  2. insyaAllah kak. dalam kepala ni mmg ada plan nk conquer satu uk hahaha. berangan lebih, pulus takdak. singgah umah akak nnti leh ajar sy buat kuih mcm2 ek =)...

    ReplyDelete