Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Saturday 26 March 2011

Napoleon Cake

Seperti yang dijanjikan, ini dia resepi Napoleon Cake yang diceritakan sebelum ni. Selalunya kalau ada event kat Soton ni, mesti kene berebut nak dapatkan kek ni. Alhamdulillah, sekarang dah boleh makan dgn puasnya hehe. Thanx to Kak Talima & Kak Norul kerana pemurah dgn ilmunya. 
 



Bahan-bahan:
1. 2/3 blok pastry sheet (lg besar loyang, lg byk pastry diguna)
2. Buah strawberry secukupnya - dihiris nipis 

** White cream**
1. 450ml double cream/fresh cream
2. 1 cawan icing sugar (boleh kurgkan ikut suka)
3. 1 sudu teh vanilla extract

**Custard cream**
1. 3 sudu tepung custard
2. 1/2  cawan fresh milk
3. 3 sudu gula
4. 300ml fresh milk
# Kalau malas nak buat, boleh je diganti dgn custard yg dah siap =)..




Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.

2. 1 blok pastry dibelah dua. Setiap satunya digelek hingga nipis dgn rolling pin dan dibentuk seperti sebesar loyang yang digunakan. (Jika loyang bulat, buat bulat. Jika segi buat segi). Ulang hingga dapat 5-6 keping pastry sheet (bergantung pd ketebalan loyang).

3. Cucukkan seluruh pastry sheet dgn garpu (utk mengelakkan pastrynya kembang semasa dibakar).

4. Bakar pastry sheet satu demi satu dlm oven selama 15 minit dgn suhu 180 darjah atau hingga golden brown. Setelah siap ketepikan. 

5. Simpan satu pastry sheet yang telah dibakar untuk dihancurkan. Serpihan pastry yang ada juga jangan dibuang (digunakan utk finishing cake nanti). .

**White Cream**
1. Pukul double cream, icing sugar dan vanilla extract hingga pekat seperti krim (tiada lg cecair). Ketepikan.
 
**Custard Cream**
1. Panaskan 300ml fresh milk + gula atas api yang perlahan (jangan sampai mendidih). 

2. Dlm bekas lain, campurkan tepung custard dan 1/2 cawan fresh milk dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan bancuhan tepung ke dalam fresh milk yang dipanaskan. Pastikan api kecil dan sentiasa dikacau hingga pekat. Padam api dan ketepikan.


**Susunan kek** (Bayangkn spt susun lasagne)
1. Susun pastry dibawah sekali.

2. Kemudian masukkan white cream dan penuhkan permukaan pastry. 

3. Dikuti dgn sedikit custard cream dan ratakan. 

4. Taburkan hirisan strawberry diatasnya. 

5. Ulang keempat-empat step diatas hingga penuh loyang.


6. Akhir sekali, pd layer strawberry paling atas, taburkan serpihan pastry diatasnya hingga menutupi seluruh kek. 

7. Sejukkan selama 4-5 jam. Sedia dihidang.







11 comments:

  1. alaaaaah cikgu, mana cara2 buatnya. menjejes air liur kp tengok gambar ni..

    ReplyDelete
  2. eh, adala kak cara2nya. tp kene klik kt "read more" tu dulu..ni msti kes xsabar ni hehe...

    ReplyDelete
  3. nak tanye la... lets say, i ade 5 keping pastry... so, pastry tu dibakar kelima2 keping skaligus ker atau dibakar satu-satu...

    ReplyDelete
  4. Salam siti. Sori ye lmbt reply, baru ni ade can nk online blk.
    Pastry tu kena dibakar satu2, so kalo ade 5 kpg kena 5 kali gak masuk oven. Kalo nk pastry cpt masak boleh tinggikn suhu oven tp kena selalu monitor takut hangus pulak :), or if ade oven multilayer pn bagus gk. Resepi ni mudah tp bakar pastry satu2 tu yg leceh skit. Good luck siti ;)...

    ReplyDelete
  5. cik din tanah lebar17 Oct 2011, 20:48:00

    bagusla cik intan tulis blog ni siap ada gambar lagi. menarik betul. well documented. bravo!

    ReplyDelete
  6. cik din tanah lebar: thanks. tak rugi share plus utk note sendiri juga..:)

    ReplyDelete
  7. wah... cam best je.. kalau xde stoberi boleh ganti buah apa ye? yelah, kat malaysia nih stoberi kalo kat tesco je murah. dlm rm7 per pack. Nak murah kene p cameron highland plak..

    ReplyDelete
  8. Hi ann, salam kenal. InsyaAllah kek ni lain dr yg lain plus sng. Ikut pngalaman kaum bapak yg xsuke sgt mkn mknn manis suke ngn kek ni. Pasal strawberry tu sy pun blum prnh try lg buah lain. Mmg mahal kalo nk guna strawberry kt M'sia, mgkin boleh try n error buah yg masam n juicy ala2 strawberry tu ex: nenas or anggur (suggestion).
    Selamat mencube ann. Kalo kene rasenye nnti inform ye :)..

    ReplyDelete
  9. assalam kak .. sy nak tanye kalau white cream dgn custard cream tu sy campurkan lepas tu paip atas pastry boleh ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam serra ;). tak pasti pulak kalo combine dua2 cream tu for piping, xpernah cube. Takut pembahagian cream tu nnti xsekata, tp mgkin serra boleh try tgk.
      Kalo sy, biasenye akan letak white cream tu byk2 utk cover pastry, then custard cream tu letak dlm 2 or 3 sudu je every layer. ikut ckp akak yg ajar tu, letak custard cream byk2 tak berapa best.. tp tpulanglah masing2. All da best ;)

      Delete
  10. hmm sedapnya, nak coba di rumah :)

    ReplyDelete