Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Sunday 26 December 2010

Boxing Day vs Final Suzuki Cup 2010

Hari ni (Boxing Day - 26/12) sepatutnya jadi hari shopping sakan kat UK. Time ni la orang berkejar cari barang-barang murah dan branded susulan sambutan Christmas disini. Kalau diikutkan kami pun mungkin antara berjuta-juta orang kat Southampton ni yang berbondong-bondong keluar ke mall dari awal pagi untuk jamu mata dan melabur duit ke kedai-kedai high street. 
Walau pun begitu, hakikatnya hari ni kami sefamily duduk lepak je kat rumah tak kemana, coz hubby masih belum pulih dan berehat kat rumah after knee surgery seminggu lepas dan Najah pun tak berapa sihat kebelakangan ni. Awal-awal lagi memang dah kurang feel nak keluar berboxing sebab dah tau banyak halangan. Nasib baik la family kami pun bukan jenis yang gila shopping, so takdela effect sangat tak dapat join kawan-kawan yang lain. Instead of live shopping, boleh jugak beli ikut online store, pun boleh tahan jugak ye tak hihihi...hmmm...

Apa pun, thanx pada Kak Sarah coz offer untuk ajak saya berboxing sebelum ni. Hubby dah bagi permission dah..kalau nak gi shopping boleh je follow Kak Sarah sekeluarga, tapi rasa tak syok plak tak cukup korum, plus kalau nak bawa Najah dia pun tak berapa sihat. So, diam-diam stay kat rumah, banyak lagi can nak shopping lain kali (gaya cakap macam banyak je duit dalam poket hehe). Looking forward for Boxing Day next year dan sale-sale akan datang =)...


Final Suzuki Cup 1st leg (Malaysia 3 - Indonesia 0)

Dalam diam-diam lepak kat rumah, tak rugi jugak kitorang tak keluar, sebabnya dapat layan live Malaysia vs Indonesia dalam Final Suzuki Cup 2010. Yang tambah seronok sebab Malaysia menang 3-0. Overall, teramat la puas hati  tengok match yang hebat, dua-dua team perform and fight. 
But especially congrats to Malaysia sebab prestasi permainan dah jauh lebih baik dari yang lepas. Kalau dulu tengok game Malaysia, mesti at the end ada je rasa stress, tak puas hati coz permainan yang hambar dan tak berkualiti; passing tak bagus, lembik, strategi tak kena, nak score sorang etc. Match tadi semua tu boleh kata dah lenyap, tengok game pun excited dan rasa berdebar. Passing bola dan gol yang masuk pun amat cantik. Player muda kali ni banyak bawa perubahan plus coach dan strategi yang mengena.  Thumbs up to all Malaysia players; Safee, NorShahrul, Fahmi, Kuna dan yang lain. Moga kunjungan balas di Indonesia korang turut perform macam ni...and then be the Champion...! =)...

>>>Oopps, lupa plak nak share, pada yang nak tengok football match live stream, boleh jenguk website Soccermaniax.com.<<<  

Tuesday 21 December 2010

Hubby dan Knee Surgery

Setelah hampir setahun hubby mengalami sakit kaki, akhirnya pada Jumaat lepas (17 Dis 10) hubby selamat menjalani pembedahan kecil pada lututnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar malah lebih cepat dari sangkaan. Surgery dibuat di Royal South Hant Hospital (RSH), Southampton. Jadualnya bermula pada pukul 11.30 pagi dan kira-kira pukul 6 petang hari yang sama kami sudah pulang ke rumah.
Sehari sebelum surgery, hubby dah start rasa berdebar. Padahal sebelum tu steady je. Mungkin sebab harinya dah makin dekat. Esoknya kami ke hospital menaiki bas kira-kira pukul 10.50 pagi. Alham tak dibawa bersama, ditinggalkan dengan Kak Sarah & Din, untuk lebih memudahkan pergerakan.

Monday 13 December 2010

He Turns 4 Today.

Actually title kat atas tu merujuk pada tarikh 9 Disember lepas. Alhamdulillah, Alham dah masuk 4 tahun dah. Sekejap je masa berlalu. Tak sedar die dah 4 tahun coz kalo tengok pada badannya still comel dari kawan yang sebaya. Budak yang lebih muda dari Alham pun lebih besar badannya. Tapi takpe, yang penting dia sihat luar dan dalam.
Seperti biasa niat nak baking cake untuk Alham. Kali ni teringin nak buat lebih proper sebab kecewa skit time birthday Najah macam kurang organize. (takpe ye Najah, next birthday ibu try buat lebih elok lg ye..). Persiapan buat kek dah

Friday 10 December 2010

Snowww...!!

Bangun subuh tanggal 02 Dis 2010 (Khamis) merupakan 1st experience ever yang tak akan dilupakan. Jenguk kat luar tingkap, terbentang luas pemandangan putih salji di segenap kawasan bumi Allah. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk menghayati keagungan ciptaan Allah di satu sudut dunia. Kita yang pertama kali nampak dan merasa snow for sure terlebih excited dan jakun =).  Hubby pulak sudah kali kedua enjoy the moment since last he finished his master in Glasgow. 
Pemandangan dari tingkap bilik
 

Wednesday 8 December 2010

Black Pepper Steak/Lamb Chop

Ini dinner kitorang dua minggu lepas, tak menyempat nak post entry sebelum ni. Dagingnya dah lama beli, cuma mood rajinnya tak muncul-muncul. Malam tu hubby tanya bila nak masak daging kambing tu, lama terperuk dalam freezer. So, kena jugak buang penyakit malas tu, dan hasil dinner kami malam tu western style...ala-ala makan kat windmill gitu cheewah hihi =)..
Side meal lamb chop ni boleh makan dengan pelbagai, ikut tekak dan citarasa masing-masing. Biasanya side vegetables yang dihidang style kat hotel or western restaurant ialah spt brokoli, coulinflower dan carrot yang dikukus/rebus -dimakan begitu saja. Mulanya nak decorate camtu tapi stok sayur2 tu semua dah habis. So ganti dgn salad, tomato dan buat sikit coleslaw - klik sini. French fries pun dah habis, ganti dgn wedges. Kesimpulannya, tak kesah nak letak pape, ikut suka hihihi..

Resepi bahan perap dan sos black pepper saya modify ikut teori hubby yang pada seleranya sedap, dan selalunya mmg saya akui =).. (ini ikut citarasa kitorg, tak sure kena tak dgn selera org lain. Tapi kalau suka, alhamdulillah..)

Bahan-bahan (3-4 orang):


::Bahan perap daging::
1. 5-6 keping lamb leg
2. Air garam
3. 5 biji bawang putih - diketuk
4. Jus limau
5. Marjerin/sedikit minyak untuk menggril
6. Sos worcastershire - optional untuk menggril

Cara-cara: Setelah dibersihkan, daging diketuk-ketuk agar lebih lembut dan tidak liat. Lumur rata bahan-bahan diatas. Perapkan selama 1/2jam hingga 1 jam. Untuk menggril, saya gunakan marjerin dan sos worcastershire sebagai penambah rasa. Cucuk daging dgn garpu supaya lebih cepat masak.

p/s: Daging boleh juga diperap dengan air garam sahaja. Sos worcastershire hanya optional (tak tau kat Malaysia ada jual ke tak). Rupanya macam cuka atau kicap cair dan agak masam. Mungkin boleh juga diganti dgn sos bbq/sos stik untuk lebih dapatkan rasanya, tp saya pun tak pernah try. Kalau tak ada sos-sos ni still boleh aje grill kosong dgn marjerin, tak ada masalah..

::Black pepper sauce:: - (modify dari sos kentang putar)
1.1 biji bawang besar - dihiris
2. 2 biji bawang putih - diketuk
3. 3 btg daun sup - dihiris
4. Air untuk merebus
5. 2 sudu marjerin/butter
6. 1 kiub pati ayam
7. 3 sudu serbuk lada hitam
8. 3 sudu sos tiram
9. 2 sudu kicap masin
10. 2 sudu kicap manis
11. Sos worcastershire - optional
12. 2 sudu tepung - dibancuh dgn air (boleh dicampur dgn sedikit tepung jagung)

Cara-Cara:
1. Rebuskan air bersama bawang besar, bawang putih dan daun sup. Setelah mendidih, padamkan api dan toskan (untuk mendapatkan air rebusan sahaja). Ketepikan.
2. Dalam periuk yang lain, tumiskan marjerin. Kemudian masukkan air rebusan tadi.
3. Masukkan kiub pati ayam, kemudian kicap masin/manis, sos tiram, sos worcastershire dan serbuk lada hitam.
4. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah. 
5. Kacau hingga pekat.
6. Sedia dihidang (sos ni tak perlukan garam sebab dah sedia masin)

Tuesday 7 December 2010

Alham's Tower House

Seperti biasa selepas selesai dinner, masing-masing lepak kat living hall. Alham sambung played with his toys, kadang-kadang ada jugak ke rak buku mengeluarkan toddler booksnya. 

Hubby selalunya balik dari office dah malam, so after dinner, lepak kat depan tv nak layan something yang release tension. Semenjak kebelakangan ni cite sitkom Friends (Channel E4) dah jadi rutin kitorg tiap2 malam. Lega dapat gelak2 lepas pecah kepala ngan lab dgn simulation kat univ. Sebelum ni ada gak melayan cite My Wife & Kids dgn Fresh Prince of Bel Air time petang2. Lagi pula, cite kat sini siap dgn subtitle english..jadi mmg syok kitorg tengok sitkom2 ni hampir dari siri awal sampai habis..berulang-ulang. Malas nak layan cite berat2..tmbh pening kepala hehe...

Alham still khusyuk dgn toys, bukunya etc. Macam tengah construct something atas meja...

Najah macam biasa asik nak berdukung je. Baru je nak bergerak ke bilik, tak lama lepas tu, hubby tiba-tiba panggil dari hall.
  • Hubby: Ibu, datang sini cepat..
  • Ibu: Ya, kejap..ape dia?
  • Hubby: Ni haa..tengok apa alham buat..
  • Alham: Ibu, look..my tower house!!! (sambil tersenyum)...


Monday 6 December 2010

Jadi Cikgu

Dah beberapa hari gak tak bukak blog coz melayan jakun jumpe snow hari Khamis lepas hehe. 1st time experience so terlebih excited skit. Plus, hubby pulak bertapa depan laptop kat rumah disebabkan univ announce tutup dek salji turun agak tebal tahun ni. Jadinya memang takde can sgt nk guna laptop last weekend. Baru ni ada ruang nak blogging balik..

Cite pasal snow kite tunda dulu yek..will be coming soon hehe. Bagi jalan pada story yg lebih dulu dlm waiting list =).. 

Weekend lepas (27 Nov 2010), buat pertama kalinya dapat can jadi cikgu hihihi. Sekolah Malaysia Southampton kekurangan guru untuk mengajar, mungkin disebabkan kesibukan adik2 undergrad dan beberapa orang dari family Soton yang tidak berkelapangan. Oleh itu, sebelum sekolahnya diadakan (pagi Sabtu setiap minggu), pengetua Sekolah Malaysia yang dilantik mengkhabarkan melalui emel group kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan. Mulanya tak terniat nak ganti coz takde confident nak mengajar. Tapi hubby encourage doing something new a try. Pikir punya pikir, apa salahnya cuba. Lagi pun just ajar BM and budak-budaknya bawah umur 6tahun.

Sebelum ni tak pernah lagi jenguk camna Sekolah Malaysia ni beroperasi (sebab kalau ikut umur Alham tak layak lagi ikut kelas). Baru-baru ni kelasnya telah berpindah ke salah satu bangunan universiti setelah beberapa lama menyewa tempat di Swaythling Primary School. Kelasnya dibahagi kepada 4 mengikut umur dan subjek yang diajar hanyalah Bahasa Melayu. Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk mengajar bahasa ibunda kepada anak-anak keluarga Malaysia di Southampton (yang rata-rata teramat lancar berbahasa Inggeris) dan beri sedikit pendedahan supaya tidak terkejut budaya apabila pulang ke Malaysia kelak. 

Saya berpeluang mengajar kelas umur yang paling rendah. 2-3 buku rujukan sesuai dengan silibus umur pelajar di Malaysia diberi sebagai panduan. Sebelum masuk kelas ada la plan sikit2 nak mengajar apa (ajar mengeja, some BM words etc). Tapi bila dah start kelas apa yang dirancang tak menjadi. Terpaksa ubah ikut kesesuaian kids yang tak betah duduk diam dan excited nak ajak cikgu berborak (dalam english lak tuh..). So, lastly kelasnya jadi lebih leisure, more drawing, sketching etc. 

InsyaAllah kalau diberi kesempatan perhaps later on will get used to those kids' behavior and lebih smooth nak handle diorang camne. Hehe..namanya pun cikgu bidan terjun =)...