Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Friday 1 June 2012

Amni.. A Few Months After

Salam buat semua,
Hmm, lamanya tinggalkan blog ni tak ber'update'. Saat ni dah masuk bulan keenam 2012.  Alhamdulillah, that is also means my 3rd child just entered her 5th month aged. Hmm..maybe ni nmpak macam ayat klise, but like some people always say, "Rasa macam baru semalam je bersalin", and the truth is.. the feel I have this time is exactly the same. 

Still rasa tak percaya yang ketika ini Allah telah kurniakan kami dgn 3 anugerah yang comel2. Rasa syukur tak terhingga walaupun kadang kala tak menang tangan nak uruskan kerenah 3 orang sekaligus. Waktu siang.. perasaan seronok, happy, geram dan stress melayan anak2 bercampur baur. But then when bed time comes, yang ada hanyalah rasa kasih sayang yang melimpah ruah melihatkan wajah sorang2 yang nyenyak tidur kepenatan.


Bila difikirkan semula sejak mula sakit bersalin hingga mengharung tempoh pantang sendiri, banyak yang Allah dah mudahkan jalannya untuk kami. Dan untuk itu, saya ingin ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersyukur dgn nikmat dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Walaupun hambaNya ini sering saja lupa dan hanya teringat untuk memohon apabila ketika susah, namun tidak bagi Dia Yang Maha Mengasihani. MasyaAllah, bila sendiri baca rasa macam teruk betul perangai ni dengan Allah. Ya Allah, tetapkan imanku dan jadikan diri ini supaya sentiasa mengingatiMu... Amiin.

Pengalaman berpantang sendiri bukan lagi agak.. tapi sememangnya memang mencabar. Semuanya kena dibuat sendiri. Yang penting time ni pertolongan dan support dari suami teramatlah diperlukan. Syukur, hubby banyak berkorban menguruskan si ibu yang berpantang dan juga anak2 walaupun dalam keserabutan untuk catch up balik research yang dah lama ditinggal. Minggu2 awal berpantang, hubby yang uruskan hal rumahtangga dari menyediakan breakfast, sekolah Alham, melayan Najah yang agak meragam sejak ada adik and etc. Alhamdulillah, nasib baik komuniti Malaysia di Soton ni turut menghulurkan bantuan menyediakan makanan setiap hari secara bergilir-gilir untuk kami selama 2 minggu pertama. Without their helps, lagi kelam kabut agaknya hubby nak menguruskan kami berempat, tambah lagi dalam keadaan sejuk menggigil time winter ni. Dalam 'kemanjaan' berpantang, saya pun notice yang saya tak boleh nak terlalu bergantung kepada hubby untuk siapkan itu ini. Jadi masuk minggu ke2, saya dah pun bergerak untuk mencuci pinggan dan baju, mengemas rumah dan menolong mana yang termampu. Masuk minggu ke3, saya dah pun sepenuhnya memasak dan buat kerja rutin biasa, cuma takde la kerah sangat badan ni macam time kite sihat. Saya seorang yang agak 'fragile' dengan disiplin, disebabkan berpantang sendiri dan takde org monitor.. so bab pantang makan tu ada jugakla yang dah terlanggar ;), and bila dah buat itu ini kadangkala ter'off' untuk pakai bengkung (buat pengakuan kat sini hehe). Hmm, harapnya takde apa2 masalah in the future akibat dari dah langgar pantang larang tu. Uissh, seram jugak.. bunyinya dah macam cite zaman dahulu kala yang kena hukum bila tak ikut pantang larang. Haii, kene tebus baliklah macam ni... sebelum terlambat.
 
 

Rupa Amni dah byk berubah, makin tembam.. tangan dan kaki pun dah nampak berlipat2. Kalau masa newborn mukanya ada iras abangnya, sekarang dah kurang skit, more on her own brand face. Ada jugak kawan2 yg visit kata macam muka ibunya. Rasa happyla skit coz selalunya org cakap asik muka abahnya je hihi. Orangnya senang betul tersenyum.. kalau agah/usik dia sikit, cepat je dia tergelak. If time tu rasa stress, marah or penat, semua perasaan negatif tu terus je hilang entah ke mana once melihatkan Amni yang tergelak comel kiut je kat kita ;). Tak dapat nak bayang rasa bahagia masa tu.. too adorable!

Selain mintak menyusu, budaknya tak banyak meragam waktu malam.. so dapatlah jugak ibunya tidur sekali lepas habis menyusu. Cuma sedikit challenging dgn Amni ni, dia kerap dan senang muntah susu pd 3-4 bulan pertama. Muntahnya pula banyak, menyembur keluar macam air paip. Kadang2 tu penat juga menukar baju sampai 3 kali sehari sbb habis basah lencun dgn muntah susu Amni. Agak merisaukan jugak bila tgk keadaan camtu, tp bila refer kat doktor so far kalau Amni takde allergic, seharusnya takde masalah yg perlu dirisaukan. Katanya mmg sesetengah baby tahap penghadamannya berlainan dan simptom ni akan stop kemudiannya selari dengan tumbesaran Amni. So mungkin Amni ni perlu ditepuk lebih lama setelah menyusu, tak boleh terlalu lapar dan juga terlalu kenyang. Sekarang dah masuk bulan ke-5, masalah muntah susu ni dah pun dapat Amni atasi ;).


Oklah, rasanya setakat ni dulu ye kita bercerita. 'Handbag' dah tiga ni quiet handful pulak lately, nak mengadap depan lappy lama2 pun tak berapa senang, but I always miss to jot down something here. InsyaAllah nnti saya story kn pula pengalaman mengandung dan persiapan bersalin di negeri orang ;). Till we meet again here. Assalamualaikum..