Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Thursday, 22 September 2011

Rojak Mee / Rojak Mamak

Salam buat semua,
Hmm, lamanye tak update entry MyCuisine. Dah berlapuk and bersarang agaknye, takpe harini kite kemas balik hihi. Mencari kekuatan dok mengarang, membebel and bertapa depan lappy ni bukannye senang. Alang2 tgh ade feel baik cepat2 upload sebelum hilang balik entah ke mana.
 
Dapat juga tekakku ini melepaskan gian nak makan rojak mee time dinner malam tadi (eh, ke terbalik..mee rojak ke rojak mee??..tak kesahla memana). Bahannye dah lama ade kat dapur, resepi dah lama cari, tapi macam biase mood rajin yang tak kunjung tiba hihi. Selalu je otak ni asik terbayang makan rojak mamak/rojak india. Kalau kat Melaka tu ade dua tempat favourite nak makan mee rojak ni. One stall next to Pejabat Pos Besar Bukit Baru (org melayu yg buat), satu lagi kat tepi bukit yang nyaman di Bukit Cina (mamak) sambil pekena cendol..nyumm2x. Sambil cerita ni pun dah terbayang makan kat sana time kerja ngan member kat TEAC dulu. Mostly diorg yang kenalkan tempat ni and selalu gak ke sana time break during office hour bila ade buat kerja luar..rindunye.!
  
Okay, enough with the story. Kite go through resepi rojak mee ni ye. Saya pun actually tak tau ini stail rojak india or ala2 pasembor. Mana yg kene dgn tekak hentam ajela. Hubby laju je makan macam biase, katenye kuah and accesories rojak mee dah ok dah. Cuma pada die part cucur keras tu tak berapa garing and agak liat malam tadi, but takdela worst sgt, still ok (next time boleh improve). Saya pun dah tak ingat dah camne rase cucur keras tu, but cucur lembut tu pada saya dah elok sangat dah. Tentang kuah pula saya modify sikit guna resepi yg lain. Cuma nak merealisasikan rojak ni mmg agak leceh sbb banyak yg nak dikerjakan. Kena pandai2 susun mana yang nak dibuat dulu supaya tak terlalu lama berkampung kat dapur. Last but not least, overall..so happy with my rojak mee ;).
 


1. Bahan Cucur Keras
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik (baking powder)
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus (kat rumah xde cili hijau, pkai cili merah pn boleh)
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum dihidang.

2. Bahan Cucur Lembut
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik (baking powder)
1/4 camt soda bikarbonat (xde dlm resepi asal, sy tmbh utk dapatkan isi cucur yg berongga)
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

3. Bahan Kuah Rojak (Sumber: MyResepi, tulip77)
  • 300g keledek (sbb tak cukup sy tmbh dgn bbrp biji kentang)
  • 1.5 liter air (agak2 dgn kuantiti keledek, jgn cair or pekat sgt)
  • Air asam jawa (dari sejemput asam jawa)
  • 3 bj bawang merah - cincang halus
  • 2 bj lada merah - dikisar
  • 1/3 st garam 
  • 3 sb gula merah
  • 2 sb gula
  • 20g kacang tanah - digoreng & dikisar halus
  • 1/2 st kicap masak hitam
  • 1/2 sb cuka (sy tak guna)
  • 1/3 cawan minyak masak  
a. Rebus keledek sampai empuk. Kisar dengan air rebusan keledek.
b. Blend bawang dan cili merah. Panaskan minyak dan tumis bahan blend bawang dan cili tadi hingga kering. Tuang keledek & kacau, guna api perlahan. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan.
c. Masukkan kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai terbit minyak. Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera. 

4. Bahan sampingan rojak 
Tauhu goreng dihiris nipis (rojak dah diposing baru perasan tak goreng tauhu)
Sengkuang (tak pernah lg beli sengkuang kat uk)
Timun dihiris spt btg mancis
Kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan 
Telur, direbus & dihiris 
Tauge dicelur
Boleh tambah salad kalau suka

 

5 comments:

  1. intan .. ni favorite abang fariz lama aka tak buat tau.. nampak intan punya n iteringin la pula.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. ye ke kak ita. rase best je dpt mkn rojak sendiri kan..

    ReplyDelete
  3. salam...tringinnyaaa nak mkn, mee rojak ni.. huhu, sedap sungguh nampak, da tag resepi ni, bla rajin kna wat gak.. hehhe, thanks 4 sharing:)

    ReplyDelete
  4. cik din tanah lebar17 Oct 2011, 20:52:00

    taknak bukak warung broadlands hall ke cik intan?

    ReplyDelete
  5. Mammaolyn: ada mood nanti blehla buat mee rojak ni mammaolyn. lepas rindu rasenye ;)..

    Cik din tanah lebar: cita2 tinggi nak bukak broadlands hall tu cik din (tp mana tau someday hihi..). segan pulak dgn chef soton sorg ni :p..

    ReplyDelete