Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Friday, 26 November 2010

Ayam Goreng Tomyam

Resepi masakan ayam lagi. Entry yang lepas siam style, kali ni siam mari juga. Takpela yek, kita layan ajela hehehe. Kebetulan ada lebih stok pes tomyam kat rumah (kes malas nak buat pes tomyam sendiri), thanks to Kak Intan atas pemberiannya, macam tau2 aje kita nak buat resepi ni =). Selalunya masakan tomyam ni berkuah, tapi kali ni kita buat kuahnya agak pekat dan kering sedikit.


1st time try resepi ni, hasil survey dalam Majalah Rasa. Hasil dan rasanya amat memuaskan. Something new dari kebiasaannya. Hubby yang kurang selera makan sebab kurang sihat, jadi berselera nak makan, katanya mungkin sebab rasa masam masakan tomyam tu. Lain kali boleh buat lagi, katanya tak puas makan 1-2 round je =D...


Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahan (5-6 orang)
1. 6-7 ketul ayam 
2. 1 biji bawang besar - dihiris
3. 3 biji bawang putih - diketuk
4. 1 btg serai - dititik
5. 2 paket pes tomyam (boleh juga kalau nak buat pes tomyam sendiri)
6. Sedikit air perahan limau nipis (saya guna jus lemon)
7. 1 biji cili merah - dihiris (optional untuk hiasan)
8. Sedikit air
9. Garam secukup rasa
10. Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Ayam digoreng separuh masak dan diketepikan (masak penuh pun boleh)
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan pes tomyam hingga garing
3. Tuangkan air (banyak mana bergantung jika suka kuah banyak atau sikit - jangan terlalu cair)
4. Masukkan serai, perahan limau nipis/jus lemon dan garam
5. Setelah agak masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebentar hingga sebati.
6. Sedia dihidang. Taburkan hirisan cili merah sebagai hiasan

8 comments:

  1. sedaaap nyer nmpk ayam ni...
    weeiihhh sejak bila ada blog ni?? xtau pun!!!

    ReplyDelete
  2. kak rukai, terkejut sy kak. sy baru je post entry bbrp second, tgk dh ada komen dah =). ada la berjinak ngan blog 2/3 bln lepas hehe...xde keje. apsal sy tokleh tgk blog akak? nk mintak green light ni skodeng blog akak hahaha...

    ReplyDelete
  3. nmpak sedap nih, bab2 tomyam ni mmg suka sgt nak buat. nnt nak cedok resepi ye intan

    ReplyDelete
  4. resepi yang menarik intan.. leh juga cuba.. akak suka gak yang tomyam2 ni.. sekali sekala cuba resepi baru bestkan makan

    ReplyDelete
  5. ehehe..intan, blog akak dah open tuk umum dah...
    ari tu tutup kejap...

    ReplyDelete
  6. kak pi: hehe...sila kak..sila

    kak ita: itula, tak pernah jumpe resepi tomyam camni. rase pun sedap..

    ReplyDelete
  7. kak rukai: oohh, aritu blog under construction ye, patutla tutup kedai hehe. lawa template autumn tu =)..

    ReplyDelete
  8. Maaf tumpang lalu ya...
    HAPUSKAN HUTANG DENGAN TEKNIK RAHSIA!!! Ramai dah cuba ni http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=14185. Budak kilang pun boleh dapat ribu raban sebulan!

    ReplyDelete