Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Wednesday, 19 January 2011

Cheesy Pasta/Spaghetti

Hmmm, meh jamu cheesy pasta pulak hari ni. Awal tadi mood malas dah bertandang dulu sebenarnya hihihi, tapi scan satu dapur nampak pulak paket pasta bertenggek tak berusik. So, apa lagi, cheese pun nasib baik ada lagi.
Saya buat 2 version, satu spaghetti dan satu lagi fusilli. Dua-dua pun best. Rasanya pun tak muak sangat. Ok, malas nak banyak cerita, have a try & enjoy your meal!!...

Bahan-bahan:
1. Pasta/spagetti - direbus
2. Sedikit udang/hirisan ayam/sotong
3. 1 biji bawang besar - dihiris kecil
4. 2 biji bawang putih - diketuk
5. 1 biji cili merah/kering - dihiris nipis
6. 3 sudu fresh cream/fresh milk (guna dua-dua pun boleh)
7. 3 sudu cream cheese (optional)
8. Grated cheese secukupnya (tak kisah cheddar/parmesan etc)
9. Sayuran mushroom/carrot/brokoli - dipotong kecil
10. Sedikit serbuk lada hitam
11. Garam secukup rasa 
12. 3 batang daun sup/bawang/kuchai/parsley - dihiris (mana-mana pun boleh)
12. 3 sudu marjerin & sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Pasta/spaghetti direbus hingga lembut. Tos dan ketepikan
2. Panaskan minyak. Tumis sebentar bawang besar, bawang putih dan hirisan cili. 
3. Masukkan marjerin. Setelah cair, masukkan udang/ayam/sotong dan biarkan hingga masak (kalau dah rebus dahulu masukkan kemudian)
4. Campurkan mushroom/brokoli/carrot (boleh direbus dahulu)
4. Masukkan pasta, fresh cream, fresh milk, cream cheese dan grated cheese. Gaul rata hingga sebati. (Kuantiti cheese agak-agak, kalau banyak takut muak. Kalau kering boleh tambah fresh milk lagi)
5.Perasakan dgn sedikit serbuk lada hitam dan garam.
6. Lastly taburkan daun sup/bawang/kuchai/parsley. Gaul rata, sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment