Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Thursday, 6 January 2011

Tuna & Cheese in Yorkshire Pudding

Rasanya lama tak hantar untuk entry resepi. Masak tu memang ada cuma tak sempat nak menulis dan ambil gambar. Kali ni saya share resepi dessert pulak, appetizer pun boleh jugak. Masakan kali ni simple sangat nak buat, sesuai dihidang bagi sesiapa yang last minit dapat call tetamu nak datang. Tapi syaratnya bahannya kenala ada, terutamanya yorkshire pudding tu. 
Saya tak sure kalau kat Malaysia ada jual puding ni. Baru berjinak start tinggal kat UK. Yorkshire pudding ni dijual as frozen food yang bentuknya seakan mangkuk yang boleh kita isi di dalamnya dengan pelbagai inti ikut citarasa kita, e.g: custard, chocolate jam etc. Next time boleh belajar camna nak buat yorkshire pudding ni pulak. Senang bile dah balik Malaysia nanti ;).
Kali ni saya kongsi resepi inti pudingnya hasil ubahsuai sendiri. Inti ni rasanya lebih kenyang, sesuai bagi sesiapa yang sukakan inti ala berlauk. Hubby gemar makan yorkshire pudding ni, kalo hidang sekejap je habis. Tapi kene makan panas-panas, kalo sejuk puddingnya jadi liat. Tak tau macam mana nak elakkan rasa liat tu. Mungkin ada cara, nanti boleh study lagi.

Bahan-bahan:
1. 12 pcs Yorkshire pudding
2. 1 tin tuna chunk (ganti dgn ayam pun boleh jugak)
3. 2 biji kentang - direbus dan dilenyek
4. 1/4 biji lada benggala (capsicum) - dihiris halus
5. Sedikit daun sup/daun bawang - dihiris halus
6. 2 sudu mayonis
7. Sedikit garam
8. Grated cheese secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan oven dgn suhu 180 darjah
2. Campurkan bahan: tuna, kentang yang dilenyek, hirisan lada dan daun sup/bawang, mayonis dan garam. Gaul sebati.
3. Susun yorkshire pudding dalam loyang. Isikan bahan yang digaul tadi dalam yorkshire pudding. 
4. Lastly, letak sedikit grated cheese diatasnya. Bakar dalan oven selama 15 minit atau hingga cheese cair.
5. Sedia dihidang, sedap dimakan panas-panas.

No comments:

Post a Comment