Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday 5 November 2013

Hampir Menutup Tirai UK

Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat bernyawa kembali setelah sebelumnya mengalami masalah teknikal yang agak remeh. Setelah beberapa bulan entri dibiarkan kosong, rindu rasanya ingin menaip kembali.

Syukur kehadrat Allah yang Satu, tiada daya kecuali hanya dari Dia. Penantian selama hampir 4 tahun akhirnya berbalas apabila pada 22 Oktober lepas, hubby berjaya melepasi ujian vivanya. Kini hubby bergelar Doktor, walaupun masih ada hadiah 'sedikit correction' dari examiner yang masih perlu diselesaikan.


Setelah di'grill' selama lebih kurang 3 jam, akhirnya hubby menelefon ke rumah memberitahu tentang berita baik tersebut. Heh, masih ingat lagi dia cakap kat hujung gagang sana, "Now, you can call me Dr.H". Konon nak perasan ranggi ler tu hoho. Saya as spouse yang hanya mampu menunggu keputusan di rumah dengan rasa kurang sabar, terasa debaran yang cukup kuat sejak dari awal hubby bertolak menuju ke medan viva. Handphone tak lekang dari tangan menunggu panggilan si suami. Namun bila difikirkan, apalah debaran yang saya rasa berbanding dengan perasaan bercampur baur yang dialami oleh orang yang mengadapnya selama 4 tahun. Stress, kalut, kosong, blur, down, happy, sakit hati, berdebar dan macam-macam lagi boleh dirasa dalam satu masa. Kita hanya berkongsi kegembiraan dengan kejayaan hubby, mengharapkan Allah mengurniakan yang terbaik dalam setiap urusannya. Setelah mengkhabarkan berita gembira ini kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain di Malaysia, kejayaan manis ini turut dikongsi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain di Soton. Di samping turut sama mengharungi pahit getir cabaran yang datang, komuniti di Soton sudah menjadi sebahagian dari keluarga kami, tempat kami bergantung kasih sayang, bantuan, sokongan dan juga doa.

InsyaAllah, dengan berakhirnya viva diikuti dengan correction yang perlu diselesaikan, maka semakin hampirlah masa kami untuk meninggalkan bumi UK yang penuh dengan kenangannya yang tersendiri. Seperti tidak percaya, seperti baru semalam kami menjejakkan kaki di bumi asing ini. Pejam celik, 4 tahun berlalu begitu pantas. Di bumi asing inilah kami mempelajari ilmu baru, menyesuaikan hidup dengan persekitaran baru, mengenali orang-orang baru, mendidik dan membesarkan anak-anak, memperbaharui dan memperbaiki diri dan yang paling penting mencari jalan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Pengalaman-pengalaman ini begitu berharga untuk kami sekeluarga dan kami berhasrat untuk mengekalkan tauladan yang baik yang dipelajari di sini untuk diterapkan dalam masyarakat di Malaysia sedikit demi sedikit.

Memetik seorang penceramah pernah berkata, lebih kurang begini bunyinya:
"Kadang-kadang di tempat yang asing dari agama, di situlah kita lebih selesa menemui jalan dan mudah mempraktikkan ajaran Islam."

Dan itulah kelainan yang kami rasakan di bumi asing ini. Pastinya kami akan hargai setiap moment yang diberi oleh Allah sepanjang kami disini dan moga Allah beri kita semua peluang dan kekuatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah jika ada kesempatan, akan saya kongsikan pengalaman yang tak seberapa yang mungkin boleh kita ambil pelajaran daripadanya.

Saturday 30 March 2013

Online Grocery.. Antara Mudah dan Malas

1. Since semua dah ada kat hujung jari ni, peluang terbuka luas untuk orang makin jadi pemalas (amik langkah mudah salahkan teknologi dari diri sendiri hehehe..). Click je kat internet semua ada depan mata. Sekarang nak shopping grocery pun just letak punggung kat kerusi pastu cari je barang ape nak. Tinggal tunggu orang hantar depan pintu rumah je.

2. Dulu masa hubby operate lutut dan masih dalam recover, lama gak kitorang ni tak gerak kemana. Tambah pulak masa tu, lesen yang ada dah tak valid lagi nak drive kereta and dalam proses apply lesen UK. Kalau ada hal pergilah jugak ke city naik bas sekali-sekala. Kereta kitorang pun lama dah tersadai kat depan rumah, tapi yang syoknya minyak dapat jimat banyak. Walaupun camtu, ada gak kadang-kadang gamble je drive ke tempat yg dekat dgn area rumah, time nak pergi rumah kengkawan or pergi kedai halal. Cuak sebenarnya nak bawak jauh-jauh ni, takut kena tahan dengan polis. Tak pasal-pasal kena urus itu ini. Itu yang time weekend je memang telan liur lah tak dapat jamu mata kat carboot.   

3. Selalunya kitorang shopping grocery kat Asda, Eastleigh (supermarket besar paling dekat). Nak pergi supermarket ni lebih kurang dalam 5-10 minit drive. Barang-barang lain top-up beli kat kedai Pakistan kat pekan or city. Walaupun hubby boleh drive, tapi pergerakan kakinya masih terbatas. So, kalau nak pusing keliling cari barang kat Asda tu beberapa lama memang agak payah. 

4. Nasib baik jugak sekarang ada sistem shopping online. Untuk orang yang dalam keadaan macam kitorang ni, serba-serbi terbatas.. cara ni amatlah membantu. Register kat web, then dah boleh pilih and beli barang-barang yang ada. Lepas tu boleh booking delivery slot yang kita nak. Delivery ni kena caj, harganya vary. Kalau weekdays biasanya harga dalam GBP 2.50-3.50. Kalau hantar weekend boleh naik sampai 5 pound. Tapi tak kesahla pasal delivery tu, nk cepat hantar kenela bayar lebih skit, ye tak. Tapi nak ceritanya memang boleh layan shopping online ni, silap2 tak perasan dah melambak je barang yang kita penuhkan dlm trolley online tu. After dah checkout bayar ape sume, kita tinggal tunggu jela staf Asda ketuk pintu bawakkan barang2 kita. Dari sayur, buah-buahan, pampers, toiletries, tepung, gula dan macam2 lagi yg kita selalu beli boleh dibuat online je sekarang. Cara ni mmg boleh jimatkan masa, memudahkan untuk sesiapa yang ada kekangan atau tak punya pengangkutan ke supermarket dan sebagainya. 




5. Tak pasti lah kat Malaysia sekarang dah diwujudkan ke tidak sistem belian barang harian secara online ni. Kalau Tesco, Mydin, Giant dan lain-lain supermarket ingin (atau) telah buat inisiatif sebegini, saya kira banyak juga memudahkan pelanggan-pelanggannya di samping memberi pilihan cara shopping yang pelbagai, khususnya bagi golongan berumur dan senior, kumpulan pekerja/korporat yang sentiasa busy dan sebagainya. Tambahan pulak dengan sistem pengangkutan awam di Malaysia yang kurang menyeluruh ke semua tempat dan masa, cara ini banyak memberi manfaat untuk golongan yang berkenaan. 

6. Saya noticed ada beberapa pihak/web di Malaysia yang dah cuba memulakan sistem sebegini seperti DoorstepVirgroceryRedtick dan lain-lain lagi. Mungkin ia masih terhad dari segi target area dan barang yang ditawarkan, namun ia percubaan yang bagus untuk membuka mata umum tentang perkhidmatan sebegini. Adalah lebih menarik dan lebih sesuai jika kumpulan brand supermarket yang terkenal mewujudkan pasukan shopping online nya sendiri. Dengan ini pelanggan akan lebih rasa yakin dan selamat untuk terus membeli-belah.

7. Tapi dari sudut yang lain, kalau selalu sangat praktis shopping online ni boleh buat orang yang malas pun tambah malas. Dari ada 3-5% untuk exercise ringan-ringan sambil jalan belek-belek barang dari satu rak ke rak, terus peratusnya jadi zero disebabkan hanya duduk bertapa depan komputer memilih barang dari rumah. Aktiviti sosial bercampur dengan orang dan melihat persekitaran luar pun semakin hilang. Hmm, itulah dia. Di samping tak menafikan kemudahan yang diperkenalkan kepada umum daripada grocery shopping secara online ni, banyak juga faktor lain yang terkesan kepada akibat buruk. Konsepnya mudah je, sesuatu yang kita lakukan tu kena ada batasannya dan juga bersederhana. Jika kita melampau dan berlebih-lebihan, benda yang baik pada awalnya akan nampak buruk akhirnya. 

Just my one cent thought ;)..

Tuesday 1 January 2013

Fish Fillet with Maple Butter Sauce

Salam semua,
Sekarang kita dah pun menjejak ke tahun 2013. Sambil menaip ni terdengar dentuman fireworks bertalu2 kat luar rumah. Cheewah, macam jiwang pulak, sambil menaip diiringi dgn background sound firework. Hmm, tahun 2012 dah pun kita tinggalkan. Pastinya banyak manis pahit kehidupan yang telah dilalui. Walau apa pun yang penting, kita belajar dari peristiwa lalu dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Semoga iman dan amal soleh kita semakin bertambah seiring dengan angka umur yang semakin meningkat, insyaAllah. 

Sebagai pembuka tirai post tahun baru, meh saya nak share skit satu resepi yang simple, sihat dan mudah dibuat. Tak perlu masa yang lama pun kat dapur, sekejap je dah boleh kumpul satu pinggan ;).

Pada sesiapa yang tak tau apa benda maple ni, paling senang nak imagine and mostly common product is maple syrup yg selalu kita makan dengan pancake tu. Tapi kalo tak jumpe, nak ganti dgn golden syrup pun boleh kot. Kelainan dalam resepi kali ni adalah sauce yang dipadankan untuk dimakan dengan fish fillet. Kalau cari kat pakcik google, mmg ada banyak choice of sauces yang boleh dipilih. Datang idea nak buat maple butter sauce ni daripada hubby yang balik dari conference kat Canada beberapa bulaYn lepas. Canada mmg famous dengan produk daun maple. So, ada satu time tu hubby makan kt restaurant, order fish fillet and the menu came with this sauce. Memula rasa pelik, sebab pada sesiapa yang pernah rasa maple syrup, hmm memangla manis kemain rasanya. But, dalam rasa manisnya tu, combinationnya kena dengan fillet ni. Apatah lagi ditambah dengan garlic mashed potato dan grilled asparagus. Hmm.. menjilat jari hehe.

Hubby ada gak beli kopi dan tea berperisa maple dari Canada. Bila bancuh je air, bau manis maple tu terus semerbak je kita hidu. 

Ok, so no more chatting. Jom kita tgk dulu resepi ni :).




BAHAN-BAHAN (4 ORG)
- 4 boneless fish fillet (xkesah ikan apa, breaded atau tak. Sy beli yg siap frozen je kt supermarket)
- 1@ 2 ikat asparagus
- 1@ 2 btg carrot

Utk Maple Butter Sauce
- 1/2 cawan maple syrup (boleh ganti dgn golden syrup)
- 1/2 cawan butter
- garam

Utk Garlic Mashed Potato
- 4 @ 5 biji kentang
- 1 sudu besar bawang putih yang dihiris/ditumbuk halus ATAU 1 1/2 sudu serbuk bawang putih
-  susu secukupnya
- 2 sudu yogurt
- sedikit serbuk lada hitam
- garam secukupnya

CARA-CARA:
1. Menggunakan 1 sudu minyak, grill/bakar breaded fish fillet atas non stick pan hingga masak. Jika guna fresh fish fillet boleh dibakar dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Potong carrot secara bulat (nk buat bentuk lg cantik). Grill/bakar dengan beberapa titik minyak dalam non stick pan. Setelah beberapa ketika, masukkan asparagus, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau rata. Tak perlu overcook, angkat setelah warna sayur nampak naik dan teksturnya sedikit lembut. Ketepikan

Maple Butter Sauce
1. Panaskan maple syrup atas api perlahan. Masukkan sedikit garam.
2. Setelah hampir didih, angkat dan padamkan api. Masukkan butter dan gaul hingga larut. Boleh tambah 2/3 sudu air jika terlalu pekat.

Garlic Mashed Potato
1. Buang kulit dan potong kentang menjadi bahagian lebih kecil dan rebus hingga empuk. Setelah lembut, angkat dan toskan.
2. Jika guna bawang putih yg dihiris, tumis dahulu dengan sedikit minyak hingga kekuningan kemudian angkat. Jika guna serbuk bawang putih boleh terus dimasukkan bersama kentang.
3. Masukkan semua bahan yg lain ke dalam kentang. Menggunakan hand mixer, kacau kentang hingga sebati. Tambah bawang putih jika inginkan lebih rasa, tambah susu jika ingin lebih creamy. Garlic mashed potato ni tak perlukan sos tambahan sbb rasenya sendiri dah cukup lengkap.

Bolehla susun semua makanan dalam pinggan dan tuang maple syrup sauce tadi diatas fillet dan mashed potato. Selamat mencube :).