Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Wednesday, 9 February 2011

'Memancing' di Freecycle

1. Kat Malaysia mungkin kurang familiar dengan mende ni. Tapi nampak gaya dah ada usaha nak wujudkan group, though still limited to big cities like K.L, Selangor, Johor, P.Pinang etc. Sistem freecycle ni memang popular kat UK and other big countries. Ia merupakan satu email group yang dibuat khusus kepada sesiapa yang ingin memberikan barang kepunyaan mereka yang tak lagi diperlukan secara percuma. Senang cite nak get rid barang yang dah tak nak/tak pakai. Begitu juga port untuk mereka yang nak cari barang free =).

2. Since tinggal kat UK ni, mulalah berjinak-jinak dengan group ni. Sistemnya simple;
  • Join the freecycle group based on location. 
  • After being approved, group member boleh hantar dan terima email from other members, samada 'Offer' atau 'Wanted' item.  
  • Untuk 'Offer' email, mana-mana yang berminat untuk dapatkan item tu boleh respond pada email owner.
  • If you're lucky, you will get the reply and being asked when to collect the thing at the given address.
  • Kalau tak dapat pape respond, kiranya memang takde rezeki la, coz ramai yang berebut-rebut nak barang tu and we're not selected. Cuba lagi kalau ada lagi yang offer =).
  • Kita boleh juga war-warkan pada members if we're looking for certain item thru 'Wanted' email. Tapi selalunya orang tak bother sangat, nasib baik sesangatla kalau ada yang reply. 

3. Alhamdulillah, ada beberapa barang berguna yang kitorang dapat 'hasil pancingan' kat freecycle ni =). So far, amatla puas hati dengan condition barang2 tu. Dari barang elektrik, perabot, pakaian, barang dapur, basikal  dll semuanya ada (banyak sgt barang sampai tak muat column nak list down semua hihi). Bagi kami sebagai perantau sementara kat sini, sistem freecycle ni amatlah melegakan sedikit hidup kitorang. Certain barang yang diperlukan disini tapi mungkin tak digunakan bila balik nanti tak perlu dibeli. Cuma kena tunggu masa yang tepat dan rezeki dengan izin Allah. Kalau nak cari goods untuk bawak balik pun apa salahnya =)...
Baby Cotbed with mattress ~tilam baby tebalnya dah macam katil org besar ~
Toddler books, novel & craft books ~kids books like Thomas The Train, Postman Pat branded plus buku hardcover sure mahal kalau beli kat Malaysia
Sofa ~kat rumah lama di Portswood, pemberian kawan hasil freecycle~
Kereta Sorong ni pun kawan bagi dapat freecycle
Pine TV Stand
Buaian
Moses basket with raincover ~sayang takde stand, kalo tak complete dah~
4. Kebanyakan items yang di'offer' dalam UK group ni masih dalam good/nice condition, kadang-kadang still look new lagi, mungkin baru pakai beberapa kali je. Itu yang syoknya dapat barang freecycle kat sini. Tambah pelik lagi, time beli barang tu dulu punyala mahal tapi diorang tak kesah nak give away those items for free. Kalau ikut trend orang Malaysia, sure kena fikir banyak kali (termasukla saya sekali hehe..). But above all the reasons, orang UK ni lebih pentingkan space rather than simpan benda tu tapi tak pakai. Rumah kat UK ni takdela luas sangat dan space terhad nak sumbat semua barang dalam rumah (pendapatan sederhana). Once diorang dah beli barang baru, contoh macam sofa atau tv lcd, sofa yang lama atau tv crt yang berat tu mulalah melambak kat dalam freecycle. Lagi satu, kat UK ni tak boleh nak dump barang yang kita tak nak sesuka hati kat tepi jalan. So, freecycle ni cara yang baik nak avoid problem tu. Secara tak langsung boleh protect dan jaga alam sekitar.

5. Wondering jugak camne freecycle group kat Malaysia ek. Dikhabarkan mungkin tak semeriah group kat UK, coz kalo bukak email boleh mencecah 100 email ke atas sehari. Tapi takpe, maybe later freecycle ni akan lebih menular di Malaysia dan banyak orang akan dapat faedah daripadanya. Cuma harapnya barang yang diberi takdela sampai tahap dah nak reput atau tunggu masa je nak luput jangka hayatnya (if teruk sangat condition barang tu, better tak perlu di'offer' kat orang at the first place).

6. Walaupun begitu, melihatkan pendapatan dan cara hidup di Malaysia tak sama macam kat oversea, mungkin orang yang mengharapkan barang free pun tak boleh nak letak harapan terlalu tinggi sebab mentalitinya bukan senang orang nak bagi barang macam tu je, apatah lagi setelah payah cari duit, membeli dan barang tu masih elok dan boleh pakai lagi. Exception pada sesetengah orang/family yang agak senang dan boleh meringankan sikit beban orang lain melalui pemberian tersebut.

So, pada sesiapa yang nak experience freecycle ni boleh join the group and...
~ Happy Freecycling! ~

4 comments:

  1. Wah pn intan, byk jugak dpt tangkapan tu. Kp baru ni try mintak tv( slama ni duk pakai kwn punya) AlhamD ramai yg offer lastly of coursela Kp pilih yg d bestkan 24" sekali ngan glass standnya lg. Dah siap ambik Ada org offer 32" pulak, Sony. Melepasss

    ReplyDelete
  2. salam intan...seronok freecycle ni ye...klu dpt diamalkan di malaysia lagi bagus, macam bersedekah, dapat pahala lagi, lagi-lagi tolong orang-orang betul-betul memerlukan...:)..., penghantaran barang-barang yang berat-berat tu pemberi atau penerima yang tanggung delivery cost?

    ReplyDelete
  3. Kak pi: Hehe...bolehla tahan kak. Kalo tgk email byk je lg nk mintak. Sy pn ada dpt tv hari tu, tp dah bg parents kt johor, tmpg kontena org hihi. Suka org tua sy dpt tv tu ganti tv lama.
    Akak next time ada tv besar bolehla mintak lg kak, yg 24" tu boleh freecycle balik =)...

    Ibuaiman: Haah kak, seronok freecycle kt UK ni. Mmg kalo dpt apply kt Malaysia sure best, benda elok dr terbuang x pakai boleh sedekah kt yg memerlukan.
    Collection brg2 tu org yg request brg kene urus sendiri, kak..

    ReplyDelete
  4. oo.. mcm tu ye intan buat. padanla pun tgk kwn2 kat sini rajin beno mintak mcm2 padahal rumah kan sempit2 je. nice idea tu

    ReplyDelete