Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Sunday 30 January 2011

Filem Best: 3 Idiots

Sampai satu tahap dah boring sesangat tengok cite mat saleh, mulalah tangan gatal cari kat internet pape cite Melayu yang best. Cari punye cari dapatlah layan filem Ngangkung, yang diwar-warkan best dan dapat kutipan RM8 juta. Pasal cite Ngangkung ni kita hold dulu yek. Bagi jalan pada 3 Idiots jap...=)

Lepas tengok filem Ngangkung, hati masih tak puas, nak layan lagi mana-mana cite yang best. Tetibe teringat pulak adik ipar pernah recommend tengok cite hindustan 3 Idiots. Kalau ikut track record, kalau adik ipar ni kata filem tu best, so memang bestla cite tu...tak dinafikan. Kitorang tengok kat YouTube je, nasib baik ada, siap dengan subtitle English. 

Cakap tentang sinopsis, ceritanya tentang 3 orang sahabat sebilik yang belajar di kolej Engineering terkenal di India. Rancho (Amir Khan) seorang pelajar genius yang amat minat dalam bidang Engineering. Prinsipnya yang sukakan ilmu dan sentiasa mempelajarinya tanpa risau tentang gred/keputusan peperiksaan atau paksaan keluarga membuatkan dia berjaya menjadi pelajar cemerlang setiap tahun. Farhan (R. Madhavan) pula masuk ke kolej disebabkan kehendak keluarga yang berfikiran bahawa Enginering boleh mengangkat martabat keluarga dan jaminan masa depan yang cerah, meskipun terpaksa mengorbankan minatnya dalam

Wednesday 19 January 2011

Cheesy Pasta/Spaghetti

Hmmm, meh jamu cheesy pasta pulak hari ni. Awal tadi mood malas dah bertandang dulu sebenarnya hihihi, tapi scan satu dapur nampak pulak paket pasta bertenggek tak berusik. So, apa lagi, cheese pun nasib baik ada lagi.
Saya buat 2 version, satu spaghetti dan satu lagi fusilli. Dua-dua pun best. Rasanya pun tak muak sangat. Ok, malas nak banyak cerita, have a try & enjoy your meal!!...

Bahan-bahan:
1. Pasta/spagetti - direbus
2. Sedikit udang/hirisan ayam/sotong
3. 1 biji bawang besar - dihiris kecil
4. 2 biji bawang putih - diketuk
5. 1 biji cili merah/kering - dihiris nipis
6. 3 sudu fresh cream/fresh milk (guna dua-dua pun boleh)
7. 3 sudu cream cheese (optional)
8. Grated cheese secukupnya (tak kisah cheddar/parmesan etc)
9. Sayuran mushroom/carrot/brokoli - dipotong kecil
10. Sedikit serbuk lada hitam
11. Garam secukup rasa 
12. 3 batang daun sup/bawang/kuchai/parsley - dihiris (mana-mana pun boleh)
12. 3 sudu marjerin & sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Pasta/spaghetti direbus hingga lembut. Tos dan ketepikan
2. Panaskan minyak. Tumis sebentar bawang besar, bawang putih dan hirisan cili. 
3. Masukkan marjerin. Setelah cair, masukkan udang/ayam/sotong dan biarkan hingga masak (kalau dah rebus dahulu masukkan kemudian)
4. Campurkan mushroom/brokoli/carrot (boleh direbus dahulu)
4. Masukkan pasta, fresh cream, fresh milk, cream cheese dan grated cheese. Gaul rata hingga sebati. (Kuantiti cheese agak-agak, kalau banyak takut muak. Kalau kering boleh tambah fresh milk lagi)
5.Perasakan dgn sedikit serbuk lada hitam dan garam.
6. Lastly taburkan daun sup/bawang/kuchai/parsley. Gaul rata, sedia dihidang.

Friday 14 January 2011

'Kembali'

1. Sepeninggalan kitorang selama setahun di UK, baru-baru ni kami terima berita kembalinya 2 orang saudara terdekat di Malaysia ke rahmatullah. 

2. Kedua-duanya 'pulang' dalam jarak waktu yang dekat. Pada akhir Disember lepas satu-satunya sepupu lelaki saya sebelah keluarga ibu di Pontian, dan hari ni pula mak saudara hubby di JB yang memang rapat dgn anak buahnya. 

3. Dapat berita dari jauh, terkilan juga tak dapat menjenguk buat kali terakhir. Apatah lagi berita yang diterima agak mengejutkan dan mereka agak rapat dengan keluarga.

4. Moga keduanya sentiasa dalam rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sunday 9 January 2011

Tetamu dari Notts

Hampir seminggu dah tetamu kami dari Notts singgah di Soton, baru ni nak post cerita. Punyala lambat progresnya..hehe. Hari Jumaat 31.12.2010 lepas kami terima kunjungan dari family Abg Waqar dan Kak Rukai dari Nottingham. Turut sama parents Abg Waqar yang datang ke UK untuk attend konvo masternya sambil bercuti. Alham happy aja dapat jumpe Eriem lagi sekali. Tambah pula Eriem bawa 'buah tangan', lagila dia excited..
Gambar Eriem tak nampak pulak dalam ni, kena block ngan ibunya =)...
Actually pasangan berdua ni teman kitorang time belajar sesama kat UTM Skudai dulu. Satu kolej lagi, Kolej Rahman Putra (KRP). Tapi yang pasti diorang ni senior saya la. Masing-masing jumpe jodoh kat UTM hihihi. Rindu pulak la time belajar degree dulu...

Kenalan Kak Rukai ramai rupanya kat Soton ni, kebanyakannya yang amik course Math, sama macam Kak Rukai. Borak punya borak rupanya orang A kenal orang B, pusing-pusing kat situ jugak. Antaranya Kak Farhana, Kak Zuryna, Zuhaila & Rahifa. Diorang plan bermalam di rumah Kak Farhana/Abg Faizal sebelum berjalan ke Bath esoknya. Sebelum ke rumah Kak Farhana mereka singgah dulu makan malam di rumah kami. Malam tu seronok sangat berborak sampai lupa nak ambil gambar bersama, siap mintak guest masuk rumah balik semata-mata nak ambil gambar hehe. 

Thanks singgah di Soton, ada rezeki kita jumpe lagi =)...

Thursday 6 January 2011

Tuna & Cheese in Yorkshire Pudding

Rasanya lama tak hantar untuk entry resepi. Masak tu memang ada cuma tak sempat nak menulis dan ambil gambar. Kali ni saya share resepi dessert pulak, appetizer pun boleh jugak. Masakan kali ni simple sangat nak buat, sesuai dihidang bagi sesiapa yang last minit dapat call tetamu nak datang. Tapi syaratnya bahannya kenala ada, terutamanya yorkshire pudding tu. 
Saya tak sure kalau kat Malaysia ada jual puding ni. Baru berjinak start tinggal kat UK. Yorkshire pudding ni dijual as frozen food yang bentuknya seakan mangkuk yang boleh kita isi di dalamnya dengan pelbagai inti ikut citarasa kita, e.g: custard, chocolate jam etc. Next time boleh belajar camna nak buat yorkshire pudding ni pulak. Senang bile dah balik Malaysia nanti ;).
Kali ni saya kongsi resepi inti pudingnya hasil ubahsuai sendiri. Inti ni rasanya lebih kenyang, sesuai bagi sesiapa yang sukakan inti ala berlauk. Hubby gemar makan yorkshire pudding ni, kalo hidang sekejap je habis. Tapi kene makan panas-panas, kalo sejuk puddingnya jadi liat. Tak tau macam mana nak elakkan rasa liat tu. Mungkin ada cara, nanti boleh study lagi.

Bahan-bahan:
1. 12 pcs Yorkshire pudding
2. 1 tin tuna chunk (ganti dgn ayam pun boleh jugak)
3. 2 biji kentang - direbus dan dilenyek
4. 1/4 biji lada benggala (capsicum) - dihiris halus
5. Sedikit daun sup/daun bawang - dihiris halus
6. 2 sudu mayonis
7. Sedikit garam
8. Grated cheese secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan oven dgn suhu 180 darjah
2. Campurkan bahan: tuna, kentang yang dilenyek, hirisan lada dan daun sup/bawang, mayonis dan garam. Gaul sebati.
3. Susun yorkshire pudding dalam loyang. Isikan bahan yang digaul tadi dalam yorkshire pudding. 
4. Lastly, letak sedikit grated cheese diatasnya. Bakar dalan oven selama 15 minit atau hingga cheese cair.
5. Sedia dihidang, sedap dimakan panas-panas.

Wednesday 5 January 2011

2011 - The Introduction

Dah lama tak post entry baru. Tak sedar dah masuk tahun baru 2011..dengan itu dah lebih setahun jugak usia study hubby kat UK ni. Fikir balik, macam-macam yang dilalui setahun lepas, samada pengalaman sendiri atau family dan rakan-rakan. Terlalu banyak sampai tak ingat nak list balik camne hehe.

Really hope this year will fill our life with cheerful colour. Although every journey will come with its own obstacle and difficulty, may Allah will ease the pain and open the path so that we can walk in through. Of course, terutamanya kemudahan untuk hubby pulih dari surgery dan ilham untuk penyelesaian kepada studynya. Dan dengan sepasang anak kurniaan Allah yang semakin membesar dan pelbagai ragamnya, moga Allah menyuntikkan hidayah buat kami ibu bapanya serta Alham dan Najah agar berjaya menjadi seorang yang dibanggakan keluarga dan masyarakat. Doa dari jauh buat family di Malaysia, moga semua sihat hendaknya dan mohon doa buat kemudahan kami sekeluarga di UK =). Amiin...

Get ready to move forward ++...=)....More effort, please.....!!!!