Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday 21 December 2010

Hubby dan Knee Surgery

Setelah hampir setahun hubby mengalami sakit kaki, akhirnya pada Jumaat lepas (17 Dis 10) hubby selamat menjalani pembedahan kecil pada lututnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar malah lebih cepat dari sangkaan. Surgery dibuat di Royal South Hant Hospital (RSH), Southampton. Jadualnya bermula pada pukul 11.30 pagi dan kira-kira pukul 6 petang hari yang sama kami sudah pulang ke rumah.
Sehari sebelum surgery, hubby dah start rasa berdebar. Padahal sebelum tu steady je. Mungkin sebab harinya dah makin dekat. Esoknya kami ke hospital menaiki bas kira-kira pukul 10.50 pagi. Alham tak dibawa bersama, ditinggalkan dengan Kak Sarah & Din, untuk lebih memudahkan pergerakan.Sampai di hospital elok-elok beberapa minit sebelum pukul 11.30 pagi. Kalau ikut surat surgery appointment, jika patient lambat atau tunda appointment yang ditetapkan, nak dapat date yang baru agak susah dan kemungkinan perlu bermula semula dari awal. Memang naya je la kalau lambat hari tu. 
 
Oopps..mungkin ada kenalan yang tak tahu hujung pangkal cerita surgery ni. Takut terkejut plak dengar hubby kena operate, but everything was going well =). Ceritanya bermula sejak setahun lepas hubby start further study kat UK ni. Kaki kirinya kadang-kadang dirasakan sakit sampai menyebabkan jalan terhencut-hencut dan tak boleh berjalan lama. Mulanya hubby ingat sebab banyak berjalan pergi balik ke univ (before ni back in Malaysia kemana-mana je pakai kereta) dan tambahan pulak mungkin sebab cuaca sejuk/winter. Jadi ubatnya just sapu minyak or sometime pakai heating pad untuk hilangkan sakit. Tapi lama-lama sakit kaki hubby makin melarat. Awalnya on off sakitnya, lepas tu dah masuk tengah tahun keadaannya makin kerap berlaku. Selalunya yang teruk time bangun dari tidur. Hubby kata more likely kaki kirinya payah dan rasa sakit nak move dari satu-satu posisi. Kalau kaki tengah dalam keadaan bengkok, payah nak tegak dan sebaliknya. Bila dah macam ni, kitorang pun kurang jugakla berjalan kemana-mana; ke city, ke carboot coz hubby mudah rasa sakit bila berjalan lama.
Memandangkan sakit dah makin teruk, dalam sekitar bulan Jun hubby pun set untuk jumpa GP. Dua bulan kemudiannya baru dapat date appointment, seterusnya beberapa kali perjumpaan, scan MRI hinggalah ke hari surgery minggu lepas. Start from June sampai ke Disember, hmm...enam bulan jugak ambil masa tunggu operation ni. Mengikut scan dan diagnosis doktor, terdapat cyst atau lump pada lutut kiri hubby (penyebab pada kesakitan yang dialami). Kalau ikut definition, cyst ni seakan struktur atau gumpalan yang muncul dalam tisu yang mengandungi samada liquid, gas atau bahan semisolid yang lain. Mula-mula study pasal penyakit ni ingatkan macam ketumbuhan...terkejut la jugak bila baca. Tapi rupanya dia bukanla seperti kanser atau sewaktu dengannya. Masih boleh dirawat dan salah satunya melalui surgery.
 
 
Kami register di bahagian Day Unit. Tempat ni untuk patient yang menjalani minor surgery dan dibenarkan pulang hari yang sama. Selepas register, hubby dibawa masuk ke dalam.. tukar pakaian dan check ape-ape yang patut. Kata doktor, hubby was the 1st list for afternoon session hari tu. Doktor yang bertanggungjawab untuk operation hubby namanya Dr. Zakaria, gayanya seperi india muslim. Sebelum diberi ubat pelali, hubby diberi penerangan oleh doktor yang dia akan tebuk dua lubang kiri dan kanan pada lutut kirinya untuk masukkan kamera dan buang cyst tu. Doktor tu siap draw arrow kt lutut hubby time nak explain tu. Hubby kata time dia dibiuskan tu dalam pukul 1.30pm, tau-tau sedar dah pukul 2.30pm. Langsung tak tahu apa jadi time surgery, bila jaga tengok lutut dah siap berbalut. 

After surgery hubby diberi rehat dan makan dahulu sebelum pulang. Servis kat hospital ni dah macam private hospital..ada class. Padahal hospital ni general hospital je. Relative dibenarkan menunggu di ruang lobi sementara operation dan dipanggil masuk menemani patient sesudah surgery selesai. Nurse-nurse yang ada (laki/perempuan) melayan patient dengan baik. Kesimpulannya teramatla puas hati untuk servis yang totally free of charge, dari scan MRI hinga surgery (diberitahu free untuk penduduk UK, pekerja, student yang ada contribute pada UK govt). Bila difikirkan balik, ada hikmahnya sakit kaki hubby semakin melarat bila datang kat UK ni. Kalau tak agaknya entah berapa banyak RM yang melayang kalau operate kat Malaysia.
 
 
 
Sementara menunggu operation dan urusan hubby selesai, saya dan Najah duduk menunggu di ruang lobi. Luckily Najah tak meragam semasa time menunggu tu. Asalkan berdukung dan teman dia bermain, moodnya insyaAllah ok. Yang peliknya, tahan pulak matanya seharian tak tidur. Nasib baik dibenarkan untuk ambil gambar, ada jugak kenangan time surgery ni.
 
Sebelum discharge, hubby diberi penerangan oleh physiotherapist bagaimana untuk menjaga dan melakukan senaman ringan pada kaki agar boleh segera pulih. Hubby diberi satu walking stick (perlu dipulangkan nanti) dan perlu datang semula 2 minggu lagi untuk follow-up. Kata doktor hubby mungkin perlukan stick selama 3-4 hari dan kemudiannya boleh berlatih jalan seperti biasa.
 
 
Kami pulang dari hospital pada pukul 6 mlm dijemput oleh Azim. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hari tu dan harapnya hubby sembuh dengan cepat dan boleh berjalan semula seperti biasa. Kebetulan surgery ni dibuat seiring dengan bermulanya cuti sekolah dan univ (untuk undergrad), jadinya hubby boleh berehat di rumah tanpa perlu risau sangat kerja kat office. Teringat pulak pada kata-kata "Beringat masa sihat sebelum sakit". Hopefully cyst yang muncul pada knee hubby tu tak berulang lagi dan sentiasa sihat hendaknya. Amiin...

3 comments:

  1. Alhamdulillah, hopefully en.hidayat lebih sihat pas ni, suspen jugak td bila baca title tu.mm..dr ada bgtahu tak caner leh muncul cyst kat dlm lutut tu, mungkin sbb makanan ke atau pernah terseliuh ke apa ke.
    1 lg intan, hari tu intan ada cakap pasal paste tom yam buat sendiri tu kan, leh syer tak resepinya. Tq in advance ye

    ReplyDelete
  2. Dr. kata ada possibility dari terseliuh or terhentak. Mgkin sbb dulu dayat pernah injured time main tenis 2/3 thn lps. itulah, harapnya cepat sembuh, lepas tu leh jalan2 lg hehe...

    pasal paste tomyam tu akak blend semua; bwg besar, bwg putih, cili kering, serai (nk pedas lg bleh letak cili api skit). pastu tumis dgn minyak smpai masak, letak jus lemon (masam ikut suka tp selalunya byk), garam, gula. Dah masak bleh buang lebihan minyak tu and simpan bile nk masak (xtau la tahan berapa lama). Dah cube nnti gtau yek, sy pn leh modify mana yg patut =)..

    ReplyDelete