Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Friday 10 December 2010

Snowww...!!

Bangun subuh tanggal 02 Dis 2010 (Khamis) merupakan 1st experience ever yang tak akan dilupakan. Jenguk kat luar tingkap, terbentang luas pemandangan putih salji di segenap kawasan bumi Allah. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk menghayati keagungan ciptaan Allah di satu sudut dunia. Kita yang pertama kali nampak dan merasa snow for sure terlebih excited dan jakun =).  Hubby pulak sudah kali kedua enjoy the moment since last he finished his master in Glasgow. 
Pemandangan dari tingkap bilik
 

 

Dikhabarkan snow mula turun di Soton around pukul 10mlm tu. Hubby yang selalu balik dari univ pukul 8-9mlm mmg tak menyangka ada tanda turun salji yang agak lebat tahun ni. Apa lagi, selesai solat terus aje bersiap dan kejut anak-anak untuk keluar dan ambil gambar berlatarbelakangkan salji di luar. Actually, kitorg pun dah agak lambat catch up snow moment ni. Ada yang dari pukul 5.30 am dah keluar rumah nak ambil gambar.
Keretaku dibalut salji
 
 
 
Time awal bergambar Alham masih excited lagi main salji. Agaknya ape yang die fikir tengok salji time tu. After that, bila sejuk dah mula mencengkam badan, Alham terus tak ada mood nak explore.
 
Abah mula beraksi. Tapi sayang ada satu shot meniarap kat salji dia lupa nak amik
Tak ketinggalan bergambar bersama jiran tetangga yang turut sama seronok keluar mengambil gambar.
Bersama Rahifa
Dengan Kak Sarah dan anak-anak. Sayang time husbandnya belum balik dari kerja. So tak sempat gambar bersama
 
 
 
Sempat bergambar dgn makcik saleh baru balik dr shop.
Ini dia snowman hasil kerja tangan hubby dan seorang anak jiran. Time tu saya, Alham dan Najah dah lebih dulu masuk ke dalam rumah sebab dirasakan makin sejuk, tambah pula Alham dan Najah dah mula merengek kesejukan.
 
 
  
Bertungkus lumus jugak hubby buat snowman ni. Yelah, kalau takde snowman rasa cam tak sah pulak. Memule tu dia buat dengan menggolekkan satu snowball kecil untuk mendapatkan satu snowball besar dan bulat (utk jadi body snowman). Tapi entah camne tekniknya tak menjadi, last2 just kumpul snow banyak2, then bulatkan dia. Finally jadi jugak. Bila dah siap, ibu tinggal tunggu abah panggil keluar untuk sesi bergambar hehe...
 
 
 
 
 
 
Jiran flat atas (student phd pakistan bujang) pun join sekaki bergambar
 
Pagi tu univ annunce tutup, berlanjutan sampai ke esoknya. Hubby ajak jalan2 around univ amik gambar sementara snow still fresh dan cantik tak dipijak orang. Tapi sadly tak dapat join coz Najah pun still tidur kat rumah dan sure Alham pun tak tahan sejuk berlama kat luar. So, hubby jela yg explore sorg2 ke univ took beautiful shot of snowy scene. InsyaAllah turun snow lagi sekali niat nak jugak round kt univ. Harapnye budak2 dalam good mood masa tu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment