Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday 6 December 2010

Jadi Cikgu

Dah beberapa hari gak tak bukak blog coz melayan jakun jumpe snow hari Khamis lepas hehe. 1st time experience so terlebih excited skit. Plus, hubby pulak bertapa depan laptop kat rumah disebabkan univ announce tutup dek salji turun agak tebal tahun ni. Jadinya memang takde can sgt nk guna laptop last weekend. Baru ni ada ruang nak blogging balik..

Cite pasal snow kite tunda dulu yek..will be coming soon hehe. Bagi jalan pada story yg lebih dulu dlm waiting list =).. 

Weekend lepas (27 Nov 2010), buat pertama kalinya dapat can jadi cikgu hihihi. Sekolah Malaysia Southampton kekurangan guru untuk mengajar, mungkin disebabkan kesibukan adik2 undergrad dan beberapa orang dari family Soton yang tidak berkelapangan. Oleh itu, sebelum sekolahnya diadakan (pagi Sabtu setiap minggu), pengetua Sekolah Malaysia yang dilantik mengkhabarkan melalui emel group kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan. Mulanya tak terniat nak ganti coz takde confident nak mengajar. Tapi hubby encourage doing something new a try. Pikir punya pikir, apa salahnya cuba. Lagi pun just ajar BM and budak-budaknya bawah umur 6tahun.

Sebelum ni tak pernah lagi jenguk camna Sekolah Malaysia ni beroperasi (sebab kalau ikut umur Alham tak layak lagi ikut kelas). Baru-baru ni kelasnya telah berpindah ke salah satu bangunan universiti setelah beberapa lama menyewa tempat di Swaythling Primary School. Kelasnya dibahagi kepada 4 mengikut umur dan subjek yang diajar hanyalah Bahasa Melayu. Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk mengajar bahasa ibunda kepada anak-anak keluarga Malaysia di Southampton (yang rata-rata teramat lancar berbahasa Inggeris) dan beri sedikit pendedahan supaya tidak terkejut budaya apabila pulang ke Malaysia kelak. 

Saya berpeluang mengajar kelas umur yang paling rendah. 2-3 buku rujukan sesuai dengan silibus umur pelajar di Malaysia diberi sebagai panduan. Sebelum masuk kelas ada la plan sikit2 nak mengajar apa (ajar mengeja, some BM words etc). Tapi bila dah start kelas apa yang dirancang tak menjadi. Terpaksa ubah ikut kesesuaian kids yang tak betah duduk diam dan excited nak ajak cikgu berborak (dalam english lak tuh..). So, lastly kelasnya jadi lebih leisure, more drawing, sketching etc. 

InsyaAllah kalau diberi kesempatan perhaps later on will get used to those kids' behavior and lebih smooth nak handle diorang camne. Hehe..namanya pun cikgu bidan terjun =)...

1 comment:

  1. wah, selamat menjadi guru ye pn.intan. xpe, lama-lama nnt mst oklatu ngan budak2 tu.

    ReplyDelete