Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Sunday, 26 December 2010

Boxing Day vs Final Suzuki Cup 2010

Hari ni (Boxing Day - 26/12) sepatutnya jadi hari shopping sakan kat UK. Time ni la orang berkejar cari barang-barang murah dan branded susulan sambutan Christmas disini. Kalau diikutkan kami pun mungkin antara berjuta-juta orang kat Southampton ni yang berbondong-bondong keluar ke mall dari awal pagi untuk jamu mata dan melabur duit ke kedai-kedai high street. 
Walau pun begitu, hakikatnya hari ni kami sefamily duduk lepak je kat rumah tak kemana, coz hubby masih belum pulih dan berehat kat rumah after knee surgery seminggu lepas dan Najah pun tak berapa sihat kebelakangan ni. Awal-awal lagi memang dah kurang feel nak keluar berboxing sebab dah tau banyak halangan. Nasib baik la family kami pun bukan jenis yang gila shopping, so takdela effect sangat tak dapat join kawan-kawan yang lain. Instead of live shopping, boleh jugak beli ikut online store, pun boleh tahan jugak ye tak hihihi...hmmm...

Apa pun, thanx pada Kak Sarah coz offer untuk ajak saya berboxing sebelum ni. Hubby dah bagi permission dah..kalau nak gi shopping boleh je follow Kak Sarah sekeluarga, tapi rasa tak syok plak tak cukup korum, plus kalau nak bawa Najah dia pun tak berapa sihat. So, diam-diam stay kat rumah, banyak lagi can nak shopping lain kali (gaya cakap macam banyak je duit dalam poket hehe). Looking forward for Boxing Day next year dan sale-sale akan datang =)...


Final Suzuki Cup 1st leg (Malaysia 3 - Indonesia 0)

Dalam diam-diam lepak kat rumah, tak rugi jugak kitorang tak keluar, sebabnya dapat layan live Malaysia vs Indonesia dalam Final Suzuki Cup 2010. Yang tambah seronok sebab Malaysia menang 3-0. Overall, teramat la puas hati  tengok match yang hebat, dua-dua team perform and fight. 
But especially congrats to Malaysia sebab prestasi permainan dah jauh lebih baik dari yang lepas. Kalau dulu tengok game Malaysia, mesti at the end ada je rasa stress, tak puas hati coz permainan yang hambar dan tak berkualiti; passing tak bagus, lembik, strategi tak kena, nak score sorang etc. Match tadi semua tu boleh kata dah lenyap, tengok game pun excited dan rasa berdebar. Passing bola dan gol yang masuk pun amat cantik. Player muda kali ni banyak bawa perubahan plus coach dan strategi yang mengena.  Thumbs up to all Malaysia players; Safee, NorShahrul, Fahmi, Kuna dan yang lain. Moga kunjungan balas di Indonesia korang turut perform macam ni...and then be the Champion...! =)...

>>>Oopps, lupa plak nak share, pada yang nak tengok football match live stream, boleh jenguk website Soccermaniax.com.<<<  

1 comment:

  1. hehe..nampaknya kita samala intan, nasib baik leh layan bola semalam, menang pulak tu. kalau tak frust bergandala kita. hrp2 depa main lg ok kat indon nnt.

    ReplyDelete