Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday, 13 December 2010

He Turns 4 Today.

Actually title kat atas tu merujuk pada tarikh 9 Disember lepas. Alhamdulillah, Alham dah masuk 4 tahun dah. Sekejap je masa berlalu. Tak sedar die dah 4 tahun coz kalo tengok pada badannya still comel dari kawan yang sebaya. Budak yang lebih muda dari Alham pun lebih besar badannya. Tapi takpe, yang penting dia sihat luar dan dalam.
Seperti biasa niat nak baking cake untuk Alham. Kali ni teringin nak buat lebih proper sebab kecewa skit time birthday Najah macam kurang organize. (takpe ye Najah, next birthday ibu try buat lebih elok lg ye..). Persiapan buat kek dah

dimulai sejak malam tu. Pilih punya pilih, plan buat apple cake..kebetulan semua bahannya pun ada. Jadi tinggal icing and deko kek aje esoknya. 
Beberapa hari sebelum tu shopping kat Asda cari bahan-bahan kek plus grocery yang lain. Alham pun dah diberitahu awal yang birthday dia will be coming soon. Time cari candle boleh pulak dia perasan candle Toy Story dalam banyak-banyak candle yang ada, nak tak nak belikan la untuk kegembiraan si birthday boy. Of course harganya pun special dari candle biasa =). 
 
Time Alham pergi pre-school (8.30-11.30am), barulah ada peluang nak deko cake. Asalnya terfikir nak draw gambar thomas train, tapi sebab making icing pun tak pass lagi, cuma railway jela yang sempat dilukis hihihi. Rancangannya sesi tiup lilin and potong kek nak dibuat selepas Alham balik dari sekolah bersama hubby. Jadinya itulah dia rupa kek yang sempat ditouch up dalam masa 3-4 jam, tambah lagi dengan 'bantuan' dan rengekan Najah yang pantang ditinggal dan asyik nak mintak dukung, mungkin nak join ibu decorate kek abang sekali.
 
  
Setibanya Alham dan hubby dari school, kek dan yang lainnya dipersiapkan. Sampai aje kat rumah, Alham dah sibuk bertanyakan Toy Story nya. Lepas tu excited bercakap "I want tiup Toy Story candle, it's my birthday, today!"
Beberapa hari sebelum tu Yaii dan Nyaii di Melaka ada mesej untuk skype sekali time potong kek Alham. Disebabkan itu kitorang celebrate birthday selepas Alham pulang dari school dan hubby break jap dari office sebelum balik semula ke lab menyambung eksperimennya (kalau lambat waktu kat Malaysia dah tengah malam). Sementara menunggu Yaii balik dari masjid solat Isyak, kami sempat posing family picture versi Alham's birthday.
 
Setelah semuanya ada, barulah acara potong kek Alham bermula.
Untuk birthday yang ke-4, Alham dapat hadiah yang dipilihnya sendiri. 6 buah buku dalam satu set 'Toy Story My First Library'. Kalau ingat-ingat balik rasanya belum pernah bagi Alham hadiah tiga birthdaynya sebelum ni. Time tu pun dia belum tau ape itu hadiah, jadinya just celebrate dengan kek aje. Kali ni baru diwujudkan hadiah memandangkan dia pun dah mulai paham dan appreciate barang-barang, apatah lagi benda tu barang yang dia minat.
 
 
 
Ibu abah doakan Alham akan jadi anak yang soleh, taat pada agama, menyenangkan hati ibu abah dan berbakti pada orang lain. Moga apa yang dihajati Alham dipermudahkan jalannya oleh Allah dan mendapat keberkatan dariNya. Pohon petunjuk dari Allah agar ibu abah juga tabah dan berjaya membentuk Alham menjadi seorang yang soleh. Amiin! 

Rasanya macam baru semalam je ibu bersalinkan Alham. Tetibe rindu pulak time Alham masa baby dulu =). 

Wish all your dream come true. We all love you so much!!...

3 comments:

  1. how sweet..cam lainla pulak muka alham ni, nmpak girlish gitu..hihi..sori ye alham. anyway selamat ulangtahun, moga termakbul doa ibu

    ReplyDelete
  2. tq,aunty pi =).ye ke nmpk girlish kak. kene trim kasi nmpk hensem la plak pasni hahaha. maybe sbb rambut dh pnjg skit kot. tunggu pas winter abis kot baru potong.

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday alham..;) cepat je dah besar ek intan..;) nway pandai n cantiklah kek tu..its look yummy..;) nak ckit boleh..heheh

    ReplyDelete