Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday 16 November 2010

Salam AidilAdha 1431H

Salam AidilAdha 1431H dari kami sekeluarga di Southampton =). Mohon maaf zahir dan batin pada keluarga dan rakan2 samada di UK, di tanahair mahupun di seluruh dunia. Kami di sini beraya awal sehari dari Malaysia. Kali ni hanya story je, tak ada gambar yang nak diupload coz pagi tadi kelam kabut bersiap takut tertinggal solat, kamera pun tak sempat nak gapai =)..

Sedang kita menyambut aidiladha, teringat pula sebahagian umat Islam yang lain sedang mengerjakan haji di Mekah. Semoga diizinkan Allah agar dapat berkunjung sekali lagi melihat Kaabah. Rindu plak time mengerjakan umrah 3 tahun lepas. One thing for sure, bila dah sampai tanah suci Mekah & Madinah, fikiran dan hati kita langsung tak risau tentang hal dunia yang selalu kita fikirkan. Apa yang dirasakan cuma nak memenuhi masa yang ada dengan beribadat. Bila teringat, rasa tenang je hati. Masalah pun boleh lupa sekejap.


Kembali kita di Soton semula. Tadi amik mood flashback kejap hehe. Sambutan ala kadar aje kat sini. Ada la masak sikit2; rendang, nasi impit, kuah kacang, just nak bagi feel raya. Pagi raya bermula dengan solat sunat raya di Stoneham pada pukul 8am. Solat sunat aidiladha diadakan sebanyak 2 kali, sekali lagi pada pukul 9am memandangkan tempat yang terhad serta beri peluang lebih ramai umat Islam dapat menunaikan solat sunat raya. 

Tarikh aidiladha yang jatuh pada hari Selasa (weekdays) membuatkan kami tak dapat spend time lama dgn teman2 selepas solat. Masing2 dah ada agenda sendiri yang perlu dikejar; kuliah, lab, kerja dan sebagainya. InsyaAllah, majlis sambutan aidiladha secara formalnya akan diadakan hujung minggu ni bersama keluarga Malaysia yg lain. Hmm, nak tau cerita..wait for this coming weekend =)..salam

2 comments:

  1. salam intan.. selmat hari raya.. pergi sembahyang raya yek.. akak duk rumah je sebab abang fariz ada tugasan esok yang perlu disiapkan.. kena la berkorban..

    ReplyDelete
  2. salam kak ita, selamat hari raya! xpe kak, nama pun raya qurban hehe. ini pun terkejar gak gi solat, pastu dayat terus berdesup gi univ coz ada lab. mmg tak rasa raya sgt..

    ReplyDelete