Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Sunday, 14 November 2010

Autumn Picnic : Lakeside Country Park, Eastleigh

Inilah dia aktiviti kitorang kat sini minggu lepas (6.11.2010). Dah lama sebenarnya nak upload tapi baru ni ade mood nak tulis hihihi. Salah seorang teman rapat (Kak Sumi & Shahrir) ajak berpicnic kat taman rekreasi, tak jauh dari tempat kitorang tinggal. Agak2 dalam 10 minit drive. Walaupun dekat tapi tak pernah kitorang tahu tempat ni hehe (tempat yg jauh dh sampai =)..). Katanya kat sini boleh naik train ala2 thomas train keliling tasik. Dah lama rasanya tak going out ramai2. So kali ni, pakat2 4 family keluar picnic time autumn kat Lakeside Country Park, Eastleigh. (Family kami, K. Sarah & Din, K. Sumi & Shahrir dan K. Intan & Shahrul)
Tengah tunggu beli tiket nak naik train
Bertolak dari rumah around 12.45 pm, sebab tunggu sesi Sekolah Malaysia Southampton tamat. Disebabkan time autumn pukul 4.30 dah gelap, jadinya tak bolehlah nak lama2 lepak kat luar. Nasib tak baik, hari kelihatan agak mendung time tu. Tanah pun agak lecak.
Bersama family teman yang turut ikut berpicnic. Ini coach 1st class..

Untuk ke tempat picnic dekat dgn tasik kene naik train ke sana. Tiket fee GBP 3.50 per adult and for kids GBP 3, return tiket. Siap ada 1st class and 2nd class coach lg hehe. Tiket yang kitorg bayar tu untuk 1st class coach. Kalau yg 2nd lagi murah, tapi xtaula berapa.

 

Boleh tahan jugakla round naik train ni. Asalkan budak2 seronok. Tapi kalo adult yg naik, boleh muat sorang jela =). 
Inilah dia rupa trainnya. Originally guna arang untuk jana steam...
Train berhenti kat satu pit stop dekat dengan playground. From there we have to walk a little while to go to the lake. Sampai aje dekat stop ni, hujan gerimis mula turun. Masing2 dah risau takut kena cancel je plan picnic kitorang. Tapi sebaik aje kitorang dapat cari port berteduh untuk dibuat picnic (bawah pokok), hujan mula reda, alhamdulillah..




 Port picnic kitorang, bawah pokok dgn daun autumn berguguran =). Bersiap mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa.



Kalau difikirkan kat Malaysia pun jarang pergi berpiknik hehe. Meriah piknik kali ni. Macam2 makanan ada. Nasi lemak & sambal (K. Sarah & Din), ayam goreng berempah & kek pandan (K. Sumi & Shahrir), makaroni bakar (K. Intan & Shahrul) dan saya sendiri bawak bihun goreng. Mmg kenyang betul kitorang makan petang tu. Ditambah lagi dengan keropok, buah2an, rojak dan teh panas.

 

Alham with Qayyum


Gelagat Alham & rakan2nya. Najah time ni tgh sedap tidur dlm stroller. Bagi can ibunya nak makan hehe... (Dari kiri: Nadhirah, Ameen, Humairah, Mirra)




Setelah perut kenyang, melayan pulak gelagat swan yang friendly datang ke tepi tasik melawat kitorang.
 




Kaum bapa bergambar kenangan (Dari kiri: Hubby, Shazarudin, Shahrul, Shahrir)
Selain kitorang, ada juga yang datang sini memancing siap dengan khemah masing2..



Alham was swinging with Humairah

Sementara tunggu train datang ambil kitorang balik, Alham & friends sempat lagi main kat playground berdekatan.


 

On the way balik, hubby and the geng pilih seat 2nd class. Walaupun dah bayar tiket return 1st class, tapi saja nak amik experience duduk kat 2nd class coz seatnya open air and lebih banyak gambar view yang boleh diambil. Mak2 budak time ni maintain duduk kat 1st class..sambil jaga anak =). 

Itulah dia story untuk kali ini. Moga bersambung ke story jalan2 yang lain pula =)...

 



2 comments:

  1. syoknye dpt picnic ramai2 kan. tempat pulak lawa. kat sana ada sekolah malaysia eh? abis nnt alham hantar situ la ye

    ReplyDelete
  2. itula kak, sekali sekala berpiknik best jugak. tmpt pn dekat.
    sek malaysia ni ade sekali seminggu je kak, hari sabtu. Org malaysia sini ajar subjek BM and lain2. tp just utk kids umur primary school je. Alham sek kat preschool lg..

    ReplyDelete