Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Wednesday, 24 November 2010

Majlis Sambutan Aidiladha Soton 2010

Bersambung lagi cerita dari previous entry. Majlis Sambutan Aidiladha pagi tu (21 Nov 2010) bermula kira-kira pukul 11.30pagi, agak lambat dari tentatif asal kerana menunggu jemputan yang lebih ramai tiba. 

Sesampai aje kitorang kat laman Stoneham, kelihatan satu girls group (maybe univ punya) sedang buat practise cheerleading. Excited jugak kitorang yang jakun tak pernah nampak live cheerleading sebelum ni. Selalu just tengok kat tv je. Dapat la tengok group ni nyanyi, tukar position and angkat-mengangkat. Cuma tak nampak diorang lambung-lambung je, kalau tak mesti lagi happening (mungkin beginner lg).
 

Pagi tu semua digalakkan memakai baju melayu dan baju kurung untuk memeriahkan suasana majlis raya haji. Sekitar pukul 11.30am majlis pun bermula. Aturcara diisi dengan sesi ucapan oleh beberapa keluarga postgrad yang bakal pulang ke tanahair (keluarga Wan Agyl, Aiman & Ruslim). Selain menyampaikan pengalaman sepanjang berada di Soton, mereka juga turut bagi sokongan pada yang masih tinggal untuk tetap teguh berjuang. Tidak ketinggalan ucapan dari 4 keluarga baru postgrad yang akan menyertai komuniti masyarakat Malaysia di sini (3 family melayu & 1 family cina). 
Ucapan dari family terlibat

Setelah itu, acara diteruskan dengan solat zuhur berjemaah dan tazkirah pendek sesudahnya oleh saudara Idham.
Tazkirah pendek selepas solat zuhur
Suasana dalam dewan di Stoneham

Habis aje solat zuhur, perut dah mula berkeroncong coz pagi tadi skip breakfast, tunggu makan besar. Tapi kene mengharung sesi bergambar dulu plak. Yelah, kalau bergambar nye delay, tentu lepas makan ramai gak yang dah lesap. Tak best pulak bergambar tak cukup korum. So, perut yang lapar hold dulu, kita posing dulu =)...
 
Sebahagian daripada komuniti Malaysia (postgrad & undergrad) yang hadir di Majlis Sambutan Aidiladha 2010
Masa yang ditunggu-tunggu tiba. Makan time! Pastinya menu utama adalah nasi beriani beserta lauk kambing, ayam dan sayur acar. Rasanya memang umpph, dah gaya macam makan kat kenduri kawin pulak. Selain itu, turut dihidangkan pelbagai jenis kek dan desert hasil sumbangan potluck dari beberapa family. Teh tarik tidak juga ketinggalan. Time sejuk & chill camni (even kat dalam dewan), pekena satu cawan teh tarik terasa nyaman je tekak hehe. Malangnya tak sempat nak amik pelbagai gambar menu kat atas meja sebab perut dah berbunyi sangat =)..
Lauk kambing beriani hasil rewang malam tadi
Pelbagai juadah yang lain turut terhidang.
Ikutkan kata hubby, disebabkan role dia jadi taster semasa rewang malam tadi, dia dah puas merasa nasi dan lauk beriani malam tu. Kononnya tak heran dah nak makan sangat petang tu. Tapi sebaliknya, dia jugak yang makan banyak. Mana taknya, perut yang lapar, ditambah pula orangnya yang favourite makan daging kambing.
Queue untuk dapatkan makanan. Dibantu oleh adik2 undergrad
Sambil makan, ada selingan cabutan bertuah. Nombornya diberi semasa pendaftaran kehadiran sebelum tu. Alhamdulillah, tak disangka hubby agak bertuah petang itu coz nombornya naik =).

Selalunya satu nombor, satu jugakla penerima hadiahnya. Tapi, mungkin ada kesilapan teknikal, satu nombor ada dua penerima hadiah. Izlan (student undergrad) turut memegang nombor yang sama seperti hubby. Nasib baik penganjur pemurah masing-masing dapat satu hadiah.

Bergambar bersama Azim (adik angkat family) yang mengidam nak dapat hadiah cabutan bertuah. Saje buat2 muka tension hihihi..
Nombor bertuah dan hadiahnya =)...tapi sayang, the lamp doesn't come with the bulb. Kenala pergi cari mentol baru

Sesudah makan, acara diteruskan pula dengan mesyuarat agung Kelab Umno Southampton. Tidak seperti kebiasaannya dimana mesyuarat sering diadakan secara tertutup dan formal, kali ini inisiatif presidennya Wan Agyl ingin mengadakan mesyuarat secara lebih terbuka bersama seluruh komuniti Malaysia yang hadir pada majlis itu. Positifnya, ia lebih membuka mata ramai pihak tentang aktiviti dan keadaan semasa yang melibatkan kelab tersebut. 

Petang itu majlis berakhir dengan lancar. Dan hubby terutamanya, tanpa diduga pulang dengan menggalas tanggungjawab yang besar. Moga Allah beri kudrat yang kental dan permudahkan urusan hubby untuk melaksanakan komitmennya sebaik mungkin. Amin...

Go, go fighting!!

3 comments:

  1. wah meriahnye.. dapat jawatan apa tu en.hidayat kita?

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya ramai betul.. kami kalau nak ramai kat embassy time raya jela.. lain tu tak la ramai sangat macam ni...

    ReplyDelete
  3. kak pi: uikkss, terus tanye jawatan apa tu yg x tahan. hmmm, kite mintak tuan punye badan jawab sendiri la yek hehehe...

    kak ita: kat soton ni bleh tahan meriah jugak kalo ada majlis camni, maybe sbb kat cni malaysian pun ramai. nak sambut kat embassy kene gi london la jawabnye...

    ReplyDelete