Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Saturday, 20 November 2010

Ayam Masak Lemak (Siam Style)


Ini lauk dinner malam tadi =). Menu simple je tp saja nak share kat sini. Ayam dah dikeluarkan dari fridge tapi takde idea nak masak ape. Asik-asik masak kari, kurma, sup, goreng..itu je yang diulang-ulang. Lepas belek buku resepi, teragak pulak nak buat ayam masak lemak. Memang jarang buat gulai lemak ni, dalam setahun boleh kira mungkin 2-3 kali je buat. Tak tahu la kenapa hehe..

Malam ni kita layan..ayam masak lemak cili padi siam style. Sebab ape ada nama siam tu coz ada letak rempah ratus. Hubby cakap ada sikit kelainan pada rasa lemaknya. Worth la untuk try something new. So, ini dia resepinya...sumber dari Majalah Rasa.


Bahan-bahan:
1. 7 ketul ayam
2. 1 biji bawang besar*
3. 5 ulas bawang putih*
4. Sedikt halia*
5. 2.5cm kunyit* @ (saya guna 2 1/4 sudu teh serbuk kunyit) 
6. 5 biji cili padi (pedas ikut suka)*
7. 1 sudu teh jintan manis
8. 1 sudu teh jintan putih
9. 4 biji buah pelaga
10. 1 btg kulit kayu manis
11. 250ml santan (saya ganti dgn susu segar)
12. 1 keping asam keping/asam jawa (saya guna jus lemon je)
13. 1 btg serai dititik
14. Garam & gula secukup rasa
15. Minyak untuk menumis


Cara:
1. Kisar bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan jintan manis & putih hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan serai, biarkan masak sebentar.
4. Masukkan ayam, biarkan hingga masak.
5. Masukkan santan/susu dan kacau rata. 
6. Masukkan asam/jus lemon dan garam & gula secukup rasa
7. Kacau dan biarkan sehingga sedikit pekat dan angkat.

5 comments:

  1. salam intan.. nampak sedap ayam tu.. akak pun suka buat masak lemak tambah kalau letak nenas atau rebung sedapnya

    ReplyDelete
  2. salam kak. sy tinggal kt sini belum pernah lg beli nenas hehe. insyaAllah nnti try masak lemak lg leh letak nenas. tp dayat ckp die lg suke masak lemak style biase je..sekali sekala buat style lain okla..

    ReplyDelete
  3. sedap2.. jgn xtau nenas kat sini manis2 tau intan. rebung xpernah jumpa lg sbb xpernah cari.

    ReplyDelete
  4. kak pi, insyaAllah nnti try beli nenas buat rojak pulak ke hehe...(kalau rajin). rasenye sy pernah nampak rebung kat sini, kt kedai cina..

    ReplyDelete
  5. rebung jual dlm tin rasanya..

    ReplyDelete