Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Thursday, 11 November 2010

What Happened to TV3 Website?

Dah lama sebenarnya tak bukak website TV3. Dah rindu nak tengok drama melayu. Last time bukak coz nak tengok drama Adamaya and before that Nur Kasih. Sometimes ada jugak tengok Buletin Utama. Maklumlah, duduk di negara orang, sampai masa ada jugak rasa boring tengok cerita mat salleh. Sekali sekala melayan cerita melayu terubat gak rindu, plus tak nak ketinggalan follow cerita atau show tanahair yang best.

Baru-baru ni surf ke webpage TV3, first impression terus perasan perubahan pada template baru. Nampak lebih fresh dan sophisticated. Registered user yang ingin menonton video pula akan dibawa ke satu webpage yang lain (www.tonton.com.my) dan video-video tersebut akan ditayangkan dari sana. Malangnya, hampir kebanyakan video drama tidak dapat ditonton dan alasan yang diberi kepada user adalah "ERROR: Sorry, this video is not currently available in your region". Pada mulanya ingatkan mungkin ada masalah server dan akan pulih dalam masa terdekat. Namun, setelah itu hari-hari seterusnya juga turut mengalami hal yang serupa. Adakah user yang berada di certain place sahaja yang dibenarkan menonton video-video tersebut? Atau adakah saya sahaja yang mengalaminya? (**Jika ada reader yang tidak mengalami masalah apa-apa, harap boleh kongsi jalan keluarnya =)**)


Secara jujurnya saya tidak begitu meneliti setting atau terms of use yang ditetapkan oleh TV3 atau tonton.com.my. Tapi jikalau begitu requirementnya, rugilah bagi Malaysian yang berada di luar dari region yang dibenarkan kerana tidak lagi dapat menikmati cerita-cerita dan show di tanahair. Kebanyakan warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara bergantung kepada web TV3 untuk menonton drama terbaru melayu. Setakat apa yang diperhatikan, cuma Buletin Utama yang boleh disiarkan (tidak semua video yang saya uji siarannya). Secara logiknya, web TV3 akan menjadi kurang efisien kerana akses videonya tidak boleh diikuti seluruh dunia malah mencacatkan jumlah penontonnya.

Diharap keadaan ini tidak berpanjangan dan dapat ditangani sebaiknya. Sebelum ini, web TV3 belum pernah mengecewakan dan berhasil menghiburkan penonton di Malaysia mahupun luar negara. Apatah lagi experience video buffering jarang dialami oleh kami penonton di UK kerana jaringan broadband yang pantas. Harapnya jika ada lagi drama bermutu dan popular seperti Nur Kasih atau Adamaya, dapatlah kami yang berada diperantauan ini tidak ketinggalan menontonnya dengan gembira =)...

4 comments:

  1. salam intan.. akak pun lama tak buka.. dulu2 rajin abang fariz marah sebab takut akak tak bangun2 dari depan komputer

    ReplyDelete
  2. ye ke kak. mmg kalo ngadap drama tokleh gerak wat keje lain =). sy pn baru je try nak bukak. tup2 camtu lak jadinya. tak taula org lain leh bukak ke tak. ke saya jek??? hmmmm...

    ReplyDelete
  3. try to email ke tv3.com.maybe ade masalah masa tu ngn web dia or ade cara lain untuk masuk.rugi juga klu dorang buat macam tu

    ReplyDelete
  4. Hai niza =). dah jenguk dah ke web tv3. memule mmg ade plan nk email. pastu bila tgk page FAQ, ada disebut pasal mende ni. Diorg admit mmg people yg dok oversea xdpt tgk video lain except buletin utama je. Diorg tgh usahakn supaya org oversea bleh tgk. Alamatnya, mmg puasa drama melayula kitorg kt sini hehe....

    ReplyDelete