Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday, 23 November 2010

Rewang Till Early Morning

Weekend lepas bagaikan tak terasa coz rasanya sekejap je dah hari Isnin. Tak ada sesi grocery shopping, apatah lagi memecut ke carboot pagi2 hehe. Wonder what we were doing last weekend? Hmm...yang ada... sesi rewang beramai-ramai pada hari Sabtu untuk majlis sambutan Aidiladha yang akan diadakan hari ahad esoknya. Rewang ni baru pertama kali diadakan dan nampaknya berjalan lancar. Kebiasaannya kalau ada majlis sambutan besar-besaran macam ni, menu-menu yang dirancang akan dibahagikan kepada beberapa family untuk dimasak beserta potluck yang dibawa. Kalau dilihat dari kejayaan rewang kali ini mungkin boleh diteruskan pada majlis sambutan yang akan datang.

Actually, hanya hubby aje yang terlibat 100% semasa kegiatan rewang diadakan. Saya dan anak-anak, hehe...just tunggu hubby balik sambil lepak-lepak je kat rumah. Pada pendapat kitorang mungkin lebih mudah tak diangkut sekali anak-anak yang mungkin akan lebih menyulitkan sesi orang nak berewang. Lagi pula tak disangka hubbyku akan stay berewang hingga ke awal pagi. 

Still interested? Let's move on to know what's the story =D....
Aidiladha kali ni berjaya menumbangkan 4 ekor kambing hasil sumbangan beberapa family terlibat. 2 ekor kambing atas niat qurban (Ruslim & K.Sal) dan 2 ekor lagi untuk tujuan aqiqah (Haikal-putera Bad & Durra serta Nuha-puteri Nasir & K.Asmahan). Alhamdulillah, berkat sumbangan mereka, dapatlah hampir seluruh komuniti Malaysia di Soton merasa daging kambing dengan puasnya. Selain itu, menu ayam juga turut ada. Rancangannya nak masak nasi beriani beserta lauk kambing, ayam dan sayur acar. 

Aktiviti rewang diadakan di salah sebuah rumah bujang 4 orang adik2 undergraduate (Azim, Afif, Aca & Muhsin) kat Honeysuckle Road. Diorang ni sebenarnya x-jiran sebelah rumah kitorang kat Broadlands Road ni. Kurang happening jugak after diorang pindah, kalau tak ada jugakla tempat Alham nak mengacau 'uncle2' sebelah rumah. Harga sewa yang tinggi membuatkan adik2 ni berpindah ke rumah yang lebih murah dan teramatlah selesa. Memang strategik tempat rewangnya coz rumah diorang ni agak besar dan selesa. Compound belakang pun luas dan tertutup. So takdela nanti mengganggu jiran2 mat saleh yang lain. Basically rumah bujang ni jd tempat memasak lauk utama kambing dan juga nasi beriani. Beberapa rumah yang lain juga turut diagihkan untuk jadi port memasak lauk ayam (Kak Rafiza) dan sayuran (Kak Ani).
 
 


Hubby datang lewat ke tempat rewang around pukul 11am (walaupun dalam tentatif kata start 9.30am hehe). Bermulalah proses membersihkan daging ayam dan kambing yang berkilo-kilo, mengupas bawang, menyiang itu, memotong ini dan sebagainya. Tak ketinggalan juga membalut hadiah cabutan bertuah. 

 


Saudara Shazarudin diangkat sebagai ketua chef mengepalai kegiatan rewang ni serta memantau piawaian masakan yang disiapkan hehe. Dibantu oleh ramai assistant chef yang lain dari pelbagai 'department' =)...
Aktiviti memasak bermula. Satu periuk besar sampai pakai 4 burner
Hubby sedang membantu ketua chef...jadi taster..
Macam serius je tengah bagi komen ..hehe
 
Lama jugak menunggu menu-menu ni siap. Masakan 4 ekor daging kambing dibuat sebanyak 4/5 round. Itu pun ada sebahagiannya dah diagihkan ke rumah Kak Zuryna, Kak Sal & Kak Han untuk dimasak. Ditambah lagi nak menyudahkan memasak nasi beriani sebanyak 30 kilo.

 
 
Bergilir-gilir bertugas di dapur menyiapkan masakan (sampai kamera pun berkabus sebab wap masak)
Tugas membersih juga tak lupa =)..
Masak nasi beriani pulak
Ketua chef Shazarudin memberi arahan pada anak buah. Yang kat sebelah tu (Azim) saje nak join sekaki =)
Hasil minyak yang dikumpul dalam periuk dah jadi macam karamel dah..
Inilah dia orang yang bertanggungjawab membuang minyak berlebihan setelah masakan kambing siap hehe. Bayangkan aje la kalau semua tu masuk dalam perut. Azim ni salah seorang tuan rumah tempat rewang ni, juga merangkap 'anak angkat' family kami. (Program anak angkat dibuat dengan menyerahkan 1 atau 2 orang adik undergrad kepada family postgrad untuk silaturrahim serta membantu satu sama lain). Diberitakan, memang inilah main duty si Azim malam tu...hehe.
Hubby sempat bergaya dengan apron. Tunjuk bukti kerja kuat kat dapur =)

Dipendekkan cerita, hubby berewang sampai kira-kira pukul 2.30am, menyudahkan masakan daging bersama member yang lain. Itu pun masih ada lagi nasi beriani yang belum dimasak. Harapkan pada budak2 undergrad untuk teruskan perjuangan.
Mengisi masa terluang sambil menunggu masakan siap
Lepak time..
Itulah dia pengalaman hubby hasil penangan 4 ekor kambing untuk santapan Sambutan Aidiladha 2010 di Southampton hari esoknya. Hasilnya, pastilah menyelerakan. Kita sambung cerita seterusnya di next entry ye =)...

3 comments:

  1. duk oversea semua nya buat bergili2.. tapi seronok rumah di UK besar2.. kalau japan susah nak ada suasana macam ni sebab rumahnya kecik2

    ReplyDelete
  2. beshnya korang rewang!! barulah real feel raya kan. kp rewang solo je, kena msk aym merah. pasni nak gi raya thaipusam kat sotonla. mst meriah jugak nih. :))

    ReplyDelete
  3. Kak ita: ni baru 1st time rewang kak. saje cube2. before ni distribute keje memasak kat beberapa family. kalau ok boleh teruskan lg. kat uk pun bukan semua rumah besar2. ada beberapa je yang dikira agak luas rumahnya..

    kak pi: hahaha, thaipusam rasenya xde rewang la kak. kalo ade nnti sy gtau kuikuikui. kalo tak kene tunggu raya tahun depan plak lah..=)

    ReplyDelete