Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Wednesday 10 November 2010

Rezeki Aturan Allah

Tiada siapa yang dapat menyangka bagaimana Allah S.W.T melimpahkan rezeki kepada hamba-hambaNya. Dalam bentuk apa, bila dan bagaimana caranya. Fikiran tipikal yang seringkali muncul adalah rezeki itu dalam bentuk wang, harta, pekerjaan, karier dan yang sewaktu dengannya. Hakikatnya, rezeki Allah itu maha luas, yang datang dalam 1001 cara yang tidak kita sangka dan sedari dan kita manusia selalu lalai dalam mensyukurinya.

Before I jot down more words, this writing is just a reminder especially to myself. There's no intention to be proud of, or showing off something to others. Hope that some friends and readers also got some input and benefit from it too =). 


View Larger Map

**Southampton tergolong antara city di UK yang mempunyai rate cost of living yang tinggi. Berbekalkan elaun gred C, dipadankan dengan kos sara hidup hampir serupa Surrey dan London, komuniti Malaysia di sini agak berkira-kira untuk berbelanja lebih apatah lagi memasang niat untuk melancong. Maka dengan itu, spouse yang mengikuti pasangannya further study berusaha untuk mencari duit poket tambahan dengan bekerja part time atau full time untuk menampung keperluan dan kehendak hidup masing-masing. Kebanyakannya bekerja sebagai cleaner di universiti atau hospital berdekatan.

**Sejak tinggal di Southampton setahun lalu, family kami sudah 2 kali berpindah. Pertama di Portswood Road dan currently di Broadlands Road, Swaythling. Broadlands yang selalu digelar Malaysian di sini sebagai "Tanah Lebar" merupakan penempatan teramai Malaysian di Southampton. Ini disebabkan lokasinya yang hampir dengan University Southampton, kira-kira 5 hingga 10 minit berjalan kaki.


View Larger Map

**Tidak ketinggalan, saya juga turut bercita-cita mencari peluang bekerja part time bagi menampung kebutuhan keluarga =). Setelah calculate itu dan ini, jika tiada pendapatan lain, alamatnya terperuklah kitorang di rumah tanpa explore ke mana-mana atau membeli sesuatu untuk dibawa pulang. Cita-citanya seperti orang lain, melamar kerja cleaner di universiti.

**Aturan Allah tiada siapa yang dapat duga. Bilangan wife yang menemani husband belajar disini tak ramai. Boleh dibilang dengan jari. Ditambah pula dengan lokasi rumah yang hampir dengan universiti, peluang menjadi babysitter kepada anak-anak rakan-rakan rapat disini silih berganti. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah =). Walaupun pada asalnya rancangannya berbeza, tapi Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. 

**Apa yang membuatkan kami terpegun adalah flow yang diatur Allah S.W.T amat cantik sekali. Rezeki yang diperolehi rakan-rakan turut sama dirasakan. Ex: Setelah individu A tidak menyambung menitipkan anaknya, plan untuk menjadi cleaner kembali datang. Namun, tidak lama kemudian, individu B pula dipanggil bekerja dan meminta menjaga anaknya. Seterusnya pula dengan individu C. This cycle has been repeated a few times since now, and the timing was perfect as to avoid overlap and babysit too many kids. Dan sehingga kini, hasrat asal menjadi cleaner masih belum tercapai hehe.

**Selain itu, sistem freecycle yang amat efisien dijalankan disini amat meringankan beban penduduk Malaysia. Dari barangan perabot berkualiti serta barangan elektrik (tak ketinggalan juga ada yang rosak) hingga barangan kecil seperti buku-buku dan toiletries, orang Malaysia banyak mendapat faedah daripadanya. Mana-mana family yang kekurangan perabot seperti sofa, wardrobe, katil, tv dan sebagainya dengan mudah boleh memperolehi barangan free tersebut daripada orang yang tidak lagi memerlukannya. Bergantung kepada rezeki seseorang, ada yang dapat, ada juga yang tidak, ada yang memperoleh barang yang elok ada juga sebaliknya. 

**Huluran juadah dari jiran dan teman juga adalah bentuk rezeki dari Allah yang harus disyukuri. 

**Ilmu yang kita timba dan perolehi juga antara rezeki kurniaan Allah. Dengan ilmu yang baik kita boleh berkongsi dengan orang lain dan mendapat manfaat ke akhir hayat jika ianya menjadi amalan dan ikutan untuk kebaikan. 

Apa yang ingin disampaikan disini adalah jalan rezeki seseorang itu telah ditetapkan Allah S.W.T. Allah melimpahkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, juga menarik rezeki dari sesiapa yang diinginkanNya. Sesuatu yang kita rancang atau citakan tidak semestinya dikurniakan Allah dengan apa yang kita hajati, dan sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui hikmah tersirat di sebaliknya. Semestinya kita sebagai hambaNya bersyukur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah kepada kita, tanpa rasa riak dan lalai. Optimis dengan jaminan rezeki yang telah Allah aturkan untuk kita sambil terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar hajat kita suatu hari nanti akan diperkenanNya, samada cepat mahupun lambat.

Rezeki dari Allah seharusnya menjadikan kita semakin rendah hati dan bersyukur dengan kasih sayang Pemberinya. Mengingatkan kita sebagai hamba agar lebih beriman kepadaNya. Sebaliknya, rezeki yang boleh membinasakan dan melalaikan merupakan ujian dan pujukan supaya kita sedar dan kembali kepadaNya.

2 comments:

  1. betul intan, kalau ikutkan hati ni mmg kita tak pernah puas dgn apa yg kita ada tapi bila kita redha dgn apa saja ketentuanNya termasuk rezeki dlm apa jua bentuk yg dtg hati kita pun rasa lebih tenang kan..

    ReplyDelete
  2. tetibe je leh ada idea nak tulis 'tazkirah' plak mlm td, kak. hehehe...testing..

    ReplyDelete