Sumber: Olahan sendiri (inspirasi ibumimi)
Bahan-bahan ( 9" × 13" )
- 4 cawan tepung
- 1/2 st garam
- 1 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan gula perang
- 1 1/2 cawan mentega – jangan lembut sangat atau dicairkan
- 6 biji kiwi
- 1 tsp cinnamon powder
- 1/2 biji lemon/ sedikit jus limau
Cara-cara
- Panaskan oven ke 180 °C dan griskan dengan tepung pada 9×13 baking pan.
- Keluarkan butter dari peti ais sementara menyediakan epal. Kiwi dibuangkulit dan dipotong dadu 1cmx1cm. Sesudah itu perah 1/2 biji lemon keatas kiwi tersebut.
- Campurkan tepung, gula kastor dan gula perang serta garam kedalam mangkuk
- Potong butter kedalam mangkuk campuran tepung tadi (jangan cairkan) dan ramas sedikit untuk menjadikan serbuk crumb...jangan terlebih uli, nanti jadi doh
- Ketepikan 1 cawan crumb tersebut dan campurkan dengan serbuk kayu manis kemudian gaulkan pula dengan kiwi tadi dan biarkan seketika
- Baki adunan crumbs di bahagi 2 bahagian - 1 crumbs untuk melapisi bahagian atas - 1 lagi untuk bawah crust.
- 1 adunan diambil untuk melapisi bahagian bawah (crust) hendaklah ditekan kedasar dulang pembakar untuk memampatkan adunan dan kemudian bakar selama 10 minit
- Selepas 10 minit, taburkan bancuhan kiwi dan kemudiannya taburkan crumbs. Masukkan semula kedalam ketuhar selama 45 minit atau sehingga atasnya bewarna keemasan dan sejukkan sebelum memotongnya kebentuk bar atau kalau nak cepat leh letak dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment