Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Thursday 16 September 2010

"Ketika Cinta Bertasbih"

Sudah lama tak melayan cerita Malaysia/Indonesia =). Pokoknya niat di hati nak menonton cerita melayu. Sejak drama Nur Kasih dan Adamaya, rasanya belum ada lagi drama or cerita yang minat untuk ditonton. 

Terbaru, coz dah muak dengan cerita Inggeris, surf kt internet cerita apa yg menarik utk dilayan. Kat Malaysia sekarang trendnye macam banyak keluar cerita hantu or seram, drama lainnya sekadar tgk sinopsis sahaja. Lalu terjumpalah sinetron "Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan". Sebelum ni selalu jugak dengar nama filem ni dan lagunya. Mmg best didengar cuma belum ada kesempatan untuk tengok. Filem "Ayat-ayat Cinta" karya org yang sama juga hanya dapat sempat lihat tebuk-tebuk.  

Poster "Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan"
Jadi bila ada waktu ni, terus saje melayan cerita ni. Awalnye tonton filemnya dahulu, itu pun skip terus ke sequel yg ke-2, yg pertama langsung tak ditonton hehehe. Nasib baik jalan ceritanya dapat dipaham dan boleh diagak (insyaAllah cuba juga untuk tengok jika ada waktu lain). Then, dapat tahu filem tu dilanjutkan dalam bentuk sinetron untuk memenuhkan event bulan Ramadhan di Indonesia. Apa lagi, terus aje melayan ikuti kisah seterusnya =).

Kholidi Asadil Alam as Khairul Azzam
Oki Setiana Dewi as Anna Althafunnisa
Pada saya, cerita ini mmg bagus untuk ditonton, punya nilai agama yang tinggi dan mampu mendidik masyarakat terutamanya anak muda untuk berusaha mematuhi dan memahami ajaran agama Islam dengan mendalam. Sinetron ini juga byk memberi panduan utk kita bertindak dan mengambil keputusan sejajar dgn kehendak agama dan dalam pertimbangan wajar. Alhamdulillah, makin byk cerita sebegini mulai ditayangkan. Selepas drama Nur Kasih, sinetron ini berjaya masuk dlm favourite list saya =). 

Meyda Sefira as Ayatul Husna
Dude Herlino as Ustaz Ilyas

Sweet couple =)
Awalnya kalau dilihat cara acting hero dan heroinnya dlm filem, saya rasa pelakonnya agak kaku dan mungkin perlu lebih ekspresi memandangkan kalau tak silap mereka adalah pelakon baru. Namun, dalam sinetron, nampak gayanya mereka lebih berkeyakinan dan berjaya membawa watak masing-masing dgn baik dan mantap. Tambahan pula, antara pelakon yg ada, terselit favaorite actor saya turut berlakon didalamnya, Dude Harlino =). Moga lebih banyak lagi sinetron bagus yg dilakonkannya selepas ini. 

(**Hehe...tiba2 je rase mcm pengkritik filem/sintron pulak....=D, ada gaya tak..)

Thanks to M3L4TI's Channel coz upload sinetronnya =). Without your effort, we can't watch this sinetron till the end. Enjoyy!!..

ERRR...IF ADA YANG NAK COPY GAMBAR KE APE BERITAHULAH DULU YE (OR BG CREDIT KE HEHE..), SURE TAK MARAH PUNYE =)...

No comments:

Post a Comment