Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday 6 September 2010

KARIPAP KENTANG

Beberapa hari lepas (still dalam bulan Ramadhan) teragak nak makan karipap kentang hehehe.. Actually dah lama dah tak buat karipap ni coz memikirkan malasnye nak menguli dan mencanai doh. Itu pun baru start nk buat bila dah dok merantau, padahal dulu mak buat depan mata xnak belajar, tau ngap je hehehe... Dah alang2 tu, buat banyak skit utk membalas juadah jiran tetangga sebelum ni dan hantar sedikit utk berbuka beramai2 bersama community muslim yang lain anjuran ISOC di Stoneham. Jadinya inilah hasil karipapnya. Thanx tu resepi hana6877 MyResepi utk kulit karipap yang rangup. Tp kali ni saya tak pakai inti keledek, just ganti dgn kentang coz malas nak mencari keledek hihihi... Punyela beria buat utk sendiri makan, last2 sendiri yg xpuas makan coz banyak yg dah dibagi pada org =)...



Karipap sedia utk digoreng

Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • sedikit garam
  • airsuam 
      INTI
  • 5 biji kentang
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih 
  • 1/2 kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • garam
  • air 
Cara-cara 
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu. Rebus kentang (supaya cepat lembut semasa dimasak dgn kari). Ketepikan.
  3. Blend bawang besar, bawang putih dan rempah kari. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang, kacau rata. Kemudian masukkan kentang, air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Cara2 kelim karipap bleh lihat di sini .. hana6877 kelim karipap. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
  5. Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.

No comments:

Post a Comment