Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Thursday, 16 June 2011

Lesen UK Dalam Genggaman

Tak dapat nak bayangkan betapa rasa syukur dan leganya hati bila hubby pulang dari driving praktikal test 28 April lepas dan inform yang dia dah pass test tu. Satu ujian sudah Allah mudahkan untuk life kami di sini. Kalau saya rasa lega tak terhingga sebab lepas ni dah boleh merayau dgn bebas dan senang hati, apatah lagi la hubby yang kena ngadap sume test tu. Sebelum ni kereta kitorang lepak je tersadai kt parking dpn rumah, tak dpt brkhidmat sepenuhnya kat tuannya.

Rule kat UK pasal driving, lesen country asal foreigner hanya boleh dipakai selama setahun je. Lepas tu dah kena apply lesen UK. After 6 months tinggal kat sini dah boleh mula utk register ambil driving test from scratch macam kat Malaysia. Actually ada satu lagi cara utk dapat lesen UK without kene ngadap sume test ni, tp this other way kene thru jalan 'jauh' sikit hehe. Dua2 cara berisiko dan hubby decide utk just ambil test. Plus boleh jugak tambah ilmu dan observe cara drive kat UK. Kalau dilihat pada kos, ambil test lebih murah sikit, if sumenye lepas masa 1st test. Cuma kosnya akan jadi banyak bila kita fail test dan kena bayar lagi utk ambil re-test.

Start from daftar melalui pos berdaftar dan hantar ke DVLA (nama agensi yg bertanggungjawab), then pinjam atau beli buku utk study dan ambil test berkomputer. Test berkomputer ni ada dua segmen, satu yg ada pilihan A, B, C dan satu segmen lagi driving simulation (bayangkn spt kita drive kereta dan

kite kena alert dan spot mana2 hazard yg tetiba muncul dlm simulation tu, mcm dlm game). Kita kene lepas limit point yg ditetapkan barulah pass dan boleh book date online utk practical driving test pula. Sebelum tu kena belajar dgn private instructor kira-kira dalam 5jam sesi pembelajaran kat atas jalan. Tester biasanya ambil masa kira-kira 1 jam utk uji kita time driving test.

Jika dilihat pada content test kat UK, pengisiannya lebih detail tntang peraturan dan hazard yg ada semasa kita memandu dan lebih mendidik pemandu utk lebih berhati-hati dan alert dgn surrounding kita. Tambahan pula, driver disini dididik utk lebih menghormati dan beri laluan kepada pejalan kaki.

Yang sadisnya hubby kena tempuh 2 kali practical driving test sbb yg 1st time failed huhu. Fail dekat roundabout sbb matikan signal bila buat pusingan penuh. Dia pun tak budget langsung fail kat situ.. rsnya semua smooth je. Nak buat camne, xde rezki. Balik dari rumah lepas 1st test tu moodnya terus hilang ke laut. Yela..masa test expectation nya lain, sekali tester tu bg result lain pulak jadinya. Bila dah failed kenala book date lain online utk ambik re-test. Date yg available pulak gapnya jauh-jauh, tmbh pulak utk ambik re-test, duit pun melayang lagi...hmmm...

Utk 2nd test hubby tak terlalu berharap sgt mcm 1st test. Sy pun prepare utk sebarang kemungkinan yg dtg. Tester kat UK ni kebanyakannya mmg follow rule gila2. Salah sikit je possibility nak fail mmgla tinggi. Pulak tu jalan kt UK especially kat city mostly satu lane and sempit lak tu. Rule traffic light die pun lain mcm. Saya pernah try drive kt pekan dkt dgn rumah (masa lesen Malaysia valid lagi), berdebar nk tempuh traffic light simpang empat, dah tu rasenya buat silap pulak tu. Nasib baik takde polis kt sekitar tu. Kereta2 yg ade kat situ jela tau sy buat salah. Sure punya diorg geleng kepala tgk sy drive hehe...

Actually hubby tak sangka dia boleh pass 2nd test tu. During the test dia terasa yg dia dh buat silap and sangka dia dah fail. Siap tanya kat tester tu lagi yg dia dah fail kan lepas buat mistake tu. Tmbh2 bila dia nmpk tester tu ada mark kat test sheet. Tp tester tu kata takde ape2, ok je. Tawakal jela habiskan test tu, sepanjang test dok risau pikir nk kena book date lain, re-test dan mcm2 lg. Nak dijadikan cerita, 2nd test ni byk pulak dugaannya.. lambat perasan traffic light hijau la, tgh2 jem tiba2 traffic light merah.. kalau drive biasa mmg no problem. Tapi bila test ni semua highway code kena follow.. mistake sikit boleh fail terus. Nasib baik la kat part traffic merah masa jem tu hubby teringat apa yg dia baca dr highway code. 

At the end of the test, tester bg good news. Alhamdulillah, rupanya yg hubby igt dia buat silap tu meleset. Bila nervous, mcm2 yg kita pikir. Bila balik rumah hubby masih tak percaya dgn result yg dia dpt. Dlm happy dpt lesen, rasa syukur sgt2 sbb Allah dah mudahkan ujian tu. Ada setengah Malaysian lain kat Soton ni 1st test lagi diorang dah lulus driving test. Dugaan hubby agak berliku, dan dgn itu mungkin perasaan bila dah lulus tu lebih manis and memorable =).. 



6 comments:

  1. salam intan.. lama tak update sebenarnya cerita intan sama dengan kami di jepun abang fariz pun baru je dapat lesen bulan lepas.. kat sini kalau amik lesen tak lepas sampai 4-5 tu biasa sekejap la tu.. selalu sampai 10 kali pun ada..:P tapi bila lulus rasa amat manis.. hanya yang hadapinya tahu betapa manis nya ada lesen... hhhihihihi

    ReplyDelete
  2. Salam intan, uish membacanya aje pun boleh terasa nebesnya apatah lg en hidayat yg melaluinya dok?
    ( mendape yg Intan silap kat simpang tu.. Hehe.. Tp xdinafikan traffic light pelik kan?)

    ReplyDelete
  3. Salam, lama menyepi?..:)..tahniah utk hb intan yg tlh berjaya..intan bila lagi pulak nak amik lesen kat sana?hehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah lega semu da selesai,lps ni ble g jenjalan.. hehe, i & hubby amik lesen 'express' je, tupun tawakal gak takut gak pasport kita melayang jauh, alhamdulillah semu ok:)

    ReplyDelete
  5. kak ita: salam kak. abg fariz pn amik lesen gak yek. mahal tak amik kt sana? betul tu, kite yg kt tepi ni tmpang gembire je sbb dpt round sana sini, yg peritnye diorg yg kene ngadap =)..

    kak pi: hahaha...kt simpng empat tu sy yg kt depan sekali. sy nk belok ke kanan. rule kt sini kn kalo kite nk belok kena tunggu kt dpn sikit, then tunggu kereta opposite jln dulu, br kite leh belok. smpai dh lampu merah sy tak jalan lg. patutnya sy tunggu je kt tgh jln tu sbb dh mmg jalan sy, tp sy boleh reverse balik tunggu next traffic light. malunya rase, tp buat muke tebal seposen jela. org uk rasenye gelak kan sy je masa tu hehehe...

    ReplyDelete
  6. ibuaiman: salam kak. lama xdengar cite. br blk umrah yek. rindunye nk pergi sana lg. rs tenang je kt sana, sume masalah terus lenyap tiba2...=)

    rasanya sy tak amik lesen la kak. hubby mmg ade suruh, tp pk blk malas nk labur duit lg ke situ. baik simpan duit gi jalan2. brgntung kt hubby jela kalo nk berjalan sana sini skang..

    mommaolyn: oohh, mommaolyn pn hntar lesen express gak yek. bagusla kalo dh lepas, tp mmg cuak gak in progress tu kn. takut je kantoi bile2. syokla mommaolyn leh pegang stereng =)..

    ReplyDelete