Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Sunday, 19 June 2011

Kunjungan Member Lama

Sekali lagi kami melayan tetamu jauh yang datang berkunjung menjenguk kami di UK ni. Coming all the way from Malaysia..khususnya from Kelantan, member lama dan teman bergaduh saya semasa study di Matrik Penang dulu hehe... Am Basheer dan wifenya Shahiniz datang melancong jalan2 kt UK. Nasib baik tarikh kedatangan diorang sesuai pulak time holiday kat sini (hari Jumaat time wedding Prince William & Kate dan Isnin pulak Bank Holiday). Lebih nasib baik, hubby pun baru lepas dpt lesen, so bolehla bawak diorang ronda2 mana2 tempat yg patut. Kalau tak terpaksa la angkut diorang ni naik train ke Portsmouth.

Diorang berdua ni masih boleh pegang title pengantin baru la kiranya sbb baru je nikah bulan Februari lepas. So dtg UK ni boleh kata honeymoon gak la ye Am hehe. Bermula dgn bermalam di London kemudian datang singgah kat Soton malam 1 May pukul 10mlm. Sanggup diorang naik bas from London jumpe

kitorang kat Soton dan sempat overnight di rumah kecilku satu malam. Itupun setelah berjaya dipengaruhi untuk shopping dulu kat carboot Gosport before bertolak ke tujuan utama bershopping di Factory Outlet di Portsmouth.

Macam biasa kalau nak berbelanja kat carboot kenala bertolak seawal jam 7 pagi, tempatnya kira-kira 30 minit dari Soton ke Gosport. Orang2 di Soton suka sgt ke carboot ni, walaupun agak jauh tp sebab barang2 yang dijual masih elok dan murah pulak tu. Lepas dah jamu mata kat carboot (actually kitorg yg byk borong kt carboot hehe..), dalam pukul 11 pagi seterusnya ke Gunwarf Quay di Portsmouth. Disinilah tempatnya banyak outlet2 branded dijual sedikit murah dari tmpt lain spt Gap, Adidas, FredPerry, Timberland dll. Yang bestnya tempat dan kedai2 kt sini berkonsepkan open air dan terletak di tepi perairan, penuh dgn bot dan yacht yang berlabuh kt situ. Jadi viewnya amat menarik.

Sebelum start shopping, kitorg stop jap utk isi perut dgn bekalan yg dibawa. After that, kitorg berpecah dan bermulalah mission Am & Shahiniz dgn shopping list yg dikirim oleh keluarga di Malaysia. Kami sefamily just pusing2 ambil gambar, makan aiskrim dan layan Alhan & Najah bermain kat situ. Nak shopping kena tunggu time Boxing Day baru ada sale gila2.

Kitorang jumpe balik dalam pukul 5ptg. Hmm, lama jugak diorg ni shopping. Tapi yang happynya mission diorg utk cari barang2 dlm shopping list accomplished, dan yg penting lebih murah. Dalam excited bershopping boleh pulak lupe nak keluarkn kamera, so gmbr kitorg dgn couple ni adela beberapa kerat je.

Am & wife bertolak balik ke London malam tu jugak, ambil bas pukul 8malam. Kelam kabut jugak kitorang balik from Portsmouth. Then sampai kt rumah this couple nk kena sort blk barang2 shopping tadi dalam beg. Sempatla jugak jamu makan sikit. If byk masa boleh jugak bawak diorg merasa makan kebab ke nasi beriani kt kedai pakistan. Kira nyawa2 ikan jugak tiba kt station bas, sampai2 je bas baru muncul. Kalau lambat sikit je alamatnya diorg kene tido lg satu mlm kat  Soton or beli lg tiket ke London.

Kitorang mmg happy sgt kalau ada tetamu dtg. Lagi2 kalau ada lebih masa nak entertain diorang, kena time cuti or diorg stay lama kat Soton. Yela, duduk kt perantauan ni takde sape2, so kalau ada kawan atau kenalan dtg visit apatah lagi dari jauh rasa seronok sgt. Tambah lagi kalau guest tu pun happy dgn layanan kitorg kat sini.

Especially to Am & Shahiniz: Mintak maaf kalau ada yg terkurang time korg kat Soton. Really enjoy dgn visit korg. Ada rezeki leh dtg lg yek hehe.. InsyaAllah we'll meet again at Melaka or Kelantan back in Malaysia =)...

5 comments:

  1. MMakan eskrem pun jadi lerr kan? Hehe...

    ReplyDelete
  2. hehe..jadila kak pi. tak shopping brg, kite shopping alas perut. nasib baik aiskrimnya murah, bykla tu, dpt 3 scoop nyum2x...

    ReplyDelete
  3. wah bestnya kalau ada orang msia datang.. intan akak dah buat shout box tu malas nak tgk komen2 tah apa2..

    kat sini pun banyak outlet kalau nak beli barang branded yang murah gi sini je..

    ReplyDelete
  4. waa bestnye jenjalan.. hhehe klu de tetamu lps la rs rindu kat msia kan, xla sunyi sgt:).. eh murah2 ke brg branded kat Gunwarf Quay, cantik la tempat dia

    ReplyDelete
  5. kak ita: oh, patutla dh x nmpak shout box tu. tp mmg ye pn asik byk spam je dr yg betul2...

    mommaolyn: mmg seronok kalo ade org msia dtg. jengah2la ke Portsmouth singgah kat Gunwarf Quay, mmg syok tmptnye..

    ReplyDelete