Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday, 17 May 2011

Quest For Nando's

Kat Soton ni compare to London or tmpt lain, tak banyak wujud restoran fast food halal yang popular mcm KFC, McD, Pizza Hut etc. Kalau lalu depan kedai2 ni mmg telan liur je la, apatah lagi kalau ada aroma yang tersesat sampai ke luar.. hmm. If kempunan nak makan ayam ala kfc or pizza boleh beli kat kedai pakistan, atau pun singsing lengan masuk dapur masak sendiri hehe.

Dalam banyak2 restoran ni, cuma ada satu je yg provide halal food, NANDO'S. Itupun lokasinya xdela dekat sgt kat area city. Tempatnya located kat daerah lain dlm Soton, nama tempat tu Fareham. Last anniversary kitorg bulan Mac lepas ada plan nk celebrate kat Nandos ni. Saje tukar angin, celebrate kat luar rumah pulak. But last minute cancel sbb hubby kena siapkan paper conference yang due datenya selang 2/3 hari lepas tu. 

On the way to Fareham
Sehari lepas jalan2 kat London, hubby ajak gi makan pulak kat Nandos. Katanya nak tebus balik plan celebrate anniversary yg tak jadi tu. Disebabkn tgh tunggu test utk amik lesen, kitorg decide pergi naik train. Mulanya igt nk amik bas tp jadual pada hari Ahad balik ke Soton tak ade sampai petang.

 Dari rumah ambil bas ke Soton Airport, dan dari situ naik train ke Fareham. Inilah pertama kalinya kitorg naik train kat UK ni. Perjalanan ambil masa kira-kira 45 minit. Tambang tiket utk 2 adults dalam GBP 12.20 for return tiket. Kalau naik bas rasanya boleh murah lg. Dari train station Fareham kena berjalan kira-kira 10 minit utk sampai ke kawasan shopping mall dimana restoran Nandos tu berada. Disebabkan hari Ahad, kedai byk tutup and jalan pun lengang. Nasib baik Nandos tak tutup hehe. Pusing 2-3 kali jugak kitorg cari Nandos tu sbb area mall tu besar. Akhirnya...berjumpa jugak =)....
Halal chicken
1/4 extra hot chicken, mashed potato, spicy rice, coleslaw
1/4 extra hot chicken, fries & spicy rice
Garlic bread
Extra mashed potato
Sos Nandos yg mengancam

Sampai depan restoran, masing2 muka ceria sbb tekak dah lama teringin nk makan. Lagi pulak Nandos ni mmg favourite kitorg =). Tengok pada menu kat UK ni boleh kata lebih kurang sama dgn kt Malaysia. Selalunya kitorg akan order 1/4  atau 1/2 chicken with 2 side orders per pax (nasi/fries/coleslaw). For sure ambil yg extra hot version punye, tp pedasnya kurang skit dgn kt Malaysia. Air pulak kitorg ambil 1 bottomless soft drink.. so jimat, topup la byk mana pn. Nasi yg dihidang tak byk sgt, so makan tak berapa puas. Kitorg order mashed potato utk bagi perut lebih kenyang. Lama jugak kitorg kat situ, mana taknya orang yg masuk kemudian dari kitorg pun dah keluar dulu. Bukannya makan bnyk, makan slow2 hehe. Agak2 GBP 20++ jugak melayang hari tu kat Nando's. Takpe, sekali sekala =)..
Alham ade mood nak posing
Gelagat Najah memicit hidung
Sebelum bertolak ke train station semula, sempat singgah jap kat playground bagi can Alham & Najah berseronok jap. Alham pun that day quite in good mood and sporting ambil gambar posing itu ini. Walaupun decision last minute and pergi ke tempat yg asing, but the quest for Nandos was really worthy and fun.

3 comments:

  1. Sekali sekala mkn diluar bestkan.. Leh gantung periuk.. Kat sini takde fastfood leh mkn.. Tgk je la..:(

    ReplyDelete
  2. sedap2... tringat kmi g mkn nandos kat star city, birm, tp sayang sgt nasi da abis stok, kat situ hectic sungguh sampe abis stok mkanan.. huhu

    ReplyDelete
  3. kak ita: tul tu, seronok sgt sesekali gntung periuk hehe..kat jepun leh kuar mkn sushi kak, lg best..benda baru.

    mammaolyn: kt birm ade nando's gak ek. hmm, belum jejak kaki lg ke sana..insyaAllah. syok kn sesekali enjoy mkn luar..

    ReplyDelete