Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday 14 February 2011

Soton Chinese New Year (CNY) Celebration 2011

1. Seperti yang dijanjikan, sambungan cerita dari entry sebelum ni. Majlis Tahun Baru Cina ni dijalankan pada Ahad lepas untuk sebahagian student bangsa Cina yang ada di Soton (dah seminggu dah..). Bermula pukul 11 pagi, kehadiran di dewan Stoneham dipenuhi oleh kebanyakannya warga Melayu. Walaupun begitu, intisari majlisnya tetap bertemakan sambutan raya Cina. Organizer majlis dirancang oleh adik-adik undergrad, family postgrad pula involve dalam part masak-masak, sekali dengan anak angkat masing-masing.
 
2. Time event macam ni, yang syoknya  budak-budak la coz macam tahun lepas, tahun ni tarian naga tak ketinggalan dalam tentatif majlis. Seronok budak-budak mainkan 'naga' tu...


3. Selain tu, turut ada pertandingan menulis tulisan cina untuk anak-anak dan beberapa games lain yang melibatkan parents. Macam biasa, buah limau juga ada diberikan kepada hadirin yang datang.
Tulisan yang dibuat oleh kids
Bapa-bapa main game buat & minum air limau...sape cepat dia menang
Pertandingan dressing anak-anak by parents masing-masing
4. Kebetulan, hari itu kitorang turut menyambut birthday ke-2 adik Qistina. Mama Qis (Kak Liz) siap bawak dua biji kek untuk menjamu semua yang ada...nyumm..nyumm
Happy 2nd birthday, Qis! Bergaya dah mcm princess..
5. Dah habis semua acara, barulah boleh mengisi perut yang dah berbunyi. Seperti yang dah mention sebelum ni, menu utamanya adalah kuey tiaw kungfu dan ayam masak sweet sour yang disediakan oleh beberapa family terlibat. Selain tu, menu tambahan nasi dagang, deserts dan lain-lain lagi. Dalam risaunya kitorang buat kuey tiaw kungfu, time packing nak balik, jenguk periuk kitorang rupanya selamat licin. Alhamdulillah, tersenyum simpul family kitorang. Happy ending... Lain kali boleh try masak betul-betul, baru boleh tunjuk gambar..hehe
Hubby bergambar dgn adik undergrad

3 comments:

  1. wah, bestnya intan. happening betul warga soton kan. mcm ni barula tak terasa walaupun jauh dr keluarga. best2!

    ReplyDelete
  2. intan bestnya siap sambut CNY lagi.. macam2 aktiviti plak tu meriah sungguh.. ramainya warga msia kat sana

    ReplyDelete
  3. kak pi: okla kak. MSA Soton rajin jugak plan itu ini, selalunye budak undergrad. liverpool camne?

    kak ita: lamanye xdengar khabar akak. sihat?? so far mmg boleh thn program kt soton ni. malaysian pn ramai, tu yg jd meriah...

    ReplyDelete