Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Wednesday 23 February 2011

Acar Mentah

1. Kebelakangan ni banyak betul benda nak story sampai post resepi lama dah tak terusik. Resepi kali ni rasanya ramai yang tahu buat, dan yang penting teramatla senang. Saja nak tempek kat sini sebab ni first time tuan punya blog buat acar mentah hihihi. Itu pun sebab ada request dari jiran (Kak Linda) yang adakan gathering family Soton di rumahnya untuk Majlis Ringkas Maulidur Rasul malam Rabu minggu lepas. Sempena memperingati hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W, sedikit ceramah tentang kisah Rasulullah dan tayangan video bagi mengimbau sejenak di waktu kewafatan Baginda dan ingatan Baginda terhadap umatnya dipertontonkan. Satu majlis yang ringkas tapi berkesan di hati.

2. Menu utama malam tu nasi beriani, so pakat ramai-ramai delegate kerja memasak. Alkisahnya saya dapat duty buat acar mentah. Disebabkan short notice, jadi guna je bahan-bahan yang ada and sempat dibeli, but still the taste is not bad =).. 

3. Next time nak try buat acar version tumis pulak =).. Acar darat, acar tumis ke namanya. Macam-macam nama ada tp rasanya style yang sama.


Bahan-bahan (5-6 orang):-
1. 1 biji timun (dipotong 4 bahagian, 4/5cm panjangnya, dibuang empulur dan dihiris panjang)
2. 2 biji carrot (dihiris panjang)
3. 2 biji bawang merah (dihiris melintang)
4. Sedikit nenas (dipotong kecil) - saya pakai nenas dalam tin je hehe)
5. 1 biji epal (dihiris panjang) - best juga letak epal ni..
6. 5 sudu gula /secukup rasa - mmg byk pakai gula
7. sedikit garam
8. 1 sudu cuka / jus limau
9. sedikit biji sawi (saya tak letak sbb takde, lain kali boleh try lg).

Cara-cara:-
1. Gaulkan semua bahan sekali dan dibiarkan beberapa lama. (Air dari potongan sayur dan buah akan terhasil dan melembutkan bahannya)
2. Sesuai dimakan dengan nasi beriani, nasi tomato, nasi minyak, nasi putih pun boleh..=)

2 comments:

  1. salam intan. haa..kalau nak tau inilah acar org trg ni tp xdela epal n biji sawi tu. Pastu kitorg tambah cili hidup. ratah je kadang2 tp en.fazli kita mcm kureng sikit. Sgt senang kan. :)

    ReplyDelete
  2. oo..ye ke kak pi. tak tau pulak asal usul acar ni hehe. yg epal tu saje2 je tambah...best jugak rasenye..

    ReplyDelete