Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Friday 30 December 2011

Alham, Aged 5

Assalamualaikum,
Hampir terlupe pulak nk submit cerita birthday Alham tahun ni. Sebelum masuk tahun baru, better lekas report hehe.
 

Anak bujang sulungku ini dah 5 tahun dah tahun ni. Specialnya birthday die tahun ni dapat celebrate bersama dgn Yayi, Nyayi, Acu, A'mi Faisal & Aunty Ju nya di Melaka. Kami sekeluarga pulang ke Malaysia selama sebulan utk sama2 meraikan perkahwinan adik ipar. Kebetulan flight pulang semula ke UK adalah pada 10/12. Hari lahir Alham pula jatuh pada 9 Dis. Time birthday Najah bulan 10 lepas, Alham ade mention nk celebrate birthday kt Malaysia. So, alhamdulillah.. tercapaila hajat Alham. Kek birthday turut tak tinggal. Awalnya plan nak aje beli kek yg dah siap sbb dah kt Malaysia. Tapi kesian pulak kat Alham, time birthday Najah saya dah buatkan kek. Jadinya cari jugakla bahan2 utk buat kek utk Alham. Buat kek coklat biasa je. Tak sempat nak cari resepi kek yg lain dari yg lain coz tgh sibuk nk packing barang2 utk flight keesokan harinya. Acara potong kek dibuat selepas Maghrib sbb nak menunggu sekali A'mi Faisal yang pulang kerja lewat petang. Sebelum tu pada siangnya sementara menunggu kek sejuk, Alham tak habis2 mention bila nak tulis nama dia atas kek. Agak beza dgn birthday yg lepas, Alham dah mula appreciate erti birthday cake pada hari istimewa tersebut :). 
 
  
 

Tahun ni Alham dapatla byk sikit present coz ahli keluarga besar ada bersama. Disebabkan dia selalu main game angry bird, A'mi Faisal & Aunty Ju hadiahkan sebuah jam berlatar belakangkan gambar angry bird. From Yayi & Nyayi pula dapat mini komputer (utk kanak2) yang mengajar alphabet, number dsbnya. Seronok Alham bila dapat semua tu. Tambah pulak dikelilingi family tersayang.
 

 

Pada masa potong kek tu Alham hanya merasa sesudu dua je sbb dah excited dan asyik membelek hadiah yang diterima. Bila dah balik ke UK, ada satu masa tu tercakap pasal kek birthday dia. Terus Alham teringat dan perasan yang birthday cake die tertinggal kat Malaysia. Reaksinya mula sedih sbb barulah dia mencari dan teringin nk makan kek tu. Hmm, nnti2 ibu buat lagi yek..
 

Sama seperti entry birthday Najah, kat sini nak jugak coretkan sikit sebanyak gelagat dan kemajuan Alham untuk tatapan masa depan. Masuk umur 5 tahun, fizikalnya agak comel berbanding rakan sebaya. Orangnya masih lagi mudah menangis atau sedih jika kehendak tak dipenuhi atau sesuatu yang dibuat tak menjadi seperti diharapkan.. sama seperti di waktu kecil. Imaginasinya agak kuat. Alham boleh menyusun dialog untuk 2 watak berbeza ketika bermain dengan toys nya. Kadang2 tu nak tergelak jugak mendengarkan perbualan yang direka antara toys nya. Dari kecik favourite nya suka dgn cartoon superhero dan gemar bermain lawan2.
 

Pada tahap ni di primary school, kami as parents boleh berbangga dgn pencapaian Alham. Dia boleh bertutur Bahasa Melayu dan English dgn baik. Kalau pada satu masa dia sedang bercakap melayu, then kita mintak die speak in english, Alham boleh translate ape yang dia ckp sebelum ni. Walaupun mungkin tak sefasih kawan yang lain, insyaAllah boleh dilatih lagi. Berkaitan pembelajaran agama, Alham baru masuk Iqra' 3 dah sekarang. Kena selalu diulang kalau tak kadang2 dia lupa. Solat 5 waktu dan puasa juga dah diterapkan sikit demi sikit. Surah Al-Fatihah pun dah boleh dibaca dengan baik sampai akhir. InsyaAllah, ibu abah doakan Alham konsisten dalam mempelajari apa yang kami ajarkan.
 
So far kalau dilihat, Alham dah tunjukkan gaya dan lagak seorang abang. Bila bangun dari tidur, dia akan cium adiknya jika dilihat Najah belum lagi bangun. Macam biasa, bila mood baik, baik lah dua beradik ni bermain. Bergaduh dan masing2 tak nak mengalah pun begitu juga. Kuat menyakat pun sama. Kebanyakan masa banyak Alham yang kena mengalah since Najah dah masuk fasa garang, merajuk dan selalu nak menang aje sekarang. Kesian pulak tengok Alham terpaksa ikut kehendak adiknya.

Seperti biasa ibu abah doakan kebaikan dan kemudahan buat Alham dan Najah di dunia dan akhirat. Moga Alham menjadi anak dan abang yang soleh dan menjadi contoh yang baik kepada adik2 nanti.Amiin....

1 comment: