Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Saturday, 24 December 2011

Daging Masak Hitam

Salam buat semua,
Rasanya dah sebulan tak update entry. Bulan lepas kami sekeluarga pulang ke tanahair untuk meraikan perkahwinan adik ipar yang bertemu jodoh dengan orang Sabah. Alhamdulillah, kebetulan ada rezeki untuk pulang dengan tiket murah MAS. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, selalu aje cari peluang untuk balik ke Malaysia.. ape lagi terus aje grab kesempatan yang ada. Hmm, byk benda nak cite sepanjang kitorang pulang ke Malaysia ni, suka, excited, sakit dan macam2 lagi.. tapi kita simpan dulu ye. Tunggu next entry (macam ade je yg nk baca hihi..)

 

Hari ni nak share resepi favourite my hubby :). Resepi ni boleh dikatakan hasil explore sendiri dan kebetulan menjadi dan kena dengan selera hubby yang sukakan masakan daging. Asalnya masak time bulan puasa lepas, disebabkan puasa mana la ada can nak rasa itu ini. So, ikut imaginasi sendiri.. agak2 sedap campur itu ini. Hasilnya, alhamdulillah menyelerakan. Sedap dimakan dengan nasi panas2. Menu ni dah pun dibuat untuk open house raya aidilfitri lepas dan jamu rakan2 yang datang ke rumah. Nasib baik kena dengan tekak diorang. So untuk note akan datang saya sisipkan resepi ni di sini. Harap sesiapa yang mencuba juga suka dengan hasilnya ;).

 
 


Bahan-bahan:
1. Sekilo daging kambing dipotong dadu. (Kalau tak suka kambing boleh ganti dengan daging lembu, tapi resepi ni rasanya lebih sedap dgn daging kambing)
2. Bhn masak kering (tanpa minyak): 
- 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
- 3 sudu besar sos tiram
- lada hitam (ditumbuk kasar) ikut suka
- air/air rebusan daging
3. Bhn tumis darat (dikisar):
- 1-2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- sedikit halia
- sedikit cili boh (ikut suka)
4. Bahan lain:
- kicap manis
- kicap masin
- sos tomato
- sos tiram
- lada hitam (ditumbuk kasar)
- air/ air rebusan daging

Cara-cara:
1. Rebus daging selama 1- 11/2 jam.
2. Masak kering: Angkat daging dan masak dalam kuali dengan api sederhana sehingga lembut kira-kira 1 jam lagi (tanpa minyak) bersama sos tiram, bawang putih yang dicincang dan lada hitam (tambah jika suka pedas) . Boleh letak air/stok air daging rebus tadi jika terlalu kering.
3. Utk tumis darat: Blend bawang besar, bawang putih, halia dan cili boh. Tumis dalam periuk lain hingga kering.
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam daging yang diperap kemudian kacau sebati. 
5. Masukkan kicap manis, kicap masin dan sos tomato secukup rasa. Tambah sos tiram dan lada hitam jika kurang. (Tak perlu letak garam/gula sbb dah sedia masin manisnya).
6. Boleh tambah air atau stok rebusan daging tadi jika suka sedikit kuah.
7. Sedia dihidang. Selamat mencuba ;)

3 comments:

  1. hi intan!! sdap nmpk daging tu..mewah btul ngan bahan2..mmg btul la ko sapu ape yg ade kt dapur kan..ahaha...aku pun suke daging msk hitam tp lain pesen arr skit..lbih mudah..aku kn pemalas..kahahak..pasni rajin2 post entry lg tau..:-) miss you

    ReplyDelete
  2. salsm intsn, unikls cara masak intan ni,xdela berminyak+berlemak sgt kan kalau masak mcm ni agaknya. nnt kp cuba ye.

    ReplyDelete
  3. muzel zay: hihi.. biasela guna ape yg ade kt dapur, janji sedap. daging masak hitam ko camne pulak, boleh gk nk cube..

    kak pi: mmg xberlemak n brminyak sgt masak camni kak pi. dah try nnti gtau ye camne hasilnye ;)

    ReplyDelete