Salam semua,
Sebelum ni saya ada mention utk story tentang kepulangan ke Malaysia baru-baru ni. Harapnya all readers tak boring ye baca bebelan saya kat sini hehe. Alkisahnya bulan Nov lepas kami sekeluarga pulang ke Malaysia selama sebulan utk sama2 meraikan perkahwinan adik ipar. Pada awalnya tak merancang utk pulang ke tanahair selama hubby study 3 tahun di sini. Namun atas rezeki Allah yang tak disangka2, pada Mei lepas MAS mengadakan promosi tiket London-KL yang agak murah.. hanya kira2 RM 1500 (£300) seorang utk return ticket. Hubby pn terkejut sbb so far tak pernah lg dpt tiket semurah tu. Apa lagi, terus aje grab peluang tu.
Sebelum ni saya ada mention utk story tentang kepulangan ke Malaysia baru-baru ni. Harapnya all readers tak boring ye baca bebelan saya kat sini hehe. Alkisahnya bulan Nov lepas kami sekeluarga pulang ke Malaysia selama sebulan utk sama2 meraikan perkahwinan adik ipar. Pada awalnya tak merancang utk pulang ke tanahair selama hubby study 3 tahun di sini. Namun atas rezeki Allah yang tak disangka2, pada Mei lepas MAS mengadakan promosi tiket London-KL yang agak murah.. hanya kira2 RM 1500 (£300) seorang utk return ticket. Hubby pn terkejut sbb so far tak pernah lg dpt tiket semurah tu. Apa lagi, terus aje grab peluang tu.
Gelagat Najah ketika menunggu flight ke Sabah |
Tertidur di pangkuan Nyayi |
Mengisi perut yang lapar setelah sampai di Tawau |
Beberapa hari sblm bertolak ke Malaysia, kami sekeluarga diserang demam, batuk dan selesema. Mungkin disebabkan perubahan cuaca yang semakin sejuk. 13 jam dalam flight dirasakan terlalu panjang dgn badan tak berapa sihat, hidung tersumbat dan tekak yang sering aje gatal. Budak2 pulak tidur aje sepanjang flight, makan pun tak berapa selera. Nasib baiklah Najah kurang meragam. Itulah rasanya the worst flight journey ever.
Sampai aje di Malaysia semestinya kitorang rasa excited dan lega. Tapi malangnya dalam minggu pertama kami terpaksa melayan demam dan batuk yang belum reda. Nak keluar jalan2 cari makan pun takde mood. Nasib baik anak2 cepat kebah lepas pergi ke klinik. Kurang skit risau ni.
Pengalaman di Sabah
Hujung minggu tersebut kami ke Sabah utk menghantar rombongan adik ipar yang dijodohkan dengan orang Lahad Datu. Pengalaman yang agak menarik kerana dapat mengenal kehidupan orang di luar semenanjung. Majlis akad nikahnya ringkas dan khemah kendurinya dihias menggunakan batang buluh dan daun kelapa. Lauk pauk kenduri kawinnya juga berbeza tetapi menyelerakan; nasi putih, daging hitam, ayam masak merah, sayur kerabu dan sayur ulam. Selain itu, kami berpeluang menziarah ke rumah mertua adik ipar yang tinggal di rumah air. Kami perlu meniti jeti papan yang agak kecil merentas permukaan air pesisir pantai. Setiba di rumah yang dituju, nasi kuning dan buras dah sedia menunggu untuk santapan sarapan kitorang pagi tu. Mmg seronok dpt rasa sesuatu yg berbeza dari selalu. Bila dah namanya kat tepi laut, for sure banyak makanan laut segar yang dijual penduduk setempat. Sure puas makan.. dah terbayang dah kalau buat ikan bakar mesti sodap :). Anyway, tahniah buat Faisal dan pasangannya Juraidah. Didoakan moga kekal bahagia ke akhir hayat.
Sehari sebelum pulang ke semenanjung, kami sempat lagi ke Sandakan untuk ke Taman Peliharaan Orang Utan Sepilok. Perjalanan ambil masa hampir 3 jam dari Lahad Datu. Apa yang boleh dilihat ramai jugak mat dan minah salleh yang mengunjungi taman ni. Diorang ni mmg sukakan adventure.. kebanyakannya hanya berjalan kaki dari jalan besar dengan hanya berbekalkan kasut but dan bagpack . Mostly datang untuk jungle tracking. Actually kitorang spend time kat sini kejap je.. tengok gelagat orang utan diberi makan kira2 pukul 3 ptg. Nasib baik masa tu ade gak 2-3 ekor orang utan yang keluar ke port pemberian makanan tu. Kata pekerja kat situ, kalau nasib tak baik time orang utan makan takde seekor pun yang keluar.
Beberapa jam sebelum flight, kami menyimpang pulak ke Semporna. Atas recommend ayah mertua, kami mencari restoran terapung di sana untuk menikmati makanan laut segar. Namun tak sempat nak spend time lama kat sini sbb nak kejar masa flight di airport Tawau petang tu. Walaupun begitu dapat jugak kitorang order seekor kerapu hitam yang baru ditangkap untuk dijamah, masak deep fry je coz itu je yang paling cepat. Jadilaa..:)
Gelagat Anak-Anak
Imbau kembali saat baru je sampai kt KLIA dari UK, Alham agak segan dan pendiam dengan Yayi dan Nyayi yang menyambut kami. Najah lagi la terpinga-pinga coz since umur 3 bulan dia tak pernah lagi jumpa live, just tengok kat skype je. Begitu juga dengan respon diorang dengan atuk di Segamat. Tambahan pula seminggu pertama budak2 ni diserang demam, jadi mungkin itu membuatkan mereka lambat menyesuaikan diri. Selepas seminggu dan sudah agak pulih, barulah mereka berdua dapat get along dengan atuk2 dan pakcik makciknya. Untuk tarik perhatian Najah yang agak payah bergaul dengan orang yang baru dikenali, Yayi dan Nyayinya perlukan Alham sebagai 'umpan' hehe. Najah banyak mengikut kelakuan abangnya, jadi kalau Alham follow Yayi nya shopping ke Mydin, barulah dia ingin ikut tanpa ditemani oleh ibu abahnya. Start daripada itu Najah dah boleh berkawan dengan ahli keluarga yang lain.
Bersama family atuk Segamat
Di Melaka, banyak tanaman diusahakan oleh Yayi di halaman rumah. Kebetulan semasa kami balik banyak pokok yang sedang berbuah. Ada buah naga, nona, belimbing jeruk, pisang, kedondong dan macam2 lagi. Seronok anak2 memetik buah yang sedang masak. Apatah lagi Najah yang gemar makan buah-buahan. Sekali makan 2 biji buah naga boleh dihadapnya. Family agak terkejut dengan karakter Najah yang comel tapi orangnya kuat mengunyah itu ini. Yayi, Nyayi dan Atuknya pula seronok aje belikan itu ini untuk Najah makan.
Jalan-Jalan Cari Makan
Hmm... bila dah balik Malaysia, of course la tujuan utamanya nak qada' dan menelan makanan kegemaran yang melambak kat tanahair. Mana yang sempat dapat la dijamah. Disebabkan kekangan masa, banyak gak keinginan tekak ni tak dapat ditunaikan spt asam pedas power, mee rojak dan beberapa lagi. Tapi antara yang sempat; Sarapan mi rebus dan sate di Muar, serta cendol pulut mamak, Nandos, Prosperity burger McD (mmg rezeki sebelum balik tu baru start promo), KFC, ikan bakar Alai dan roti canai (yang ni mmg dah banyak kali melantak).
Sarapan mee rebus & sate kat stesen bas Muar |
Cendol Muar |
Ikan Bakar Alai |
Ujian Allah
- Sebetulnya kita hanya mampu merancang itu ini, namun ketentuan Allah tak dapat kita sangkal. Seawal mingu pertama pulang seperti yang diceritakan di atas, kami sekeluarga menghadapi demam. Disebabkan itu banyak plan yang disusun tak dapat dibuat. Kami banyak berehat di rumah dan tiada mood untuk keluar. Setelah ke klinik, alhamdulillah masing2 makin pulih, cuma ade gak sisa2 selesema dan batuk yang tertinggal.
- Semasa di Sabah hubby pula diserang sakit gigi. Actually sakit ni dah lama dikesan, cuma sakitnya kurang ketara sebelum ni. Tup2.. gigi geraham yang sakit tu menjadi2 pula time kitorang balik. Lepas buat appointment dgn dentist kat Melaka, gigi yang sakit tu terpaksa dibedah (dikeluarkan) dan ini menyebabkan gusi di bahagian tersebut terdedah. Total semua nak dekat RM 400 juga untuk belanja perubatan gigi. Difikirkan kembali ada hikmahnya juga terjadi masa tu sebab senang utk deal dengan dentist di Malaysia dan boleh guna khidmat klinik panel, so kurang sikit belanja. Belum pun habis sakit akibat dioperasi, sakit gusi yang terdedah tu pula terpaksa ditempuh. Kalau tanya pakcik google or wiki, sakit gusi tu dinamakan 'Dry Socket'. Kalau dah sakit gigi camtu, boleh bayangla macam mana payahnya nak makan dan mengunyah, tambahan pula boleh demam menahan sakit yang amat sangat. Sehingga pulang ke UK, sakit tersebut masih belum sembuh. Hubby dah mula risau kalau kesakitan tu melarat hingga menjejaskan progress studynya. Setelah jumpe dentist di UK utk further check and dressing, barulah ada sedikit perubahan dan nampak tanda sakitnya semakin berkurang. Alhamdulillah, lega juga ianya semakin baik. Kalau tak kesian tengok hubby menangung beban study dan sakit sekaligus.
- Lain pula ceritanya dengan saya, sehingga sekarang saya mengalami sakit telinga yang agak teruk setelah pulang dari Sabah. Pada mulanya terfikir mungkin disebabkan tekanan dalam telinga yang dialami semasa flight mendarat. Lama kelamaan sakit dan denyut di dalam telinga semakin menjadi2 hinggalah kini. Doktor kata mungkin ada infection di dalam telinga dan waktu ni sedang menunggu hasilnya setelah menelan antibiotik yang diberi. Harapnya ia dapat segera sembuh dan saya mampu bersalin dalam masa terdekat ni dengan lebih tenang. Moga ujian2 ini menjadikan kami semakin sabar dan sentiasa mengingati Allah serta sebagai penebus dosa2 kami. Amiin...
Itulah sedikit sebanyak ceritanya semasa kami pulang ke Malaysia November lepas. Just sebagai memori utk masa depan. Banyak juga big event yang berlaku dalam family kami pada tahun 2011 yang masih belum sempat dikongsi sama. InsyaAllah, kene cari masa dan mood utk bercerita ;). Harap mana yang sudi membaca tak jemu mengadap blog ni nanti ye. Thanx so much ;0..
Seronok baca, kesian juga lama demam aikk problem nak komen ni apsal help2
ReplyDelete