Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday 31 October 2011

Bubur Jagung & Tepung Pulut Bersagu

Assalamualaikum,
Lama betul rasanya tak buat juadah minum petang. Semalam tiba-tiba teragak nak makan bubur atau pengat. Bila selongkar dapur takde pulak stok pisang, keledek, kacang hijau dan seangkatan dengannya. Belek punya belek kat internet jumpe la resepi yang simple ni. Nasib baik ada jagung manis dengan tepung pulut kat dapur. Dapatla melayan keinginan tekak ni. 
 

Actually tuan punya resepi asal takde letak jagung manis. Saya saja tambah untuk banyakkan isi bubur dan bagi excited skit anak2 untuk makan. Nanti bila diorang nampak tepung pulut je rasa pelik la pulak, apatah lagi dgn rasanya yang lembut dan kenyal2 gitu. Bubur ni saya buat tak berapa manis dan dikurangkan kuantiti santannya sebab family kitorang agak kurang sikit makan makanan yang manis dan bersantan.

Agak banyak juga saya buat bubur ni semalam. Kiranya kalau ikut trend dalam family ni boleh makan sampai esoknya. Alhamdulillah, dalam sekali round je semua bubur ni habis dimakan oleh kitorang tiga beranak. Tak sangka pulak laju je Alham dan Najah mengadap bubur ni. Abahnya sehari suntuk takde kat rumah semalam, ada urusan di Warwick dan hanya balik dalam pukul 11malam. Jadinya terpaksa tinggalkan satu mangkuk untuk abahnya sebelum dihabiskan oleh anak-anak.
 
 
Hmm.. kurang clear pulak gmbr kali ni.
Shoot pkai phone, tmbh pulak dh mlm..

Selamat mencuba! 
Sumber dan olahan dari MyResepi: waheedeana
  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil (saya guna dark brown sugar je)
  • 1/2 cawan gula pasir (olah ikut kesesuaian)
  • 250 gram biji sagu- dibasuh dan toskan 
  • 1 tin jagung manis
  • 1 1/2 cawan pati santan (saya guna 3/4 cawan)
  • 1 jag air (saya guna 1 liter air)
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit garam 
B) BAHAN DOH :-
  • 1 cawan tepung pulut
  • sedikit air
  • sedikit garam 
  • tambah pewarna jika suka
  • uli bahan B hingga menjadi doh dan selepas itu ambil doh dan bulatkan sebesar guli dan tekan di tengah sehingga lekuk, ulang sehingga doh habis.

Cara-cara

  1. Didihkan air di dlm periuk bersama gula melaka /dark brown sugar, gula pasir dan daun pandan dan masak sehingga gula hancur dan mendidih di atas api sederhana.
  2. Masukkkan pati santan dan kacau sehingga mendidih dan masukkan tepung pulut satu persatu sehingga habis dan masak (kenyal) - **Olah kuantiti gula dan santan ikut kesesuaian sendiri** 
  3. Kemudian masukkan jagung manis dan kacau sebentar.
  4. Akhir sekali masukkan biji sagu dan garam, masak sehingga sagu menjadi jernih dan masak. Sedia untuk dinikmati....
  5. ****Jikalau pekat tambah air ikut kesukaan anda****

6 comments:

  1. salam intan.. suka dengan bubur jagung.. akak kalau bulan puasa suka buat bubur.. ni dah sejuk2 seddap gak buat makan panas.. :)

    ReplyDelete
  2. tul tu kak. sedapnye tekak mkn panas2 time sejuk camni..nyumm

    ReplyDelete
  3. pandai intan masak! balik sini watkn utk aku yeh.. :-)

    ReplyDelete
  4. Hai jil!! Ko pekaba? masak bubur tu sng je jil, ko pn kejam mata leh buat. Dh jd suri ni mesti lg terer ko masak kn ;)

    ReplyDelete
  5. aku sihat beb..mcm ni la..hihi.. aku rase aku mmg bleh masak..nak cari masa jek! hahah... bile balik sini.. eh masuk la blog aku..aku biz part time skrg..muahahha
    http://mysecret-muzel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete