Moga sihat semuanya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk melihat anak2 membesar dgn sihat, bijak dan riang ria di depan mata. Tanggal 14 Oktober lepas.. Najah, my 2nd child mencecah umur 2 tahun. Alhamdulillah, pada usia ini Najah merupakan si kecil yang aktif, petah dan cerdik. Walaupun secara fizikal tubuhnya agak comel berbanding budak seusia, namun apa yang penting dia sihat walafiat.. sama seperti abangnya.
Bila tiba date hari lahir anak, selalunya mesti terkenang betapa cepatnya mereka membesar. Rasa seperti semalam baru melahirkan mereka.. dan for sure bila teringat mesti rasa sebak. Ini baru umur setahun jagung, time diorang masih bersama kita dan kata orang masih 'dibawah ketiak ibu abah'. Apatah lagi nanti bila mereka dah mula bersekolah tinggi dan mulai mengorak haluan hidup masing2. Time tu mesti rasa rindu nak patah balik ke zaman diorang masih kecil. Apa yang diharapkan moga Allah beri kekuatan untuk kami ibu bapanya mendidik mereka ke jalan yang betul supaya menjadi manusia yang berguna kelak.
Najah lahir overdue seminggu dari date yang ditetapkan. Abangnya juga begitu. Mengandungkan Najah, saya tidak melalui terlalu banyak kesukaran. Disebabkan dah mulai bekerja, pada awalnya risau juga jika terpaksa menempuh mabuk2 dan morning sickness yang panjang seperti kelahiran pertama. Bekerja di kilang swasta dengan cuti tahunan dan faedah pekerja yang agak terhad boleh menjejaskan prestasi kerja jika sering memohon cuti. Namun, alhamdulillah Allah mudahkan jalan hambaNya. Sepanjang waktu bekerja, saya jarang mengalami pening dan muntah2. Cuma sedikit keletihan dan selalunya pening menyerang ketika sudah pulang dari kerja. Begitu juga kerja2 dirumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya boleh dilakukan seperti biasa. Sesuatu yang selalu jadi ingatan saya dan hubby semasa dalam kandungan, Najah agak 'pemalu' sehingga 2 kali menjalani ultrascan pun kami masih tidak tahu jantina anak. Posisinya ketika itu (dua belah kaki tertutup rapat) tak membenarkan kami untuk mengetahui samada baby boy or girl. Jadinya hanya setelah dilahirkan barulah kami tahu ianya baby girl. Walaupun jika diikutkan tekaan orang2 tua melalui size dan shape perut, mereka dah boleh agak itu adalah perempuan.
Simple cake with love |
Pengalaman bersalin pula memang tak boleh dilupakan. Kata orang kerenah anak lain2. Setelah cukup seminggu masih selesa di dalam perut, Najah dilahirkan dengan cara 'induced'. Walaupun rasa sakit bersalin hampir sama dengan cara kelahiran sakit normal, namun yang membezakan adalah disebabkan ubat yang diberi menyebabkan kontraksi rahim sebelum kelahiran berlaku agak kerap dan panjang sebelum menunggu laluan terbuka sepenuhnya. Menahan sakit kontraksi membuatkan seluruh tubuh menggigil hingga akhirnya keletihan jika berlaku terlalu lama. Itulah dia.. mempunyai beberapa orang anak, masing2 melalui pengalaman yang berbeza. Belum lagi dugaan setelah melahirkan Najah dengan jahitan kelahiran sedikit terkoyak, tumpah darah yang agak banyak, Najah kena penyakit kuning dan kelam kabut urusan sambung belajar hubby pada masa yang sama sehingga terpaksa berjauhan sebentar dengan hubby yang dah pun berlepas ke UK dalam masa pantang. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan bantuan dari keluarga, semuanya ditempuh dengan baik.
Perkembangan Najah pada ketika ini amat memberangsangkan. Dikurniakan sepasang anak, tumbesaran anak lelaki dan perempuan ada sedikit perbezaan pada certain places and character. Bukan niat nak membandingkan dari seorang anak dengan anak yang lain, kerana masing2 punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Apa yang tercoret disini cuma untuk tujuan memori pada masa hadapan, untuk mengenang tabiat dan kelakuan anak2 ketika kecil sebab kadangkala apabila kita bercerita semula kelak, kita terlupa certain part kerenah mereka waktu itu. Orang kata keupayaan anak perempuan bermula agak awal dari anak lelaki dan untuk anak2 saya, sememangnya begitu. Banyak juga patah perkataan yang dapat diikut dengan senang apabila diajarkan kepada Najah dan dia mudah untuk terima pembelajaran baru. Orangnya kerap mengunyah dan pantang nampak makanan hihi.. kadang-kadang tu agak susah memenuhi demand si kecil ini kerana apabila ke dapur sering saja merengek meminta itu dan ini yang kita sendiri tak pasti apa yang diinginkannya. Namun begitu, pemakanannya tak susah diatur sebab dia boleh makan apa saja termasuk pelbagai jenis buah, sayuran malah makanan yang sedikit pedas pun boleh disuakan saja. Mungkin disebabkan itu juga penghadamannya agak baik, setiap hari lawas. Nak suruh wash ke toilet juga tak byk kerenah. Kalau melihat karakternya ketika ini, apabila datang moodnya Najah boleh dikatakan agak garang, sometimes tak mahu mengalah dan tak nak share things dengan abangnya. Cepat je merajuk bila kehendak tak dilayan, but other than that she knows if we're mad at her when she was doing something wrong and she say sorry. Pada tahap ini, dia sedang excited untuk explore sesuatu yang baru dan kalau boleh nak buat semuanya sendiri tanpa perlu dibantu. Pantang melihat kita hendak bersiap untuk keluar, dia juga turut seronok dengan menunjuk sambil mengatakan 'jaket'nya dan memakai kasut.. sama seperti abangnya ketika kecil. Tak terlarat nak cerita semuanya di sini, ini adalah sebahagian gelagat anak2 yang boleh membuatkan kita tersenyum bila mengenangkannya di kemudian hari.
Alham can't wait to taste the cake |
Dah jadi panjang pulak entry kali ni, tetibe je datang idea nak menulis. Ok lah, birthday Najah kali ini buat simple je macam selalu, buat sedikit kek coklat strawberry dan celebrate dengan family je. Macam biasa acara potong keknya pun dah malam coz tunggu abahnya pulang dari ofis. Nak diikutkan abangnya Alham yang tak sabar2 nak makan kek dan asyik mention "Nanti ibu buat birthday kek Alham in Disember with Yayi and Nyayi in Malaysia ye..". Ada bait sedikit jealous dalam permintaannya.. maklum la umur seperti Alham sudah pandai memahami betapa specialnya birthday. Ikutkan plan asal bercita2 nak buat princess cake, siap dah menimba ilmu dgn sorg akak yang stay kat New Zealand yang selalu buat kek tu. But on the big day, terfikir balik yang age sekecil Najah belum lagi pandai menghargai sesuatu yang istimewa sebegitu. Last2 jadila kek coklat strawberry ;)...
Buat Alham juga Najah, ibu dan abah doakan segala yang terbaik di dunia dan akhirat untuk anak2 ibu abah. We both love and always pray for you. Moga setiap dilakukan sentiasa dalam berkat dan lindungan Allah s.w.t. Amiin...
Seronok baca tulisan Intan, happy birthday najah, moga besar jd ank yg bijak patuh pd Allah dan Ibu abah ye. Intan, xsabarnya tunggu Bln 11. Balik kg!!!
ReplyDeletetenkiu aunty pi, hepi birthday to fakhri juge.. hihi.. ni tgh ade idea bolehla nk merapu skit kak, cube tgh idea kering kontang.. blog pun lama gak bersawang jdnya. Itula kak, sy ni tinggal menghitung hari je ni..x sabar dah! akak blk brp hb?..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteHepi besday Najah....Semoga Najah bakal jadi anak yg solehah....penyejuk mata ibu dan ayah....AMIN...btw, kek tu nmpk yummy....:)
thanx aunty ibuaiman ;), amiin..
ReplyDeletelama tul xdgr cite akak. camne study? moga urusan akak dipermudahkan Allah.