Salam semua,
Hmm, tahun ni dengan izin Allah dapat juga kami bertungkus lumus mengadakan rumah terbuka sempena aidifitri. Tahun lepas dah pernah buat dan boleh dianggap berjaya dan lancar, so tahun ni ingat nak continue lagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan hampir seperti dirancang.
Open house kami buat pada minggu lepas, 10 Sept 2011.. dah masuk minggu kedua raya. Nak ikutkan rumah kami kire agak lambat jugak buat open house sebab ramai family Soton yang lain dah balun buat rumah terbuka minggu pertama lagi raye. Takpela.. karang semua pakat buat sekaligus rumah terbuka haru jugak jadinya..hehe
Menu yang dihidang agak simple je. Dalam list dah takde menu raye dah.. rendang ke ketupat ke dan sewaktu dengannya. Pikir2 balik org pun dah muak menatap menu raye after last time event Sambutan Aidilfitri besar-besaran Soton yang penuh dengan pelbagai juadah raya. So, kali ni tuan rumah just masak nasi putih berlaukkan kambing/daging masak hitam atau kicap dan mee sup. Turut sama terhidang kuih muih yang sempat dibuat sebelum ni spt rempeyek, kuih makmur dan tat. Untuk hilangkan dahaga, air barli disuakan dan macam biasa teh panas tak ketinggalan. Ikutkan hati macam2 nak dibuat, tapi hubby ckp ikut mampu kudrat kite je. Buat byk2 pun takut tak terhabis dan membazir je pulak nanti. So harapnye dengan menu yang simple dapat memuaskan perut semua yang datang.
Tetamu yang datang hampir satu Soton termasuklah adik2 undergrad. Open house kitorang start pukul 2 ptg hingga lewat. So selagi makanan ada dan masih ada tetamu yang datang, dialu2kan. Agak2 dalam pukul 3.30 ptg rumah kitorang agak full house, almaklumla dengan rumah yang comel dan sempit. Harapnya guest yang datang happy dengan menu dan layanan kitorang yang tak seberapa. Macam biasa event yang macam ni sure ade kekurangan sana sini, tapi semampu boleh kite cuba lakukan sesempurna mungkin. Looking forward to host another great open house, insyaAllah.. ;)
No comments:
Post a Comment