Dah hampir dua minggu kita menempuh bulan Syawal tahun ini. Sepanjang bulan Ramadhan lepas cuba juga untuk curi masa menulis di blog tapi tak berkesempatan. Nak kate busy memanjang tak juga, tapi mungkin waktu siang diisi dengan babysit anak kawan, then malam yg pendek hendak mengejar berbuka dan solat terawih pula menyebabkan masa yang terluang dipenuhi dengan istirehat bersama keluarga.
Sebelum tu, di kesempatan ni rasanye tak terlambat nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua keluarga, sanak saudara, rakan taulan jauh dan dekat serta pembaca blog hamba yang budiman ;). Moga Syawal tahun ni membawa seribu erti dan kebahagiaan buat semua. Diharap dalam gembiranya kita meraikan Aidilfitri membuatkan kita rindu untuk bertemu kembali dengan bulan suci Ramadhan yang penuh berkah.
Memandangkan tak sempat
nak cerita apa yang berlaku semasa bulan Ramadhan tahun ni di Soton,
saya rangkumkan sekali story puasa dan raye pada kolumn kali ni buat ingatan di kemudian hari :)..
Merasai Ramadhan Kedua Kalinya
Sekali lagi kami menempuh Ramadhan di UK pada waktu summer..waktu siang panjang, waktu malamnya pula pendek. Jadi jam puasa kitorg juga turut panjang berbanding di Malaysia. Permulaan puasa - subuh disini berakhir seawal pukul 3.40 pagi, maghrib pula bermula sekitar pukul 8.45 malam. Hmm..hampir 18 jam jugak kitorang berpuasa. Kalau diingat semula, puasa yang lepas sempat feel nak pengsan disebabkan lamanya menahan diri. Alhamdulillah, puasa tahun ni dah makin boleh sesuaikan diri berbanding tahun lepas.
Macam biasa disini ada iftar di Stoneham Hall setiap hari bersama dengan komuniti Malaysia dan Arab kebanyakannya. Makanan berbuka disponsor setiap hari atas sumbangan ikhlas komuniti Islam dan turut dimeriahkan dengan pelbagai potluck yang berbeza setiap hari dari komuniti Malaysia. Setelah berbuka diikuti dengan solat maghrib berjemaah, tadarus dan solat isyak serta terawih berjemaah, yang kebiasaannya habis sekitar pukul 11 malam ke atas. Komuniti Malaysia sempat bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa untuk komuniti Islam pada weekend minggu kedua berpuasa. Kami bersama-sama menyediakan menu nasi ayam untuk santapan semua dan amat lega kerana masakan kami menjadi dan laku ;). Begitu juga dengan hidangan yang dibuat oleh komuniti Indonesia minggu sebelumnya dengan menu nasi uduk dan kari ayam.
|
Bergotong royong menyediakan iftar nasi ayam |
Seronoknya tahun ni, kami dapat melatih Alham berpuasa bersama. Walaupun pada awalnya agak payah nak menerangkan kepada Alham tentang puasa, berbuka, sahur dan sebagainya, tapi kelamaan dia memahami biarpun hanya sedikit. Menonton episod puasa di siri Upin & Ipin di Youtube berulang kali sedikit sebanyak membantu. Alham tak ikut bangun bersahur sebelum subuh. Disebabkan pada waktu malamnya dia tidur agak lewat kerana mengikuti kami solat terawih setelah mengaji di rumah dan kadang2 di Stoneham, jadi kami biarkan sahaja dia bersahur selepas dia bangun dari tidur pada siangnya, selalunya dah hampir tengahari juga. Apabila makan kami tekankan perkataan 'sahur' supaya dia dapat set dalam minda selepas itu dia tidak dibenarkan makan dan minum hingga berbuka. Setakat ini kami bangga dengan usaha Alham untuk menahan diri dari sekitar tengahari hingga waktu berbuka. Kami jangka dia mungkin bertahan selama 2 atau 3 jam sahaja memandangkan dia belum lagi menjejak 5 tahun dan juga ini merupakan tahun pertama berpuasa. Sikap Alham yang selalu ingin menang membuatkan dia berjaya melepasi waktu puasa. Selalunya jika Alham tidak tahan dan ingin berbuka, kami akan respon yang dia boleh berbuka tapi dia tak akan 'win' puasa pada hari itu. Mendengarkan itu dia dengan rela hati menahan semampu boleh. Bila tiba waktu buka, seronok melihat Alham makan seakan dia begitu appreciate makanan di depan mata, berbeza dengan sikapnya sebelum tu yang agak memilih dan payah disuruh makan. Kalau selalunya nak habiskan sepinggan nasi pun liat, time buka boleh pula tambah 2 pinggan. Alhamdulillah, rasa lega dapat tanamkan keinginan Alham untuk berpuasa dan excitednya dia apabila berbuka. InsyaAllah tahun depan boleh improve lagi performancenya.
Cerita pasal preparation menyambut raya, memandangkan tahun ini kami tak request parcel kiriman dari Malaysia, jadinya nak tak nak kena juga rajin ke dapur untuk mewujudkan feel raya di sini. Dapat juga tangan ni menghasilkan sedikit adunan rempeyek, kuih makmur, tat gulung nenas (yang agak rapuh sikit tepungnya) dan kek lapis warisan nenek mertua (yang x berape menjadi hehe). Hmm..of course mana yg x capai standard tu kena try lagi sampai puas hati.
|
Rempeyek |
|
Kuih Makmur |
|
Kuih Tat Gulung Nenas |
|
Kek Lapis Rempah |
Alhamdulillah, puasa tahun ni berjalan lancar dan dipenuhi dengan aktiviti ibadah bersama keluarga. Moga Allah memberi kesempatan untuk merasai kemanisan Ramadhan pada tahun-tahun akan datang dan dihiasi dengan pengisian bulan suci yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
Menyambut Syawal 2011
Sambutan Syawal di perantauan tak kurang meriahnya. Malam raya family kami dah pun berbuka dengan menu raya kebiasaan orang Johor seperti nasi impit, rendang daging, kuah kacang, kuah lodeh serta sambal goreng jawa. Setelah itu ade acara takbir raya di salah sebuah rumah rakan yang volunteer untuk
acara tersebut. Keesokannya pula seperti biasa hari raya pertama bermula dengan solat sunat aidilfitri di Stoneham bersama dengan komuniti Islam di Soton seawal pukul 8 pagi. Solat sunat diadakan sekali lagi pada pukul 9 pagi untuk menampung kekurangan ruang jemaah. Setelah itu, apa lagi..bagi komuniti Malaysia sesi bergambar sakan di pagi raya. Buat masa sekarang
dianggarkan ade sekitar 20 family yang tinggal di Soton. Adik2 undergrad
waktu ni kebanyakannya masih bercuti dan beraya di Malaysia. Puas bergambar, kami berkunjung ke rumah rakan2 yang dah pun book open house pada hari raya pertama. Tak kurang juga rumah rakan2 lain. Apa yang syoknya bermacam2 juadah raye dihidangkan variasi dari pelbagai negeri dan tempat asal di tanahair. Kadang2 tu meriahnya makanan raye di perantauan boleh mengalahkan sambutan raye kita di Malaysia. Dari nasi dagang, rendang, nasi impit, ketupat, lemang, laksa, nasi kerabu dan macam2 lagi berjaya diisi oleh sang perut pada hari raya pertama.
|
Gambar di pagi raye |
|
Abg dan adik ;) |
|
Alham with his best friends.. Ameen & Afiq |
Hari Sabtu lepas telah diadakan Sambutan Aidilfitri 2011 oleh komuniti Malaysia di Soton. Perancangan potluck utk menu raya pada hari itu telah diadakan lebih awal dan tugas diagihkan kepada semua family Soton secara sukarela. Menu utama adalah sate dan setiap family menyumbang dalam 30 cucuk. Sesi membakar sate dibuat pada petang sehari sebelumnya untuk menjimatkan masa dan mengelakkan baju raya berbau asap sate :). Pada hari sambutan, pelbagai juadah disediakan; laksa Johor, Utara dan Kelantan, laksam, nasi dagang, tak ketinggalan nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang, mee Kedah dsbnya, hinggakan tak tahu nak mengambil juadah yang mana kerana banyaknya menu yang dihidangkan. Setelah menjamu selera, sesi bergambar pula menunggu. Lokasinya hanya dibelakang Stoneham Hall yang menghijau dengan pemandangan dedaun dan pokok2nya.
|
Brgambar dgn geng UTeM |
|
Couple picture |
|
Geng bapak2 pula nk berposing raye |
|
with jiran rapat |
|
Suka btul Najah jumpe jagung..asik kendong je kemana2 |
|
Favourite spot Najah |
Sambutan raya kali ni walaupun dalam keadaan sederhana dan tanpa kehadiran keluarga dan sanak saudara tetapi tetap meriah dengan ragam, celoteh dan juadah dari rakan2 seperjuangan di perantauan.
meriah sungguh cerita raya dan puasa.. selamat hari raya intan
ReplyDeletetry 123
ReplyDeletelahai..td kp komen pjg2 x kluo2. try 123 jadi pulak. marahnyaa
ReplyDeletekak ita: salam kak. selamat hari raye buat org yokohama :). kat jepun pn tak kurg meriah raye ye...
ReplyDeletekak pi: lorr, asal tokleh komen kak. sian akak komen pnjg2. blog sy ade prob ke??