Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Thursday, 11 August 2011

Family Day Soton 2011

Tahun ni sekali lagi Family Day dapat diadakan oleh warga Soton. Family postgrad & undergrad terlibat sama menjayakan program ni. But mostly atas usaha ajk Family Soton, dan adik2 KUS & MSA. 
Happy walaupun Group Purple dpt no.3
ready utk masukkn air dlm botol
Acara tahun ni agak berlainan dari tahun lepas. Programnya diadakan dekat dengan kawasan sekitar iaitu di Southampton Common, park utama di Soton. Banyak acara sukaneka dirancangkan bagi membolehkan semua pihak terlibat sama dalam kegiatan Family Day kali ni. Tidak ketinggalan juga juadah yang pelbagai serta bbq untuk breakfast dan lunch hasil air tangan warga surirumah Soton.



Berebut utk breakfast

Beberapa group dibahagikan untuk acara sukaneka. Terdapat 4 kumpulan mengikut warna; purple, kuning, hijau dan biru. Family kami dimasukkan


dalam kumpulan purple. Kalau dulu sukaneka banyak dirancangkan utk anak2, kali ni bapak dan mak budak pun turut bermain  sama. Dari acara masuk air dalam botol, baling selipar, galah panjang hinggalah ke tarik tali. Dah lama rasenya tak beriadah sebegini, terasa macam jadi kanak2 riang ria semula. Di samping tu, sukaneka untuk kanak-kanak juga ada. Kumpulan kuning berjaya menggondol hadiah pertama diikuti kumpulan biru, purple dan hijau. 

Alham happy dpt byk kutip gula2
Nasyid kanak2
Biasanya aktiviti Family Day ni antara tentatifnya terselit acara memilih dan melantik jawatan utama dalam Family Soton yang baru. Jawatan seperti Penghulu Family Soton dan Pengetua Sekolah Malaysia tahun lepas akan diganti dengan org baru yang dipilih majoriti. Tahun ni saudara Idham dan Fuad diangkat sebagai penghulu dan pengetua masing-masing. Kebetulan Kak Norul bermurah hati membuat kek besar lagi tahun ni, jadi sempena dgn lantikan baru mereka turut mengadakan acara potong kek. Moga tahun ni lebih meriah dengan pimpinan yang baru. 

Lepas dh lantik, potong kek besar pulak
Penyampaian hadiah
Program sempat dihabiskan walaupun hujan renyai2 pada awal petang. Apa yang penting kegiatan seperti ini insyaAllah dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara semua komuniti Malaysia Southampton. 

3 comments:

  1. salam intan meriahnya dan ramai plak tu siap ada sukaneka lagi

    ReplyDelete
  2. Salam Intan,

    Macamana keadaan Soton?Tak terjejas dengan rusuhan kat UK skrg ni? Semoga Intan sekeluarga dan rakan-rakan di sana selamat...Ngeri tengok diorg merusuh, bakar kereta, pecahkan kedai...

    ReplyDelete
  3. kak ita: salam kak. Alhamdulillah, tahun ni agak meriah programnya

    ibuaiman: salam kak. Pasal riot tu kat Soton masih ok lg walaupun agak cemas gak sbb dlm 2jam je dari London. Kt tmpt lain mcm Nottingham ade yg dh merebak. But haritu ade rumors kt Soton nk buat riot, tujuannye nk tunjuk kt org London how riot is done. xde kene mengena pn dgn tujuan asal, bunyi pn dh menakutkn. harapnye xde papela. skang ni tgh berjaga2. Thanks igt kt kitorg :)..

    ReplyDelete