Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday 8 August 2011

Bertandang ke "Cucu Nenek di Liverpool"

Menyambung semula cerita setelah bersuka ria di Legoland lepas..
(Mintak ampun terlebih dulu kak pi, kite naik kapal stim..baru ni nak cerite hehe)

Straight dari Legoland, kami terus drive menuju ke Liverpool. Bertolak dari Legoland kira-kira2 pukul 8mlm, jadi bayangkan aje la sampai kat Liverpool lewat pukul 12mlm. Perjalanan ambil masa 4jam lebih. Sepanjang drive tu bila nampak hotel kt tepi jalan rase cam nk stop je tido satu malam, punyelah penat and rasa tak sabar nak sampai. Kita yg co-pilot ni boleh lagi nak terlelap kat sebelah, kesian kat cik abg driverku yg bersengkang menahan mata fokus ke jalan utk kami sampai dgn selamatnya di Liverpool. 

 

Kak Pi and husbandnya masih setia menunggu kitorang sampai walopun dh lewat malam. Husband Kak P ni satu tempat kerja di Utem dgn hubby saya. Rumah Kak Pi ni style rumah court, kene mendaki ke tingkat 3 ke 4 (dah x ingat dah). Sempat lg Kak Pi menjamu kek coklat dan nasi impit beserta kuah kacang dan ayam sate sebelum kitorang merasa bantal and tilam empuk akak malam tu hehe.. 



Esoknya selepas sarapan, kami ronda-ronda bandar Liverpool. Sayangnya family Kak Pi tak dapat join sama round2, kalo tak boleh gak posing sama2 dlm gambar ;). Main target kitorang ke Stadium Anfield and Everton. Hujan turun renyai hari tu and cuaca pun agak sejuk. Angin yang bertiup pulak teramatla sepoi la bahasanya. Menggigil jugak kitorang tgh posing ambil gambar kt depan stadium tu. 

Puas di stadium kami beralih pula ke Albert Dock. Area dock ni nampaknya dibangunkan untuk tujuan tarikan pelancong. Viewnya cantik penuh dengan bot dan kapal berlabuh. Kat sini ada big wheel ala-ala London Eye, The Beatles Exhibition dan nama2 pelayar zaman dahulu dipahat pada satu batu. Antara nama pelayar-pelayar tu terselit beberapa nama pelayar dari Kepulauan Melayu. Selama 3 jam pusing2 kat Albert Dock, perut dah mula berkeroncong. Nasib baik kak pi bekalkan sedikit kek dan makanan serta air teh panas. Lega betul tekak time tu sebelum mengisi perut di KFC halal. Tak lupe kitorang turut bergambar kat area University Liverpool & Univ John Moores. Malam tu perut kami kenyang lagi dengan ikan masak stim dan sayur ikan masin Kak Pi.. nyumm2x.


Esoknya dah mula bersiap balik bertolak ke Soton. Cadangnya ingat nak menjenguk carboot di Liverpool, tapi nampaknya tak berkesempatan. Tidur 2 malam di rumah Kak Pi masih tak puas berborak dengan diorang. Alham dan Najah pula seronok betul dapat jumpa Nadhirah yang petah bercakap dan Fakhri yang 'busy' dgn aktivitinya.  Thanks so much sponsor penginapan and makan kitorang minggu tu Kak Pi hehe. InsyaAllah ada rezeki kite jumpe lagi ye...

1 comment:

  1. Salam Intan selamat berpuasa kamu kamu ye. Nampak cantik jugak liv dlm gambar ni. Xsabar nak tunggu cerita kelana convoy. Jgn lupa ye pn Intan

    ReplyDelete