Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Wednesday 13 July 2011

Had Fun @ Legoland

Salam semua,
Alkisahnya 28 Mei lepas hampir semua family di Soton had a great time kat Legoland, antara theme park yang terkenal kat UK. Atas inisiatif Sekolah Malaysia Southampton, trip ni diadakan sebagai sebahagian dari aktiviti sekolah. Kos tiket masuk dan pengangkutan bas ditanggung bersama oleh peserta dan pihak sekolah untuk mengurangkan sedikit beban masing-masing. Tiket masuk ke Legoland agak mahal dan trip yang dirancangkan ini amat berbaloi untuk semua.
with Captain Jack Sparrow.. mmg sebijik, gaya pun klon habis

Seawal 7 pagi beberapa family dan anak2 sudah pun bertolak ke Legoland dengan menaiki bas yang disewa. Kami sekeluarga pada awalnya merancang untuk turut sama menaiki bas, tapi last minit cancel dan kami bercadang menaiki kereta sendiri sahaja. Ini disebabkan kami baru sahaja tahu pada hari Isnin minggu depannya merupakan Bank Holiday dan kami ingin melawat ke tempat lain langsung pulang dari Legoland.  Ada cerita agak kelakar dikabarkan oleh rakan-rakan yang menaiki bas. Katanya tak jauh perjalanan bermula,

driver bas (mat saleh) sudah pun berhenti di R&R berdekatan. Tak tahulah kemungkinan disebabkan mengantuk betul atau disebabkan pengetua sekolah pasang lagu nasyid sepanjang perjalanan =)..

Rombongan semuanya sampai ke Legoland kira-kira pukul 9 lebih, termasuk family yang follow dengan menaiki kereta sendiri. Memang betul orang kata, kalau nak pergi Legoland kena sampai awal, sebab dah berduyun manusia menunggu kat depan gate. Nasib baik kami semua beli tiket ikut group, bila sampai tau2 je pengetua dah ready bahagikan tiket ikut family. Bekalan makanan yang ditugaskan kepada beberapa surirumah untuk membuat sandwich juga diagihkan sama.


Konsep Legoland ni hampir sama dgn kebanyakan theme park yg lain. Cuma game yang ada tak terlalu extreme dan kanak2 seawal umur 4 tahun (yg punye ketinggian 1m) boleh join main rollercoaster, water sliding dsbnya. Nama pun dh Legoland, sure la theme park ni penuh dgn binaan lego yg pelbagai. Unik and the most interesting, ada satu area dibina untuk buat miniature building/attraction terkenal seluruh dunia menggunakan lego. Orang yang minat dgn photography mmg spend time lama kat area ni.
Building miniature
Seronok nk tgk wayang kartun 3D
Kitorang sempat menonton filem lego 3D. Budak2 mmg seronok kt dalam panggung tu. Siap kene jirus dgn air, keluar api, mandi snow dll. Mmg rasa real tgk filem 3D. Lepas tu kami sempat singgah kat satu building utk Alham bermain dgn lego dan gilap bakat diorang utk structure something spt racing car dll. 

Kami keluar dari Legoland kira2 pukul 7mlm (hehe.. lama gile kitorang kt dalam tu). Trip yg naik bas dah lama bertolak balik ke Soton. Sebabnya ada game yg kitorg belum main dan hubby insist nak habiskan round mana yg sempat. Rugila dah bayar tp miss bnyak game ;)). 

Langsung dari Legoland, kami bergerak terus ke Liverpool. Hmm..yg tu kite cite next entry lak ye, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment