Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday, 10 May 2011

London Tour

Assalamualaikum,
Lama betul rasenye tak update blog and jenguk page kawan2. Penyakit malas datang bertimpa-timpa this few weeks. Tambahan pulak beberapa minggu kebelakangan ni hubby banyak buat kerja dari rumah rentetan cuti Easter lepas, so takde can nak duduk lama depan laptop. Then, jadual pulak penuh berjalan sana sini, hinggalah hari ni baru dapat nak menaip =)..

Setelah setahun setengah kitorang tinggal kat UK ni, cuti Easter lepas barulah kitorang ada peluang nak jalan2 pusing London. Very much thanks to Shazarudin, jiran and teman kitorang kat sini yang mengajak and murah hati jadi driver sepanjang tour kat London. Actually, saudara Din ni tengah keseorangan kat UK ni coz isterinya yang study pulang ke Malaysia bersama2 anak2 selama 2 bulan lebih untuk collect data. Saudara Din tak ikut pulang sama coz bekerja. Sementara wife Din takde, bnyak juga kitorang sefamily luang masa bersama. Selalunya dialah yang tolong jadi driver kitorg bawak ke sana kemari sbb hubby pun lum dapat lesen UK hehe. Apa pun, jasamu tetap dikenang =)...
Kensington Garden
Posing pujuk merajuk hihi...
with Uncle Din
Pagi Sabtu tu kami bertolak around pukul 7.30 pagi then breakfast di R&R Winchester dengan bekalan yang dibawa. Sempatla masak nasi goreng and sandwich, saudara Din pulak siap masak bihun (rajinnya masak..). So dapatlah berjimat and tak payah susah2 cari makan time berjalan nnti. Sampai kat London, terus parking kat area Queensway (katanya murah..). Dari sini kitorang terus bergerak ke Kensington Park, berdepan dgn tmpat parking. Sampai je kat park terus keluar kamera and start posing itu ini. Tambah pulak dgn kehadiran kamera baru saudara Din, semakin meriahla kitorang bergambar hari tu. Kalo tgk kt internet, park ni ada banyak landskap bunga dan itulah hajat awal dtg ke park ni nak tgkap gambar bunga, tapi jalan punya jalan tak jumpa gak. Yela, park ni bukannya sekangkang kera, punya la besar...tak larat nak round satu taman tu nak cari bunga. Last2 just jalan cuci mata, dah penat stop makan jap then ke Malaysia Hall untuk solat (selang beberapa blok je from parking). Sempat lagi pekena teh ais jap kat Malaysia Hall hehe. Tapi mahalla..GBP 1.5, kalo convert harga teh ais tu RM 7.50..mak ai...

Dah siap solat sume, kitorang naik tube kat Queensway and stop kat area Trafalgar Square. Sebelum tu tadinya kitorang terserempak dgn kawan dari Soton gak (Kak Norimah & Farabi) yang bawak makciknya round London. Sempat berjalan seiring ke Trafalgar Square kemudian berpecah. 

Nasib kitorang kurang baik hari tu coz kat Trafalgar ade event pulak, macam ade konsert ke ape. Jadi tak dapat nak lepak2 kat situ sangat. Cuma dapat agak ambil gambar beberapa spot dari tepi then bergerak lagi ke destinasi berikutnya.

Seterusnya naik tube utk ke Big Ben, London Eye, Aquarium. Lama jugak kitorg kat area ni, ambil gambar itu ini..sambil tengok bermacam ragam dan gelagat org kt situ. Dari org yg menjual roti, gambling dgn cara meneka kedudukan kad, free hug dll. Sampai kat London Eye sempat stop jap bagi peluang kat Alham main kat playground berdekatan. Nak beratur naik London Eye mmg tak dapatla coz queue nye punyalah panjang, tambahan pulak tiketnya mahal. Kat bawah London Eye tu ada banyak orang yang buat pertunjukan untuk cari dut poket; menari ala MJ, pakai costum, compose rentak rap pakai mulut dll. Boleh tahan talented diorg ni.
Big Ben
Free hug..xtau kempen ape yg diorg buat ni..layan aje..
London Eye..nak naik cam xde can..
 
 
One of performer yg cari duit kat bwh London Eye
Akhirnya dapat jugak Alham enjoy makan aiskrim dr van tepi jalan
Bila dah puas, hari pun dah nak gelap, kitorang pun bergerak pulang. Sebelum tu sempat singgah jap cari souvenir kat area Queensway. 

Masa nak balik cik Din sempat lagi cakap, "Best tak kita jalan2 tadi?". Rasa nak tergelak pun ade sbb cara cakap dah macam ayah tgh tanye kat anak2 nye yang duduk kat seat belakang bila dibawa berjalan atau balik kampung. Jawapannya for surela, "Seronok sangat". =)...


5 comments:

  1. bestnya intan.. bila la merasa ke UK ni.. huhuhuhu.. kena poket kembung dulu la jawabnya.. hhihihihi.. cantik2 gambarnya

    ReplyDelete
  2. wow bestnyee.. xsabar nak g, kmi cadang nak g summer ni dlm bln 7.. insyallah

    ReplyDelete
  3. Seronok 3! Mmg lawala gambanya dgn model2 pun kemain beraksi. Woww gitu!!

    ReplyDelete
  4. kak ita: mana tau cik bakap ade conference kt uk plak hihi. sy pulak psg angan nk gi jepun lg. bilela agaknye...

    mammaolyn: wah, bagusla dh plan. mmg xdpt khatam satu london gi sehari je. kena gi byk kali or stay overnight =)...

    kak pi: hehe..tq kak. gmbr lawa coz camera canggih kwn. tp kalo nk puji modelnye pn leh jugak hehe..kalo akak turun london lg singgahla soton...

    ReplyDelete
  5. eh, haritu dh comment tp tak masuk pulak. comment kak pi pn hilang...

    kak ita: insyaAllah, nnti mana tau ade rezki dpt gi conference kt uk pulak hehe. sy pn teringin nk gi jepun lg sekali. jeles tgk gmbr akak..

    mammaolyn: bestnye dh plan jln london. kite pn insyaAllah mrancang brjln lg kt london. tokleh khatam explore kalo pergi sehari or tak overnight =)..

    ReplyDelete