Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Friday, 1 April 2011

Perang Paintball

Dah lama dah pasang niat teringin nk try game paintball ni. Sebelum ni tgk kt tv je, ingat lg dlm satu scene filem 'Failure to Launch' ada part diorg main paintball..macam best je. Akhirnya tercapai jugak hasrat main game ni =). Peluang datang bergolek bile budak2 MSA organized program ni bbrp minggu lepas. 

Ikutkan plan awal sy sorg je yg nk join. Tak terfikir pulak hubby nak join because of kakinya masih belum baik sepenuhnya. Before register, byk kali jugak fikir nak join ke tak sbb byk bende nak kena consider. Yela..kite dgn anak2 lg ditambah pulak dgn tentatif event yg pnjang. Caj yang dikenakan sbyk GBP 28 utk 6 games (paintball: 22, bus: 5, makan: 1). Programnya pulak sehari suntuk dari kul 8pagi - 5ptg. Lepas discuss dgn hubby itu ini, dia ckp dia pn nak join sama. 
 

Hubby dh ready..
Berkerut jugak bila dia decide camtu coz tak yakin dia boleh main, plus takut lebih memburukkan keadaan kaki dia. Byk kali jugak confirm dgn hubby betul ke dia nak ikut sama. Dia kata bila lg nak main paintball. Kalau blk Malaysia nnti belum tentu dpt kumpul org nk main, plus experience main paintball kt UK feelnya berbeza. Pasal kaki insyaAllah dia tak paksa time game tu nanti. Mana yang dia boleh dia buat ikut mampu. Bila dah decide camtu, kitorang pun plan utk join and bawak anak beranak sume sekaligus. Kitorg just register utk seorang player but later on akan main
bergilir-gilir (means bayar utk harga seorang player but nanti dua2 akan main, sorang main 3 games..hehe ngelat tak ;D).

 
 
Tgh isi pallet (bullet)

Bila tiba harinya, kitorang bertolak awal pukul 8 pagi, berkumpul di interchange bas kat univ untuk menaiki bas yang telah disewa menuju ke Delta Force (tmpt paintball, perjalanan kira2 20 minit) . Totally rasanya ada dalam 40 peserta. So nnti bolehla buat 2 team besar utk lawan sama sendiri. Mostly yg join haritu budak undergrad. Student postgrad n family cuma ada 3 orang, sumenye angkut anak beranak.
Sesi taklimat

Sebelum game mula, peserta kena isi form and dapatkan uniform serta peralatan (helmet, pallet container) yang diperlukan. Nasib baikla registration kt tempat tu tak ketat, cuak jugak kalau dia tak benarkan 2 orang main utk 1 player price. Pandai2 la nak hidup ye tak =).
Pink Team
versus

Silver Team

So, kitorang dibahagikan pada 2 team. Pink and Silver, dgn setiap player di'tag' dgn selotep pink and silver di bahu masing-masing. After that, ada penerangan ringkas dari marshall tntg cara dan peraturan permainan paintball. 

Every team akan masuk ke medan perang dan ambil gun dari situ. Gun ni tokleh dibawa keluar. Sayang, kalau tak boleh gak posing ganas sikit dgn gun tu. Boleh tahan berat jugak mengendong gun ni. Once dah masuk ke medan perang ni, helmet tak boleh dibuka sama sekali. Mana tau ada peluru sesat, mmg naya la kalau terkena kat muka. Uissh, tak dapat bayang kalau pallet tu hinggap kat muka eeee...Then, masa tgh perang tu tetibe kena tembak, bangun..angkat tangan dan keluar dari medan perang and stay kat satu spot, tunggu sampai habis perang.
Sedia masuk ke medan perang

Setiap kali masuk kitorang akan main 1 game kira2 dalam 20 minit, dibawah pengawasan marshall. Bila dah habis kitorg akan keluar semula, break a few minutes and ready for the next call from marshall to start 2nd game. Every game ada mission yg berlainan. Contohnya pada 1st game, satu team berperanan sbg bodyguard and protect sorg president, manakala opposition team sbg assassin yg targetnya utk shoot president tu. Cukup 10 minit kitorg stop jap and switch tempat, kalau td dh jadi assassin kali ni kite jd bodyguard. So masing2 dpt merasa. 2nd game lain pulak missionnya, begitu juga seterusnya. Ada yg diassign utk tawan castle, rampas flag pihak lawan etc. 
2nd half..turn ibu pulak..

Before ni saya ingat team yg dpt shoot pihak lawan paling byk dia la yg menang. Rupanya paintball yg ni dia kira ikut point. Brgantung pd judgement marshall nk bg camne. Basically when mission accomplished, team tu la yg menang. Tapi kalau sampai habis masa pun mission tak dapat dicapai, marshall akan bg point mengikut performance team. 

Camne rasanya main paintball? Huh, mmg adventure la. Betul2 rasa dlm medan perang. Perasaannya.. takut kena tembak. Sbb bila kena tu mmg sakit la wa cakap lu hehe. Sayangnya diorg tak provide glove sekali. Walau pun macam tu, ada jugak yg bawak sendiri. Ada sorg student perempuan ni nasib tak baik kena shoot kat tangan 3 kali. Terus membengkak tangannya and kalau tgk muka this girl ni, mmg tgh menahan sakit yg tramat sgt. Menyengat2 katanya. Then marshall helped tuam dgn air sejuk then plaster. But after rehat sekejap dia masuk balik main, rugi la sbb dah bayar mahal2 tp tak main kan. 
Alham tgh ngendap org main paintball kt dlm
Najah kena usik dgn abg2..

Sebelum ni sy bayangkan baju kitorg nnti akan penuh dgn cat sana sini. Rupanya tak jugak. Banyak pallet yg kene kat badan tak pecah. Kebanyakan pallet yg kene kat helmet yg pecah dan paint tu habis pecah mengotorkan muka. Paint nya pun senang dilap dan xmelekat sgt. Masa nak berlawan tu ada rasa susah sikit sbb kita mengendong gun yg berat plus helmetnya pun menghadkan pergerakan dan penglihatan. Time nak shoot tu pun aim nya asik xkena je. Bila dah xkena tu mmg membazir pelurula sebab peluru kena beli bkn free, 7pence satu biji. Bout this place, tempat perangnya mmg luas. Gaya dlm hutan camtu, penuh dgn tong kosong, kayu, tembok dan pondok tempat utk mengendap dan bersembunyi. Bas buruk pun ada dlm tu, mmg happening. 



Kitorg break utk lunch and solat tengahari lepas player main 3 games. MSA provide makan donut (sng nk bawa) and pagi tu sempat jugakla sy menggoreng spaghetti goreng. Family kalau berjalan tak bawak mknn mmg x sah hehe. Sy ganti hubby main lepas break and hubby take turn pulak jaga anak2. Sy dpt main 2 games je sbb hubby still x puas and nak main the last game..hmm..tak aci. 


Sementara tu Alham and Najah pun seronok main kat tempat menunggu. Nasib baik la diorang tak meragam sgt and seronok je main lari2 and explore tmpat baru, bg can kat ibu abahnya having fun that day. Faciliti tempat paintball ni kire bagus jugak, toiletnya selesa dan disediakan drink spot utk peserta membancuh air mereka sendiri. 
Final score

The game was over around pukul 4.30pm and kitorang tiba di univ dalam pukul 5pm. Masing2 balik dgn bintat2, sengal2 dan lenguh2 satu badan. Kasut pun kotor dgn lumpur. Akibatnya, seminggu lepas tu kitorg nak berjalan pun kena setapak setapak. Nak solat, duduk pun kena slow2. Habis satu minggu barulah semua lenguh2 tu baik & boleh gerak cam biasa. Teringat pulak kena lenguh2 satu badan lepas naik Gunung Kinabalu masa study kat univ dulu =). Tapi itulah dia penangan main paintball. Definitely we were having great fun enjoy paintballing that day =).

3 comments:

  1. waaaa.. bestnya main paint ball, lama da tringin nak main, best arr tembak2 gitu.. hahaaa, btw cute Alham & Najah, gerammmm tgk:D

    ReplyDelete
  2. hehe..tula mammaolyn. akhirnya dpt gak main. cubala request kt sheffield community suruh organize =)...sure mmg fun.
    btw, alham n najah says tenkiu kt aunty mammaolyn (psst, nama sbnr ape yek) hehe...

    ReplyDelete
  3. waa.. seronoknya.. byk kali dah teringin nak main, tp x main2 jugak.. haha

    ReplyDelete