Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday, 1 January 2013

Fish Fillet with Maple Butter Sauce

Salam semua,
Sekarang kita dah pun menjejak ke tahun 2013. Sambil menaip ni terdengar dentuman fireworks bertalu2 kat luar rumah. Cheewah, macam jiwang pulak, sambil menaip diiringi dgn background sound firework. Hmm, tahun 2012 dah pun kita tinggalkan. Pastinya banyak manis pahit kehidupan yang telah dilalui. Walau apa pun yang penting, kita belajar dari peristiwa lalu dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Semoga iman dan amal soleh kita semakin bertambah seiring dengan angka umur yang semakin meningkat, insyaAllah. 

Sebagai pembuka tirai post tahun baru, meh saya nak share skit satu resepi yang simple, sihat dan mudah dibuat. Tak perlu masa yang lama pun kat dapur, sekejap je dah boleh kumpul satu pinggan ;).

Pada sesiapa yang tak tau apa benda maple ni, paling senang nak imagine and mostly common product is maple syrup yg selalu kita makan dengan pancake tu. Tapi kalo tak jumpe, nak ganti dgn golden syrup pun boleh kot. Kelainan dalam resepi kali ni adalah sauce yang dipadankan untuk dimakan dengan fish fillet. Kalau cari kat pakcik google, mmg ada banyak choice of sauces yang boleh dipilih. Datang idea nak buat maple butter sauce ni daripada hubby yang balik dari conference kat Canada beberapa bulaYn lepas. Canada mmg famous dengan produk daun maple. So, ada satu time tu hubby makan kt restaurant, order fish fillet and the menu came with this sauce. Memula rasa pelik, sebab pada sesiapa yang pernah rasa maple syrup, hmm memangla manis kemain rasanya. But, dalam rasa manisnya tu, combinationnya kena dengan fillet ni. Apatah lagi ditambah dengan garlic mashed potato dan grilled asparagus. Hmm.. menjilat jari hehe.

Hubby ada gak beli kopi dan tea berperisa maple dari Canada. Bila bancuh je air, bau manis maple tu terus semerbak je kita hidu. 

Ok, so no more chatting. Jom kita tgk dulu resepi ni :).




BAHAN-BAHAN (4 ORG)
- 4 boneless fish fillet (xkesah ikan apa, breaded atau tak. Sy beli yg siap frozen je kt supermarket)
- 1@ 2 ikat asparagus
- 1@ 2 btg carrot

Utk Maple Butter Sauce
- 1/2 cawan maple syrup (boleh ganti dgn golden syrup)
- 1/2 cawan butter
- garam

Utk Garlic Mashed Potato
- 4 @ 5 biji kentang
- 1 sudu besar bawang putih yang dihiris/ditumbuk halus ATAU 1 1/2 sudu serbuk bawang putih
-  susu secukupnya
- 2 sudu yogurt
- sedikit serbuk lada hitam
- garam secukupnya

CARA-CARA:
1. Menggunakan 1 sudu minyak, grill/bakar breaded fish fillet atas non stick pan hingga masak. Jika guna fresh fish fillet boleh dibakar dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Potong carrot secara bulat (nk buat bentuk lg cantik). Grill/bakar dengan beberapa titik minyak dalam non stick pan. Setelah beberapa ketika, masukkan asparagus, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau rata. Tak perlu overcook, angkat setelah warna sayur nampak naik dan teksturnya sedikit lembut. Ketepikan

Maple Butter Sauce
1. Panaskan maple syrup atas api perlahan. Masukkan sedikit garam.
2. Setelah hampir didih, angkat dan padamkan api. Masukkan butter dan gaul hingga larut. Boleh tambah 2/3 sudu air jika terlalu pekat.

Garlic Mashed Potato
1. Buang kulit dan potong kentang menjadi bahagian lebih kecil dan rebus hingga empuk. Setelah lembut, angkat dan toskan.
2. Jika guna bawang putih yg dihiris, tumis dahulu dengan sedikit minyak hingga kekuningan kemudian angkat. Jika guna serbuk bawang putih boleh terus dimasukkan bersama kentang.
3. Masukkan semua bahan yg lain ke dalam kentang. Menggunakan hand mixer, kacau kentang hingga sebati. Tambah bawang putih jika inginkan lebih rasa, tambah susu jika ingin lebih creamy. Garlic mashed potato ni tak perlukan sos tambahan sbb rasenya sendiri dah cukup lengkap.

Bolehla susun semua makanan dalam pinggan dan tuang maple syrup sauce tadi diatas fillet dan mashed potato. Selamat mencube :).


No comments:

Post a Comment