Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Sunday, 30 October 2011

Joining Photography Class

Salam semua,
Seronok rasanya dapat join kelas setelah berkurun lamanya meninggalkan pembelajaran formal. Hari Ahad lepas saya berpeluang mengikuti satu kelas fotografi yang dikendalikan oleh salah seorang  komuniti Malaysia di Southampton ni. Pengajarnya saudara Shazarudin memang  popular di kalangan kami dengan skill fotografinya yang sentiasa menarik perhatian, apatah lagi sejak beliau mulai upgrade ke kamera dslr yang mmg best among the best. Semakin bertambah la ilmu yang dikaut melalui beberapa kursus yang diikuti. Hmm.. kalau dah ada something yang kita minat, lebih excited la untuk kita upgrade dan maju dalam bidang tu.
Hartley Library of University of Southampton

Nak ikutkan plan asal, sebenarnya saudara Din ni cuba aturkan satu kelas fotografi di Soton yang bakal diajar oleh photographer terkenal Malaysia, Saifulnang. Khabarnya Saifulnang sedang mengadakan photography tour di Europe dan atas kesempatan itu saudara Din cuba menghubungi beliau untuk singgah di Southampton dan mengadakan kelas untuk warga Malaysia di sini. Kebetulan agak ramai juga talent2 yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang fotografi kat Soton ni, samada undergrad or postgrad. Malangnya atas kekangan masa dan sebab2 lain, kelas yang dirancang terpaksa dibatalkan. So, alternatif lain saudara Din menawarkan diri untuk mencurahkan ilmunya kepada sesiapa yang berminat. It was a very basic photography class that anybody who own a camera either dslr or compact can join in. Yurannya pun murah just 10 pound for one session class from 10 am till 5pm. Hubby pun encourage saya utk join since dia tahu saya mmg interested dalam bidang ni, tambahan pula untuk mempelbagaikan rutin seharian sebagai surirumah sepenuh masa hehe.
Macam2 gaya

Kelas diadakan di discussion room di library university. Inilah pertama kali saya jejakkan kaki ke library di sini. Hubby dah siap2 bagi kad student dia so dengan confidentnya boleh masuk tanpa banyak tanya. Once masuk je terus rasa rindu time belajar degree kat UTM, Skudai dulu. Rasa rindu nak belajar balik pun ada. Hmm.. bila lah agaknya kesampaian niat 
tu...
Sesi komen & kritik hasil photoshoot
Cikgu jadi model
Antara gambar yg diambil semasa practise photoshoot
Saudara Din started the lesson with the basic concept of photography; The Exposure Triangle (ISO, aperture & shutter speed). Seterusnya beliau menekankan Rule of Third dan 7 elemen penting yang perlu ada dalam setiap gambar yang baik dan cantik. Jika elemen ini kita titik beratkan, insyaAllah gambar yang diambil akan menghasilkan gambar yang 'bernafas' dan menarik untuk dilihat, tidak kira la samada ia diambil menggunakan dslr atau tidak. Of course, if using dslr camera the more stunning picture u will get. Tapi pada hari tu, saudara Din langsung tak menyentuh tentang teknikal kamera. Hmm, kalau dia sentuh bab tu memang terkedu la saya sorang2 kat kelas tu sebab among 6 persons attended the class (Mus'ab, Rahimi, Kak Asmah, Zatil & Nabila), saya sorang je yang guna compact camera hehe. Selesai pembelajaran teori fotografi, kami memulakan latihan shooting pictures sesuai dengan teori yang telah dipelajari di sekitar kawasan universiti yang sedang merah dan menguning memasuki musim autumn. Setelah puas, kami berkumpul semula untuk meneliti gambar yang diambil dan sesi komen dan kritik dimulai untuk memperbaiki teknik dan kualiti gambar masing-masing pada masa akan datang. 

Banyak yang dapat dipelajari dalam masa kurang satu hari menyertai kelas fotografi ni. Kalau selama ni kita ambil gambar kadang2 tu ikut suka hati je, tapi rupanya banyak yang perlu dipertimbangkan untuk mendapat kualiti gambar yang baik. Patutla kalau kita tengok gambar professional photographer jauh beza dengan gambar yang kita ambil. InsyaAllah after this dapat semangat baru untuk teroka bidang baru :).

No comments:

Post a Comment