Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday, 30 November 2010

Kek Pisang

Entah macam mana boleh dapat semangat nak bertungkus lumus kat dapur tengah malam kelmarin. Mungkin sebab petang tu dah tidur sekejap, so around pukul 12.30am mata masih segar. Sedang semua tengah nyenyak tidur, saya menyelongkar dapur nak buat kek pisang. Kebetulan memang ada beberapa biji pisang yang tengah masak ranum. Nak makan camtu je sure takde yang nak habiskan.



Actually dah 2-3 kali jugak buat kek pisang ni (guna resepi lain), tp personally hasilnya belum mencapai kualiti yang memuaskan. Rasa dah sedap, tp rupa keknya pulak tak berapa jadi. Kadang-kadang bantat, kadang-kadang padat. Tak tau mana yang silap. Sebelum ni buat walaupun tak capai standard, tapi sure tak sampai satu hari dah habis licin. Makanya, push diri sendiri supaya kena jugak buat kek pisang sampai jadi. 

Alhamdulillah, kali ni, boleh tersenyum lebar melihat kek pisangku cantik dan gebu. Tak sia-sia bersengkang mata pagi-pagi buta hehe. Resepinya dicedok dari sini, tq =)..



Bahan-bahan:
1. 2 cwn tepung gandum
(p/s: boleh juga diganti dengan 3/4 cwn tepung gandum + 1/4 cwn tepung jagung (diayak). Rasanya pun sedap, kdg2 sy guna resepi ni juga).
2. 1 s/k baking powder
3. 1 s/k soda bikarbonat
4. 1 cawan gula
5. 4 biji pisang (masak ranum) - dilenyek
6. 1/2 cawan minyak masak
7. 1 s/k esen vanila
8. 2 biji telur

Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
2. Campurkan soda bikarbonat dan baking powder ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian ayak.
3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi.
4. Masukkan tepung dan kacau sebati sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali tuangkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sebati.
6. Sapu acuan kek dengan mentega/butter kemudian taburkan tepung dan ratakan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau satu jam. 
8.Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

4 comments:

  1. salam intan, cantik betul urat pisang tu. Betullah kp buat pun slalu bermasalah juga, cuba pn intan huraikan sikit proses memukul tu guna mixer ke guna senduk ke apa yg jadi cantik mcm ni?

    ReplyDelete
  2. tq kak pi =). berdebar jugak time kuarkn kek dr oven, jd ke tak. kire rezeki jadi tgh mlm tu. hmm, sy pukul telur+gula dgn mixer smpai kembang n fluffy betul. time masuk tepung dgn minyak just guna senduk je. nk guna mixer pun leh gak kot, tp xleh lama sgt..nnti nk try lg, kalo jadi, stick jela ngan resepi ni hehehe...

    ReplyDelete
  3. salam kalau nak resepi kek pisang yang mudah juga ada kat blog ita .. tajuk kek pisang dulu maz yang bawa terus jatuh cinta dengan resepi tu... buat pun mudah pisang tak yah leyek sangat... sebab ita suka kek pisang yang ada bintik2 tu

    ReplyDelete
  4. kak ita, sy dh try gak gune resepi akak haritu..best, menjadii =)...tq for the resepi, boleh terlupe plak cari resepi kt blog akak..nnti sy nk add resepi tu dlm blog ye...

    ReplyDelete