Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Tuesday, 5 November 2013

Hampir Menutup Tirai UK

Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat bernyawa kembali setelah sebelumnya mengalami masalah teknikal yang agak remeh. Setelah beberapa bulan entri dibiarkan kosong, rindu rasanya ingin menaip kembali.

Syukur kehadrat Allah yang Satu, tiada daya kecuali hanya dari Dia. Penantian selama hampir 4 tahun akhirnya berbalas apabila pada 22 Oktober lepas, hubby berjaya melepasi ujian vivanya. Kini hubby bergelar Doktor, walaupun masih ada hadiah 'sedikit correction' dari examiner yang masih perlu diselesaikan.


Setelah di'grill' selama lebih kurang 3 jam, akhirnya hubby menelefon ke rumah memberitahu tentang berita baik tersebut. Heh, masih ingat lagi dia cakap kat hujung gagang sana, "Now, you can call me Dr.H". Konon nak perasan ranggi ler tu hoho. Saya as spouse yang hanya mampu menunggu keputusan di rumah dengan rasa kurang sabar, terasa debaran yang cukup kuat sejak dari awal hubby bertolak menuju ke medan viva. Handphone tak lekang dari tangan menunggu panggilan si suami. Namun bila difikirkan, apalah debaran yang saya rasa berbanding dengan perasaan bercampur baur yang dialami oleh orang yang mengadapnya selama 4 tahun. Stress, kalut, kosong, blur, down, happy, sakit hati, berdebar dan macam-macam lagi boleh dirasa dalam satu masa. Kita hanya berkongsi kegembiraan dengan kejayaan hubby, mengharapkan Allah mengurniakan yang terbaik dalam setiap urusannya. Setelah mengkhabarkan berita gembira ini kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain di Malaysia, kejayaan manis ini turut dikongsi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain di Soton. Di samping turut sama mengharungi pahit getir cabaran yang datang, komuniti di Soton sudah menjadi sebahagian dari keluarga kami, tempat kami bergantung kasih sayang, bantuan, sokongan dan juga doa.

InsyaAllah, dengan berakhirnya viva diikuti dengan correction yang perlu diselesaikan, maka semakin hampirlah masa kami untuk meninggalkan bumi UK yang penuh dengan kenangannya yang tersendiri. Seperti tidak percaya, seperti baru semalam kami menjejakkan kaki di bumi asing ini. Pejam celik, 4 tahun berlalu begitu pantas. Di bumi asing inilah kami mempelajari ilmu baru, menyesuaikan hidup dengan persekitaran baru, mengenali orang-orang baru, mendidik dan membesarkan anak-anak, memperbaharui dan memperbaiki diri dan yang paling penting mencari jalan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Pengalaman-pengalaman ini begitu berharga untuk kami sekeluarga dan kami berhasrat untuk mengekalkan tauladan yang baik yang dipelajari di sini untuk diterapkan dalam masyarakat di Malaysia sedikit demi sedikit.

Memetik seorang penceramah pernah berkata, lebih kurang begini bunyinya:
"Kadang-kadang di tempat yang asing dari agama, di situlah kita lebih selesa menemui jalan dan mudah mempraktikkan ajaran Islam."

Dan itulah kelainan yang kami rasakan di bumi asing ini. Pastinya kami akan hargai setiap moment yang diberi oleh Allah sepanjang kami disini dan moga Allah beri kita semua peluang dan kekuatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah jika ada kesempatan, akan saya kongsikan pengalaman yang tak seberapa yang mungkin boleh kita ambil pelajaran daripadanya.