Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday, 24 September 2012

Blueberry Muffin

This is absolutely the top list of my favourite muffins, so far. Kalau disusunkan blueberry dan chocolate muffin sebelah menyebelah, with no doubt I will grab this muffin for the first bite (unless if other muffins are more tempting than this one hehe).




Sebelum ni kalau kitorang singgah kat mini Tesco kat Bassett near our house, kitorang akan cari muffin for our light meal. Biasanya mmg akan ada 2 jenis je, chocolate and blueberry. Sejak try yg blueberry, kitorang mmg dah jarang beli yg chocolate coz rasanya lebih sedap, padat dan yg penting nak avoid dari selalu makan chocolate hihi. Muffinnye pulak besar dan puas dimakan, makan sebiji je kadang2 dah kenyang. So, inilah asal usul blueberry muffin ni jadi favourite muffin kitorg sekeluarga.

Belek punya belek resepi kat internet, this recipe amazes us so well with its great taste. Resepinya mudah sesangat, dan the muffin came out so moist dan gebu, tak rapuh dan tak terlalu padat. Macam biasa, my hubby will always be there to be the taster jury and dia pun happy dgn this recipe. Kita ni pulak bila dengar ada orang happy, kita pun kembang la jugak bermangkuk-mangkuk hehe.



So, saya sisipkan kat sini for my future note, also buat viewers yg ingin mencuba ;).

Blueberry Muffin (12 cups)
Source: Thanks to JoyofBaking.com

Bahan-bahan:-
1. 1 biji telur, dipukul
2. 1 cawan (240ml) yogurt - full or low fat tak kesah
3. 1/3 cawan (80ml) minyak sayuran
4. 1 sudu teh ekstrak vanilla
5. 2 cawan (260gm) tepung gandum
6. 3/4 cawan (100gm) gula
7. 1 1/4 sudu teh baking powder
8. 1/2 sudu teh baking soda
9. 1/4 sudu teh garam
10. 1- 1 1/2 cawan blueberry segar or frozen (tak perlu dicairkan)

Cara-cara:
- Panaskan oven kepada 190 degree. Sapukan muffin tray dgn butter atau isikan dgn muffin cup/papers
- Menggunakan whisk, pukul telur, yogurt, minyak, dan ekstrak vanilla dalam satu mangkuk.
- Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung, baking powder dan baking soda (diayak bersama), gula dan garam. Kemudian, masukkan blueberry.
- Menggunakan spatula, campurkan wet ingredient tadi ke dalam dry ingredient dan kacau sebati (tak perlu terlalu lama, just enough hingga ia combine together). Anda akan dapati adunan akan menjadi pekat dan likat. Jangan pula panik, sebab mmg adunannya begitu ;).
- Isikan adunan ke dalam muffin cup hingga hampir penuh (adunan ini naik tidak terlalu banyak). Masukkan ke dalam oven selama 15 - 20 minit atau hingga toothpick yg dicucuk ke dalam muffin keluar bersih. Biarkan ia sejuk sebentar sebelum dihidang.



Sunday, 5 August 2012

Kuih Keria

It's been ages since last time saya masukkan resepi dalam blog ni. Teringin sgt nk update tp apakan daya, penyakit malas lebih bermaharajalela hehe. Oklah, utk warm up entry, saya sisipkan resepi kuih keria or kalau tak silap ade yg panggil kuih gelang (mostly yg sy jumpe panggil keria, tak tahulah kat side Malaysia yg lain).

Sejarahnya kuih keria ni jadi one of my favourite since saya kerja kat kilang TEAC, Melaka. Sebelum ni biasa2 je minatnya, tapi ade sorang makcik kantin kat TEAC ni buat kuih ni punyalah lembut. Sejak tu if time break, kalau dia buat kuih ni.. tak tunggu lama, mmg cepat je rembat. Since then saya mmg admire kuih keria yang lembut, apatah lagi jika sira gulanya tidak terlalu banyak, so bile makan tak la rasa manis sgt.


Bila dah merantau ni, beberapa percubaan dah pun dilancarkan kat dapur sendiri untuk buat kuih keria yg lembut. Byk kali jugak la buat eksperimen.. terkadang ok, terkadang keras, terkadang adunan terlalu lembik smpai payah nak shapekn dia jd bulat dn macam2 lagi la halangan yg ada. Setelah a few times cuba, akhirnya berjaya juga saya seal kan cara untuk dapatkan keria yang lembut ni. Alhamdulillah, ini untuk note sy di masa depan dan juga buat sesiapa yang ingin mencuba. Kalau ada guest mat salleh dan tercari2 menu yg sesuai utk dihidangkan, kuih keria ni bolehla masuk dalam list. Saya dah pun buat kuih ni 2 kali untuk diorang and so far mat2 and minah2 salleh berkenan dgn tastenya. 

Silakan try.. diharap berjaya ;).


Bahan-bahan:
i.    2 biji keledek (saiz sederhana spt gmbr dibwh) 
ii.   4-5 sudu penuh tepung gandum
iii.  sedikit garam
iv   untuk menyira - 2 sudu gula + 2 sudu air (sekali sira cukup untuk 7-8 biji keria, medium saiz)
Kat UK ni ade 2 jenis keledek; warna purple dan light oren.
Biasenye sy guna yg warna purple, color isinya sama mcm biasa. Kalo guna yg light oren pn boleh, tp isi die nnti dpt warna oren gak ;). But so far taste nye ok je.


Cara-cara:
1. Rebus keledek hingga empuk. Setelah empuk, angkat dan biarkan seketika. 
2. Agak-agak keledek sudah sedikit sejuk, lenyekkan ia. Letak sedikit garam (jgn byk sgt) dan lenyek lagi hingga habis.
3. Campurkan 4-5 sudu penuh tepung gandum dan gaul sebati. 
4. Jangan risau jika adunan agak lembik dan melekat.  Standby sedikit tepung dalam satu pinggan. Apabila hendak mulai membentuk keria, lumurkan keseluruhan tangan dengan tepung tadi. Ambil kira2 segenggam adunan dan rolling kan ia di tapak tangan sehingga jadi panjang dgn ketebalan yg bersesuaian (seperti cakoi). Cantumkan kedua hujungnya untuk menjadi bentuk bulat spt tayar. Jika masih melekat, ambil lagi sedikit tepung dan salutkn pd adunan.
(p/s: Adunan tidak boleh mengandungi terlalu banyak tepung untuk mengelakkan ia menjadi keras apabila digoreng nnti. Jadi pada saya anggaran keledek dan tepung ini sudah molek untuk hasil keria yang lembut). 
5. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng keria dan angkat sebaik sahaja ia golden brown. 
6. Untuk menyira: Panaskan kuali non-stick. Masukkan 2 sudu gula diikuti 2-3 sudu air.
7. Tunggu sehingga ia berbuih dan masukan keria yang telah digoreng tadi (anggaran 7-8 biji). Gaul sebati sehingga semua gula melekat pada keria.
8. Setelah semua gula disalut, padamkan api. Teruskan menggaul keria hingga gulanya menjadi keras rata pada semua kuih. Angkat dan sedia dihidang.


Selamat mencuba..:) 

Friday, 1 June 2012

Amni.. A Few Months After

Salam buat semua,
Hmm, lamanya tinggalkan blog ni tak ber'update'. Saat ni dah masuk bulan keenam 2012.  Alhamdulillah, that is also means my 3rd child just entered her 5th month aged. Hmm..maybe ni nmpak macam ayat klise, but like some people always say, "Rasa macam baru semalam je bersalin", and the truth is.. the feel I have this time is exactly the same. 

Still rasa tak percaya yang ketika ini Allah telah kurniakan kami dgn 3 anugerah yang comel2. Rasa syukur tak terhingga walaupun kadang kala tak menang tangan nak uruskan kerenah 3 orang sekaligus. Waktu siang.. perasaan seronok, happy, geram dan stress melayan anak2 bercampur baur. But then when bed time comes, yang ada hanyalah rasa kasih sayang yang melimpah ruah melihatkan wajah sorang2 yang nyenyak tidur kepenatan.


Bila difikirkan semula sejak mula sakit bersalin hingga mengharung tempoh pantang sendiri, banyak yang Allah dah mudahkan jalannya untuk kami. Dan untuk itu, saya ingin ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersyukur dgn nikmat dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Walaupun hambaNya ini sering saja lupa dan hanya teringat untuk memohon apabila ketika susah, namun tidak bagi Dia Yang Maha Mengasihani. MasyaAllah, bila sendiri baca rasa macam teruk betul perangai ni dengan Allah. Ya Allah, tetapkan imanku dan jadikan diri ini supaya sentiasa mengingatiMu... Amiin.

Pengalaman berpantang sendiri bukan lagi agak.. tapi sememangnya memang mencabar. Semuanya kena dibuat sendiri. Yang penting time ni pertolongan dan support dari suami teramatlah diperlukan. Syukur, hubby banyak berkorban menguruskan si ibu yang berpantang dan juga anak2 walaupun dalam keserabutan untuk catch up balik research yang dah lama ditinggal. Minggu2 awal berpantang, hubby yang uruskan hal rumahtangga dari menyediakan breakfast, sekolah Alham, melayan Najah yang agak meragam sejak ada adik and etc. Alhamdulillah, nasib baik komuniti Malaysia di Soton ni turut menghulurkan bantuan menyediakan makanan setiap hari secara bergilir-gilir untuk kami selama 2 minggu pertama. Without their helps, lagi kelam kabut agaknya hubby nak menguruskan kami berempat, tambah lagi dalam keadaan sejuk menggigil time winter ni. Dalam 'kemanjaan' berpantang, saya pun notice yang saya tak boleh nak terlalu bergantung kepada hubby untuk siapkan itu ini. Jadi masuk minggu ke2, saya dah pun bergerak untuk mencuci pinggan dan baju, mengemas rumah dan menolong mana yang termampu. Masuk minggu ke3, saya dah pun sepenuhnya memasak dan buat kerja rutin biasa, cuma takde la kerah sangat badan ni macam time kite sihat. Saya seorang yang agak 'fragile' dengan disiplin, disebabkan berpantang sendiri dan takde org monitor.. so bab pantang makan tu ada jugakla yang dah terlanggar ;), and bila dah buat itu ini kadangkala ter'off' untuk pakai bengkung (buat pengakuan kat sini hehe). Hmm, harapnya takde apa2 masalah in the future akibat dari dah langgar pantang larang tu. Uissh, seram jugak.. bunyinya dah macam cite zaman dahulu kala yang kena hukum bila tak ikut pantang larang. Haii, kene tebus baliklah macam ni... sebelum terlambat.
 
 

Rupa Amni dah byk berubah, makin tembam.. tangan dan kaki pun dah nampak berlipat2. Kalau masa newborn mukanya ada iras abangnya, sekarang dah kurang skit, more on her own brand face. Ada jugak kawan2 yg visit kata macam muka ibunya. Rasa happyla skit coz selalunya org cakap asik muka abahnya je hihi. Orangnya senang betul tersenyum.. kalau agah/usik dia sikit, cepat je dia tergelak. If time tu rasa stress, marah or penat, semua perasaan negatif tu terus je hilang entah ke mana once melihatkan Amni yang tergelak comel kiut je kat kita ;). Tak dapat nak bayang rasa bahagia masa tu.. too adorable!

Selain mintak menyusu, budaknya tak banyak meragam waktu malam.. so dapatlah jugak ibunya tidur sekali lepas habis menyusu. Cuma sedikit challenging dgn Amni ni, dia kerap dan senang muntah susu pd 3-4 bulan pertama. Muntahnya pula banyak, menyembur keluar macam air paip. Kadang2 tu penat juga menukar baju sampai 3 kali sehari sbb habis basah lencun dgn muntah susu Amni. Agak merisaukan jugak bila tgk keadaan camtu, tp bila refer kat doktor so far kalau Amni takde allergic, seharusnya takde masalah yg perlu dirisaukan. Katanya mmg sesetengah baby tahap penghadamannya berlainan dan simptom ni akan stop kemudiannya selari dengan tumbesaran Amni. So mungkin Amni ni perlu ditepuk lebih lama setelah menyusu, tak boleh terlalu lapar dan juga terlalu kenyang. Sekarang dah masuk bulan ke-5, masalah muntah susu ni dah pun dapat Amni atasi ;).


Oklah, rasanya setakat ni dulu ye kita bercerita. 'Handbag' dah tiga ni quiet handful pulak lately, nak mengadap depan lappy lama2 pun tak berapa senang, but I always miss to jot down something here. InsyaAllah nnti saya story kn pula pengalaman mengandung dan persiapan bersalin di negeri orang ;). Till we meet again here. Assalamualaikum..

Tuesday, 28 February 2012

Welcome Amni!.. Our 2nd Little Girl

Assalamualaikum semua,
Saat ni dah nak masuk bulan Mac 2012. Pada sape yg sambut birthday on Feb 29th, happy birthday! ;). Pada saya u all ni kire unik coz sambut birthday 4 tahun sekali, so mesti korg nye birthday gempaq kan..

Oklah.. ambang tahun baru 2012 start with happy news buat keluarga kami kali ni and of course make our life more busy and colourful. Alhamdulillah.. atas kasih sayang, kemudahan dan rahmat tak terhingga dari Yang Maha Esa, saya selamat melahirkan baby girl pada 7 Januari lepas, diberi nama Amni binti Hidayat.. maksudnya 'Ketenanganku'. Amni lahir dlm keadaan sihat walafiat dengan berat 2.49kg. Berbeza kelahiran kali ketiga ni, saya dan hubby ditakdirkan menyambut Amni di Southampton, UK.
Few seconds after gave birth
2nd daddy's little girl
Hmm.. ada byk gak cerita nk kongsi tentang kelahiran Amni ni. Maklum ler.. experience nye berbeza dari kat tanahair. Tapi tu kita hold dulu ye, nak kena susun ayat skit utk entry seterusnya. Tambahan pulak 'handbag' dah bertambah ni, so a bit handful skit lately :). Ape pun for starter, layan dulu pics si kecil Amni ni ye ;).

For Amni.. ibu abah doakan Amni sentiasa sihat dan membesar dgn baik, menjadi anak yang solehah dan taat pada agama, jadi kebanggaan keluarga dan diberkati di dunia dan akhirat ye.. Amiin.

Friday, 6 January 2012

Mengubat Rindu di Malaysia

Salam semua,
Sebelum ni saya ada mention utk story tentang kepulangan ke Malaysia baru-baru ni. Harapnya all readers tak boring ye baca bebelan saya kat sini hehe. Alkisahnya bulan Nov lepas kami sekeluarga pulang ke Malaysia selama sebulan utk sama2 meraikan perkahwinan adik ipar. Pada awalnya tak merancang utk pulang ke tanahair selama hubby study 3 tahun di sini. Namun atas rezeki Allah yang tak disangka2, pada Mei lepas MAS mengadakan promosi tiket London-KL yang agak murah.. hanya kira2 RM 1500 (£300) seorang utk return ticket. Hubby pn terkejut sbb so far tak pernah lg dpt tiket semurah tu. Apa lagi, terus aje grab peluang tu.
Gelagat Najah ketika menunggu flight ke Sabah
Tertidur di pangkuan Nyayi
Mengisi perut yang lapar setelah sampai di Tawau
 
 

Beberapa hari sblm bertolak ke Malaysia, kami sekeluarga diserang demam, batuk dan selesema. Mungkin disebabkan perubahan cuaca yang semakin sejuk. 13 jam dalam flight dirasakan terlalu panjang dgn badan tak berapa sihat, hidung tersumbat dan tekak yang sering aje gatal. Budak2 pulak tidur aje sepanjang flight, makan pun tak berapa selera. Nasib baiklah Najah kurang meragam. Itulah rasanya the worst flight journey ever.

Sampai aje di Malaysia semestinya kitorang rasa excited dan lega. Tapi malangnya dalam minggu pertama kami terpaksa melayan demam dan batuk yang belum reda. Nak keluar jalan2 cari makan pun takde mood. Nasib baik anak2 cepat kebah lepas pergi ke klinik. Kurang skit risau ni. 
Najah bersarapan pancake di bilik hotel

Pengalaman di Sabah
Hujung minggu tersebut kami ke Sabah utk menghantar rombongan adik ipar yang dijodohkan dengan orang Lahad Datu. Pengalaman yang agak menarik kerana dapat mengenal kehidupan orang di luar semenanjung. Majlis akad nikahnya ringkas dan khemah kendurinya dihias menggunakan batang buluh dan daun kelapa. Lauk pauk kenduri kawinnya juga berbeza tetapi menyelerakan; nasi putih, daging hitam, ayam masak merah, sayur kerabu dan sayur ulam. Selain itu, kami berpeluang menziarah ke rumah mertua adik ipar yang tinggal di rumah air. Kami perlu meniti jeti papan yang agak kecil merentas permukaan air pesisir pantai. Setiba di rumah yang dituju, nasi kuning dan buras dah sedia menunggu untuk santapan sarapan kitorang pagi tu. Mmg seronok dpt rasa sesuatu yg berbeza dari selalu. Bila dah namanya kat tepi laut, for sure banyak makanan laut segar yang dijual penduduk setempat. Sure puas makan.. dah terbayang dah kalau buat ikan bakar mesti sodap :). Anyway, tahniah buat Faisal dan pasangannya Juraidah. Didoakan moga kekal bahagia ke akhir hayat.