Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Wednesday, 30 March 2011

Birthday and Anniversary

Dalam bulan Mac ni, family kitorang sambut 2 hari special berturut2. Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan pada kami untuk menyambutnya pada tahun ni. 11 Mac, merupakan birthday hubby...dekad yg 3 hehe, dan esoknya 12hb adalah our 5th wedding anniversary. Dalam tak sedar dah separuh dekad dah usia perkahwinan kami =)..gifted with a couple wonderful kids of ours. Syukur pada Allah, wish that we are in Allah's bless in everything we do and been guided in what we're looking forward to.

Tahun ni seperti tahun2 lepas, just sambut within family kami je, kecil-kecilan. Adalah buat kek sikit, to make the day more special. Dapat juga merasa Choc Mousse Brownies hasil buatan sendiri hehe. Tapi dekonya caca marba sikit, tak kesahla yek..yg penting rasanya ada. Kalau bagus sgt karang, sure dah lama dah bukak kedai kek hik3x...
Hehe..malu dgn deko yg semberono tu..abaikan ye

Lambat juga kitorg anak-beranak tunggu hubby balik dari univ utk celebrate birthday man. Tup2 hubby balik nak dekat pukul 10 malam, Alham pun dah selamat tutup mata berselimut atas sofa. Nak tak nak kena jugak kejutkan Alham bila abahnya balik utk capture the special moment.
Birthday man baru balik univ
Alham with sleepy face, br bangun dikejutkn utk celebrate birthday dgn abah

Anniversary
Hmm, actually our anniversary this year turned out nothing special happened. Disebabkan dua hari berturut2, jadi saya xdela buat kek utk dua separate event. Org dlm rumah ni payah nak menghabiskan kek and benda manis, kek birthday hubby pn just buat dlm loyang kecik je. We did plan to go dine out at this one place but cancelled last minute coz hubby terpaksa mengadap depan laptop utk habiskan paper conference yg duenya within 2/3 days. Nak wat camne. So, kitorang just duduk bersenang-lenang je kat rumah sambil habiskan makanan and kek semalam =). 

InsyaAllah, moga Allah beri kesempatan for us all to reach our next birthday or anniversary in nice memorable moment, amin...

Saturday, 26 March 2011

Napoleon Cake

Seperti yang dijanjikan, ini dia resepi Napoleon Cake yang diceritakan sebelum ni. Selalunya kalau ada event kat Soton ni, mesti kene berebut nak dapatkan kek ni. Alhamdulillah, sekarang dah boleh makan dgn puasnya hehe. Thanx to Kak Talima & Kak Norul kerana pemurah dgn ilmunya. 
 



Bahan-bahan:
1. 2/3 blok pastry sheet (lg besar loyang, lg byk pastry diguna)
2. Buah strawberry secukupnya - dihiris nipis 

** White cream**
1. 450ml double cream/fresh cream
2. 1 cawan icing sugar (boleh kurgkan ikut suka)
3. 1 sudu teh vanilla extract

**Custard cream**
1. 3 sudu tepung custard
2. 1/2  cawan fresh milk
3. 3 sudu gula
4. 300ml fresh milk
# Kalau malas nak buat, boleh je diganti dgn custard yg dah siap =)..


Wednesday, 23 March 2011

Baking Class: Napoleon Cake

Sebelum ni pernah berangan nk join baking class. Teringin nak belajar buat and deko kek cara yang betul. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat. Kat Soton ni selain komuniti Famili, ada group Mawar Soton. Nama pun dah 'mawar', tentu aje ahli2nya terdiri daripada madam2...dari kalangan Famili Soton. Jadi antara aktivitinya diadakan kelas masak/baking percubaan pertama. Subjeknya belajar cara-cara membuat Napoleon Cake.
Mawarian sdg menunggu cikgu tiba
Kak Iza.. Coordinator =)
Cikgu dh sampai..mari kita mulakan pelajaran ye

Pernah tak dengar nama kek ni? Saya pun baru dengar sejak duk kat UK ni. Ceritanya ada sorang kakak ni, dia mmg terer buat kek.. siap amik tempahan sume (nama die Kak Norul, orang Malaysia, berkahwin dgn org Turki kalo tak silap & menetap di UK). Kalau ada apa-apa event selalunya Kak Norul dtg dgn potluck favouritenya, Napoleon Cake. Sejak tu satu Soton ni mmg gemar dgn kek tu. Kalau tengok rupa mcm susah je nak buat, rupanya senang aje.

Monday, 21 March 2011

Gempa, Tsunami dan Pencemaran Radiasi di Jepun

Assalamualaikum semua,

Bermula 11 Mac lepas hingga melarat ke beberapa hari kemudiannya, penduduk di Northeast Jepun mengalami musibah alam yang cukup besar. Dari gempa bumi yang berskala tinggi, bantaian tsunami yang hebat hingga boleh 'menyapu' deretan rumah-rumah dan kemudian ancaman radiasi akibat dari letupan loji nuklear. Khabarnya kawasan yang terlibat adalah di sekitar Sendai, Fukushima, Miyako (tmpt effectnye xsure sgt ktne..). 


Walaupun musibah ni tak berlaku pada kami atau pun di UK, tp saje nak publish entry ni utk peringatan di masa akan datang. Bencana yang Allah datangkan tak mampu kita halang walaupun manusia mempunyai keupayaan akal dan teknologi yang tinggi. Kemegahan bandar yang dilimpahkan dengan manusia yang cerdik pandai serta fasiliti yang moden juga turut rebah dalam aturan musibah yang direncanakan Allah. Tak mustahil bencana yang sama akan berlaku kepada kita walaupun mungkin negara kita tidak termasuk dalam lingkaran bencana yang telah diplotkan. Jika Allah mengkehendakkan, di mana atau kepada siapa ia berlaku, ia tetap akan terjadi. Mohon Allah jauhkan kita dari segala bencana dan perkara buruk tersebut.


Berjauhan dari family dan kampung halaman beribu batu jauhnya membuatkan kebimbangan sentiasa ada. Tambahan pula pada family atau student yang berada di Jepun yang kadang kala terdedah pada gempa berskala kecil. 

Musibah yang berlaku menyebabkan diri terasa begitu kerdil. Dalam sekelip mata sahaja apa yang dimiliki boleh lenyap begitu sahaja. Terasa insaf dan takut melihatkan kejadian yang berlaku. Peringatannya kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah, menghargainya di jalan yang diredhai serta menjunjung Islam walau di mana kita berada. 

Moga hamba-hamba Allah yang sedang diuji di Jepun atau di mana sahaja berada, sentiasa tabah dan tawakal pada ketentuan Allah. Dari jauh, didoakan moga kalian berada dalam lindungan Allah dan hari ke depannya akan semakin baik...Amin...

Monday, 7 March 2011

Program Praktikal Solat Anak-Anak

1. Dah seminggu dah acara ni, tak menyempat den nak story on the spot, dah masuk bulan Mac pun. Weekend lepas boleh tahan busy jugak aktiviti kitorang kat Soton ni (hehe...banyak story plak nak report kali ni). Hari Sabtu lepas (26 Feb 2011) diadakan satu Program Praktikal Solat untuk anak-anak di bawah kelolaan Sekolah Malaysia dengan bantuan Famili Soton (postgrad) dan MSA di Stoneham Hall.

2. Memandangkan jauh dari kampung halaman dan kurang terdedah dengan pendidikan agama di sekolah, atas inisiatif Sek. Malaysia dan keprihatinan ibu bapa, program seumpama ni diwujudkan. Anak-anak berumur 7 tahun ke atas sahaja yang terlibat.. mengambil kira kematangan dan kefahaman mereka serta memudahkan sesi pengajaran agar lebih efektif. 

3. Beberapa fasilitator terlibat diagihkan kepada beberapa kumpulan. Program bermula dengan penerangan secara ringkas dan tayangan video berkenaan tatacara wuduk dan solat. Seterusnya, praktikal wuduk dan solat dijalankan dalam kumpulan masing-masing. Setelah itu anak-anak diminta melakukan praktikal solat secara beramai-ramai. Program diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah/cenderahati serta of course...jamuan tengahari.

4. InsyaAllah, plannya program macam ni akan diteruskan pada masa akan datang. Tempoh 3 jam dalam mengajar solat sure tak cukup untuk melengkapkan silibus yang sepatutnya. Tujuan program untuk mengajar